7 tanda bayi anda NORMAL

Assalamualaikum wbt

Saya selalu nampak juga dan kadang-kadang tergolong dalam golongan yang suka bertanya adakah normal sesuatu perkara yang dilakukan baby

Contohnya baby takmo di bedung, atau baby kejenye asyik nangis aje atau baby banyak sangat pakai diaper.

Jadi

Melalui pembacaan dan paling banyak melalui pengalaman (anak dah 3 kan...) saya cuba tuliskan supaya ibu yang lain akan rasa semua ni normal dan tak lagi tertanya-tanya

Hehehehe

Let's cekidout


#1 : HEAT SENSOR

Bayi anda ada sensor yang boleh la juga dikatakan sebagai sixth sense. Kenapa? Setelah anda berhempas pulas cuba menidurkan dia selama berjam-jam dan akhirnya mata dia terkatup rapat dan anda sangat konfiden yang dia sudah tidur. TAPI, sebaik sahaja anda alihkan badan anda atau bergerak sikit atau cuba nak ubah posisi, TUP, mata dia terbukak kembali kerana adanya sensor tadi. Betul tak? Betul tak?


#2: PEMBERSIH

Memang tak ada lagi makhluk di dunia ini yang se pembersih bayi. Selalu jadi, bila kita dah siap mandikan comel-comel, dengan baju yang cantik dan di bengkung di perut, di bedung pulak lepas tu dan kita pun baru nak me 'relax' kejap, tak sampai 5 saat kedengaran irama merdu 'pooot'. Memang perfect la timing utk dia berak kan...

Belum habis lagi, lepas kita salinkan diaper or CD dia, dah ikat balik bengkung dan bedung dan nak dodoikan kononnya, sekali lagi dengar bunyi merdu tu.. dan kadang-kadang proses ni berulang berkali-kali. Sebab apa? Haa, sebab dia pembersih la! Nak berak kat diaper or CD yang bersih aje!


#3: SUIS AUTO

Suis ini di install secara automatik ketika lahir. Boleh berfungsi dengan dua cara sahaja. ON dan OFF. Tak boleh pause atau replay. Ketika anda dekat dengan dia, suis OFF akan terpasang dan bila anda berjauhan dengan nya suis ON juga akan terpasang. Kenapa saya guna TER? Sebab mmg fully auto tanpa manual. Bayi akan menangis macam kene siram air panas aje lagaknya tapi bila kita angkat dan dukung, sekelip bulu mata dia akan diam dan siap tersengih lagi kadang tu. Bila letak balik, dengan sepantas kilat halilintar juga bunyi menangis kembali menjelma...


#4: PUKAU

Jangan tak tahu, ilmu ni bayi la yang paling hebat dan handal. Apa juga dia buat semuanya baik, ok, comel, cute, sweet, amazing dan paling cool dalam dunia sampaikan kita tak rasa nk marah lansung. Dia berak atas katil ke, muak sampai baju kita yang mahal tempah kt butik artis tu basah ke, kencing kat atas kain kita ke atau tiba-tiba lempang kita waktu tengah menyusu ke, semuanya BAIK belaka. Dan siap kita kata 'alololololo' lagi...Ce yang buat semua tu org lain? -No komen-


Gambar hiasan: 3 orang hero kesayangan saya


#5: FIGHTER

Born as a natural fighter. Jika anda jenis berpantang mengikut orang zaman dulu punya petua, bedung bayi adalah satu kemestian. Banyak kaedah yang diguna pakai. Kalau tradisional sikit pakai lampin aje, ikat2 dah siap. Kalau moden ada baby wrap la, baby sleeping bag la. Kalau orang banjar sekali dengan buaian dan dipanggil PUKONG. semuanya bertujuan nak bagi bayi selesa dan tidak mudah terkejut. Cumanya dapat la bertahan beberapa hari. Bila dah kuat sikit, kemain lagi dia bersilat dan mengeluarkan jurus jurus yang di praktikkan sejak dalam perut lagi. Maka keluarlah tumbukan dan tendangan siap dengan sound effect utk memastikan bedung tu terbukak dan tangannya kembali bebas.


#6: BIG BOSS

Kalau bunyi sikit aje walaupun 'ek' akan terkejar-kejar lah kita mendapatkan bayi tu. Tapi yang ni rasanya applicable kat first time mother la banyaknye. yang dah ade experience tu besenye akan biarkan baby jerit sikit baru berlari pi amik. kalau jenguk dan nampak dia ok je, tkde masalah. Tapi pastikan juga baby tu ok. Kadang tu bunyi tu fungsinya sebagai warning, mungkin dia dah berak, atau die nk menyusu atau yang takutnya kot dia dah terterap atau ade kain lindung hidung dan sebagainya.


#7: NATURAL ALARM

Tak perlu lg susah payah beli jam loceng yang kuat atau nk tekan butang snooze sebab bayi anda tidak boleh di snooze kan. Dia akan bangun ikut suka masa tanpa timing tapi kadang2 ada rutinnya. Boleh jadi sampai 3 atau 4 kali loceng tu akan 'berbunyi' dalam satu malam. Kadang kadang lebih pun ada. ADa masanya dia akan ajak bersembang sampai 3 jam atau hanya terkebil-kebil memandang kita tapi kalau kita tidur dia akan berbunyi balik.


Sebenarnya mungkin banyak lagi yang boleh dikongsi ibu-ibu lain. Saya dapat tulis takat ni je la. Itupun beberapa kali berhenti.. hehehehe

Apapun, jadi ibu bapa ni memang anugerah hebat walaupun banyak cabarannya

Semoga bersabar lah kita hendaknya

:)

Love,




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

13 comments:

  1. Lepas ni kami follow blog hang je la senang..mesti isu2 baby akan banyak nanti...hehehe.

    http://minaina-ilaaina.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. boleh tahu genetik ibu atau bapa yang banyak dekat bayi nie.

    ReplyDelete
  3. hahaha ok setuju sngt dengna semua point

    hebat kejadian Allah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana bersetuju... hahahaha

      Delete
  4. Haha.. comel sangat baby ni

    ReplyDelete
  5. Min Aina Ila Aina:

    Boleh2..meh la follow..mmg banyak sangat nk tulis pasal baby nih.. hehehe

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Nurul Aziyana:

    kan...allah ciptakan sama je universal nya baby baby kita semua...

    ReplyDelete
  8. Siti Nurafida Noh:

    hahahah..kelakar kan baby2 nih

    ReplyDelete
  9. mmg samala dgn ank kita. thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. Hahahaha tang #4 PUKAU tu paling syok! X saba tengok bayi sihat saya deliver 7th July 2016 ni! Doakan saya dan isteri dapat baby comel n sihat n kuat PUKAU k! Thanks

    ReplyDelete