5 RAHSIA untuk banyakkan susu badan

Assalamualaikum wbt


Ramai ibu yang pening kepala bila merasakan susu anak tak cukup terutamanya sewaktu berpantang. Selepas tempoh berpantang, risau pasal stok EBM pulak.




Itulah kebiasaannya yang didengar. Dilema ramai ibu. Kemudian banyak lah pertanyaan yang seumpama ini:


"Susu badan saya kurang, macam mana nak tambah ye?"



Hari tu saya dah ceritakan tentang 5 fakta yang ibu berpantang harus tahu bila mula di landa panik tau boleh juga rujuk kepada entri Panduan asas Penyusuan 101. Kemudian saya juga telah ceritakan tentang 6 faktor yg menyebabkan susu ibu kurang dan saya tulis satu lg entry tentang cara kenal pasti tanda-tanda bayi tidak cukup susu ibu




Harini saya nak cerita pula tentang beberapa faktor yang ibu perlu selalu ambil kira dalam memastikan susu cukup dan  berkhasiat. 5 perkara ni sangat PERLU dan HARUS di jadikan panduan supaya dapat menyusukan anak dengan baik dan kekal bertenaga tanpa perlu stress, Ok?



RAHSIA 1: PERLU SUPPLY DAN DEMAND



Susukan bayi sekerap mungkin. Terutamanya bila bayi ada dengan kita. Hisapan dari bayi mengandungi enzim yg dpt membanyakkan susu disamping memberi signal kepada otak kita utk penghasilan lebih banyak susu. Jika ada waktu utk pump, ibu juga boleh pump bagi meningkatkan stimulasi. Antara teknik nya adalah pump sebelah dan susukan sebelah lagi. Kemudian bertukar-tukar side. Semakin banyak demand yang kita cipta, in sya Allah semakin banyak susu yang akan dihasilkan in sya Allah :)





RAHSIA 2: REHAT DAN TIDUR YANG MENCUKUPI



Tahukah anda, kalau tak cukup rehat dan tidur akan menyebabkan stress dan menyebabkan badan kita menjadi terlalu letih dan tak dapat berfungsi dengan sempurna? Mesti la tahu kan. Tapi dah dalam pantang, bukan senang nak tidur dan rehat. kan? kan? kan? Jadi, paling mudah adalah tidur dan rehat ketika bayi anda tidur. Ketika itulah yang paling mudah dan aman utk anda berehat. Lupakan seketika tugas mengemas, membasuh dan memasak. Jika mampu, upah seseorang secara part time utk melakukan. Jika tidak, minta bantuan pasangan utk turut sama melakukan tugas rumah




RAHSIA 3: MINUM AIR KOSONG DGN BANYAK



Janganlah sekat minuman anda dengan cara yang tidak rasional. Kalau dah minum segelas aje air sehari dari mana nak datangnya air susu? Dalam berpantang pun di sarankan minum air lebih 3 liter sehari. Walaupun petua orang dulu-dulu kata badan kembang lah, masuk angin lah, atau mungkin nanti mudah terkencing lah, yang pastinya kita memang perlu ambil air kosong yg banyak. Ini membantu utk menyah kan toksik dalam badan (detox), SGT PERLU dalam proses penghasilan susu badan, membantu KURANGKAN BERAT BADAN dan penting utk keseimbangan cecair dalam badan. Jika masih kurang percaya, boleh lah google tentang kepentingan pengambilan air yang banyak ye




RAHSIA 4: MAKAN DENGAN DIET SEIMBANG



Kalau tak mampu ikut piramid makanan tu, cubalah sebaik mungkin untuk lengkapkan. Ade karbohidrat, protein, sayur dan buah. Janganlah berdiet sangat hingga makan pun sesenduk nasi sahaja. Kesianlah pada baby anda. Mana nak dapat khasiat? Lepas tu kalau berat baby tk naik, salahkan susu ibu. Tukar kepada susu formula. -Sigh- Tak boleh mcm tu. Anda juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan memakan makanan yang baik. Menyusukan badan membantu bakar kalori dgn sangat banyak jd jangan risau. Lupakan diet extreme ye. Kalau nak ikut mana-mana diet program, kaji, selidik, fahami dan dapatkan nasihat dulu.


Kepada yang nak amik supplement macam SET BF ke, kaji juga sebab ape nak amik. Supplement ni bukan pengganti makanan ye. Nama pun makanan tambahan. Die berfungsi utk top up nutrisi dalam badan kita yang lompong-lompong sebab tak cukup masa nak makan yang lengkap atau sifat makanan tu sendiri yang dh banyak rosak zatnya sebab cara masakan dan sebagainya. Saya sendiri pengamal set breastfeeding shaklee dan mmg rasa bertenaga alhamdulillah.




RAHSIA 5: FIKIR POSITIF



Nampak macam simple aje. Eh ni pun rahsia ke? eiiiii, ni la yg sangat penting tau! Kalau stress, macam mana badan nak produce susu. Otak pun asyik terima signal negatif aje. jadi, setkan dalam minda tu dulu, SUSU AKU BANYAK. SUSU AKU CUKUP. kalau nk best lagi cakap depan cermin beberapa kali sehari. time doa tu doa la sungguh-sungguh minta Allah limpah ruahkan susu yang banyak. Ce try yang ni, in sya Allah anda takkan hampa dengan resultnya.  Hehehehe



Ok la, banyak gila kot dah celoteh. So boleh la amalkan ye. 

Selamat mencuba!



Love,






















Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

4 comments:

  1. Salam sis..

    Saya baru nk berjinak2 dlm blogger ni..

    Dan nk cri info ttg penyusuan gak ni..tq sharing

    ReplyDelete