Tahukah anda apa itu Projek RM10??

Assalamualaikum wbt

Sejak kenaikan harga minyak dan macam-macam barang naik ni, saya mendengar pelbagai keluhan dan ketidak puasan hati. Marhaen macam kita ni memang terjejas. Kalau tak banyak, sikit mesti ada kesannya.


Maka bermulalah projek RM10 ini



Saya meminta jasa baik anda supaya membaca keseluruhan entri ini supaya tidak  berlaku prejudis atau seumpama dengannya. Jika kesuntukan masa, baca bahagian permulaan, fakta Projek RM10 dan kesimpulan, ok?


PERMULAAN


Saya tertarik dengan satu status senior saya kerana beliau berbelanja hanya RM50 utk seminggu. Bila diselidiki, resepi beliau kebanyakkannya menggunakan telur, kentang dan bubur. Saya tertanya, jika saya masih mahu menu yang lengkap, masih mahu makan ikan dan ayam, adakah budget ini boleh dilaksanakan?


OBJEKTIF


  • Mengetahui samaada RM50 mencukupi untuk digunakan dalam tempoh 5 hari
  • Membantu mereka yang kekurangan budget untuk menyusun budget mereka
  • Menyediakan alternatif hidangan yg boleh dimasak dengan budget yang terhad
  • Memberikan keyakinan bahawa kita masih mampu makan hidangan lengkap dengan budget terhad
  • Memberi peluang untuk muhasabah diri 



FAKTA PROJEK

Biaya: RM50 untuk 5 hari bermakna RM10 secara purata untuk setiap hari
Tarikh: Bermula pada 30 September 2013 (Isnin) dan berakhir pada 4 Oktober 2013 (Jumaat)
Barangan: Semua bahan masakan untuk sarapan, makan tengari dan makan malam. Ini tidak termasuk gas, pencuci pinggan, tisu atau barangan lain yang tidak berbentuk makanan.
Jumlah ahli: 1 keluarga dengan 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak berumur 4 tahun dan 2 tahun
Lokasi: Putrajaya
Lokasi pembelian: Pasaraya Mydin* dan kedai runcit berhampiran rumah


Nota*: Barangan yang saya beli di Pasaraya Mydin adalah hampir sama harganya dengan pasaraya lain dan tidak ketara murah pada harga. Contoh, ayam dan telur di Pasaraya Aeon adalah jauh lebih murah. Faktor utama saya ke Pasaraya Mydin kerana ianya dibuka awal iaitu pada jam 9 pagi.




BAHAN-BAHAN 


Roti RM2.40
Telur Ayam Kampung 10biji RM4.19
Telur biasa 5biji RM2.00
Bawang besar RM0.50
Bawang Putih RM0.30
Bawang Merah RM0.63
Bawang Merah tambahan RM0.20
Halia RM0.34
Tepung 1kg RM1.35
Lobak merah RM0.73
Bunga Kobis RM1.51
Brocolli RMRM1.74
Kacang Panjang RM1.44
Ayam 2 ketul RM4.41
Ayam 2 ketul RM4.32
Ayam 1 ketul RM1.97
Ikan bilis RM2.26
Ikan talapia 2 ekor RM2.59
Ikan gelama 3 ekor RM2.96
Kentang RM1.28
Tofu telur RM0.60
Tempe RM0.90
Cili kering RM0.43
Minyak RM1.12*
Kicap RM0.40*
Asam Jawa RM1.20*
Belacan RM0.20*
Gula RM0.40*
Cili Padi RM0.20*
Daun limau kasturi RM0.10*
Sos tomato RM0.30*
Sos cili RM0.47*
Rempah RM0.50*
Kunyit RM0.10*
Garam RM0.10*
Beras RM1.68*
Kicap RM0.40*

JUMLAH: RM46.22


Nota: Semua barangan yang bertanda (*) adalah dibeli secara pukal dan dikira harganya untuk kegunaan 5 hari sahaja. Sebagai contoh, beras super special tempatan berharga RM13.50 untuk 5 kilogram. Bagi keluarga kami, ianya bertahan selama 40 hari. RM13.50/40 x 5 hari = RM1.68. Sebotol sos cili berharga RM2.80 mampu bertahan selama 30 hari. RM2.80/30 x 5 hari = RM0.47

Sebenarnya terdapat beberapa barangan yang masih berbaki yang tidak habis saya gunakan sepanjang tempoh 5 hari. Antara barangan yang masih berbaki:

- Kentang
- Brocolli
- Lobak merah
- Kobis bunga
- Halia
- Bawang putih
- Ikan bilis

Saya berhasrat mahu meneruskan projek hingga hari ke-7 namun tidak kesampaian kerana terdapat majlis pada hari Sabtu 5 Oktober 2013.



HIDANGAN SELAMA 5 HARI

Terdapat beberapa perkara utama yang saya pertimbangkan sewaktu memilih resepi. Anak-anak saya gemarkan sup dan hampir setiap hari memerlukan sup. Atau sup boleh digantikan dengan ayam. Anak sulung saya pula hampir mahukan telur dadar setiap hari.

Jika anda mempunyai kriteria serupa, pilihlah utamakan menu anak anda kemudian sesuaikan budget utk menu anda dan pasangan. Ianya nampak sukar pada permulaan tetapi sebenarnya boleh dicuba dan dilakukan :)

Berikut adalah menu-menu yang disediakan sepanjang projek ini berlansung:


ISNIN

Sarapan - Pancake
Makan tengahari dan makan malam - Ayam goreng, sup sayur bening, telur dadar dan kentang tempe sambal




































SELASA

Sarapan - Cucur kentang
Makan tengahari dan makan malam - Ikan talapia goreng dengan air asam, sup tofu telur dengan kentang dan telur dadar





















RABU

Sarapan - Roti telur
Makan tengahari dan makan malam - Bubur carrot dan telur






























KHAMIS

Sarapan - Cucur ikan bilis
Makan tengahari dan makan malam - Ayam masak merah, sayur campur dan ayam pop corn























JUMAAT

Sarapan - Nasi Goreng
Makan tengahari dan makan malam - Telur dadar, sup ayam dan ikan gelama goreng






Menu ini kebanyakkan habis dimakan. Terdapat beberapa kes dimana ianya tidak mampu dihabiskan dan disimpan di peti sejuk untuk digunakan pada keesokan harinya.


KESIMPULAN

Terdapat beberapa jenis kategori barangan dalam kehidupan kita. Ada yang berbentuk kehendak, ada yang keperluan dan ada yang untuk kemewahan.

Dalam sudut makanan, ianya pada asasnya berbentuk keperluan namun boleh bertukar menjadi kehendak dan kemewahan pada masa tertentu.

Projek RM10 ini adalah untuk membantu mereka yang meletakkan makanan lengkap sebagai satu keperluan namun memiliki budget yang rendah dan terhad. Projek ini tidak dapat membantu mereka yang mempunyai selera atau kehendak mewah untuk makanan berkos tinggi.

Saya berharap saya dapat membantu golongan tertentu untuk menyusun budget mereka dan mencuba Projek 10 ini. Sejauh mana sekalipun kita tidak puas hati, kecewa dan dukacita, kita jugalah yang perlu bangkit dan menyelesaikan masalah yang ada

Semoga ada manfaat dari Projek tak seberapa ini

Love,

Salwa


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

11 comments:

  1. Thanx salwa sbb share pengalaman..
    Nasib baikla ada suami yg tak kesah sangat.. Aku baca ada org, lelakinya jenis yg cerewet bab2 makanan nih.. Bila lauk simple, katanya takde variety.. So, bagi dia, baik makan kat luar, lagi banyak pilihan... Aku harap, satu hari kalo kawen nanti, laki aku tuh jenis yg boleh bertolak ansur.. huhu..

    ReplyDelete
  2. my pleasure is

    biasalah tu, ramai orang banyak la ragamnye. alhamdulillah hubby jenis tak berapa nk kesah., kami pun kadang2 ade jugak makan diluar tp sgt jarang lah. pastuh plebagaikan masakan. boleh je masak rendang ke, mee ke mcm2 lagi
    yg penting kene kreatif..
    hehe..
    semoga ko bertemu jodoh yang baik..amin

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:20:00 PM

    Terima kasih banyak..

    Info resepi per hari yang bermanfaat..

    Saya menanam impian untuk menjadi surarumah yang berjaya..

    :)

    -- Fath

    ReplyDelete
  4. Thanks kak fazillah
    sy pun nk kene belajar banyak ngan akak ni

    ReplyDelete
  5. Boleh sangat encik fathi
    bisnes nampak dah makin serius

    ReplyDelete
  6. Menarik projek ni. Ada org bab2 makan ni mmg belanja besar. Belum kira yg suka makan KFC, McD semua tu lagi. Lagi2 kalau restoran segera ni senang je nak sampai.

    ReplyDelete
  7. Betul tu
    tepuk dada tanye selera
    kalau duit berkepuk, selera besar pun tkpe
    tp kalau duit tk berape nk cukup, selera kene la ubah sikit..

    sesekali nk makan restoran tkde masalah.. :D

    ReplyDelete
  8. As Salam.... Selamat berkenalan.. Thanks dear Sis... Saya 1st time baca coretan sis di page ini.. dan saya sukakannya... Alhamdulillah... Info yang baik.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sis bintang biru
    moga ade manfaatnye :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum
    hai wawa..menarik..jimat pun jimat..
    kreatif & boleh didik kita jadi berdisiplin bile berbelanja

    ReplyDelete