Tanda-tanda bayi tidak cukup susu

Assalamualaikum wbt

Terima kasih kerana terus membaca tentang penyusuan dan tahniah!

Anda berusaha sehabis baik untuk memastikan bayi anda mendapat khasiat susu ibu dan dapat disusukan dengan baik (jika bukan sempurna)

Pada entri lepas, kita telah ketahui beberapa punca susu ibu tidak mencukupi. Jika anda masih belum berkesempatan membacanya, boleh rujuk di entri berikut: 6 PUNCA susu ibu tidak mencukupi.

Kali ini saya akan ceritakan dengan ringkas, beberapa tanda penting yang menunjukkan bahawa susu ibu tidak mencukupi.




Terdapat dua jenis tanda yang dapat dilihat jika susu badan ibu tidak mencukupi.

Satu tanda dari pihak ibu sendiri dan satu lagi daripada pihak bayi.



Tanda dari pihak ibu:
  • Puting anda akan terasa pedih dan sakit ketika menyusukan
  • Payudara rasa kosong dan tidak penuh
  • Payudara tidak berasa lembut selepas penyusuan


Tanda dari bayi:


  • Bayi mengantuk dan sentiasa perlu dipaksa dan diransang utk menyusukan
  • Bayi tidak buang air kecil atau besar dalam 5 hingga 8 kali sehari
  • Bayi tidak aktif
  • Najisnya tidak berubah menjadi warna kuning selepas 5 hari kelahiran (masih hitam atau gelap)
  • Berat badan bayi tidak naik selepas dua minggu
  • Bayi selalu meragam dan selalu letih
  • Pipi bayi melengkung
  • Bayi membuat bunyi mendecit semasa menyusu (tanda lekapan yang tidak betul)
  • Bayi semakin kekuningan selepas minggu pertama (sepatutnya lebih kurang)
  • Muka bayi tidak berisi dalam masa 3 minggu
  • Kulit tetap berkerut/berkedut selepas minggu pertama kelahiran



Jika tanda ini didapati, dinasihatkan untuk anda membawa bayi anda ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat susulan. Berjumpa dengan pakar kanak-kanak dan kaunselor laktasi adalah digalakkan terutamanya untuk mengatasi masalah ini.

Jangan biarkan ianya berterusan kerana tidak baik utk kesihatan bayi.

Anda juga boleh mencuba beberapa makanan tambahan seperti supplement utk ibu menyusu namun dinasihatkan mendapatkan dari mereka yang telah berpengalaman dan bertauliah dalam memberikan konsultasi kerana suplemen bukanlah penyebab susu banyak tetapi pelengkap 

Video di bawah ini adalah cerita tentang seorang Peer Lactation yang berusaha menambahkan supply susu beliau dengan cara memastikan badan nya sihat dan bertenaga terlebih dahulu.

Mesti tengok!




Semoga artikel ini membantu :)

Selamat menjalankan ibadah sebagai ibu!

Love,



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Baby kalau dapat susu cukup, memang tak menangis. Kalau tak cukup, dia mengamuk sampai mak pun menangis. hehe

    ReplyDelete
  2. Bahiah:

    Betul betul betul!!

    ReplyDelete