Tips jalan-jalan ke Hello Kitty Indoor Theme Park & JPO


Assalamualaikum wbt

Lama dah tak menulis disini. Cuti sekolah minggu lepas, kami sekeluarga juga ambil peluang utk bercuti-cuti Malaysia di Johor Bahru. Destinasi ini dah lama disebut-sebut oleh Ayah, tapi belum berkesempatan nak pergi sehinggalah baru-baru ini dapat pergi.

Hello Kitty Indoor Theme Park ini terletak di Puteri Harbour, Nusajaya. Tak jauh dari Legoland dan bandar JB. Kenapa kami memilih Indoor Theme Park? Sebab Imran dan I'jaaz masih kecil. Kalau bawa ke Legoland, bukan setakat tidak dapat appreciate permainan yang tinggi-tinggi tu, malah cuaca sangat panas ditambah dengan bilangan orang yang ramai pada cuti sekolah. Tunggu mereka besar sikitlah baru nak ke Legoland.

Hari Pertama: 

Kami bertolak dari Putrajaya jam 7pagi. Singgah sarapan di R&R Ayer Keroh. Kerana masih pagi, jalan lancar dan sarapan pun selesa tanpa perlu berebut dengan pelanggan lain. Kami menyusuri PLUS dan exit di Nusajaya untuk mengambil highway Lingkaran Kedua Singapore.Awalnya kami mensasarkan untuk sampai jam 10, namun oleh kerana kami terpaksa berhenti beberapa kali (imran buang air, lepas tu i'jaaz, lepas tu Emak pulak dsb) kami tiba di Nusajaya jam 11 pagi.

Parking sudah hampir penuh!

Tips #1: Sampai sebelum pukul 10 di musim cuti sekolah adalah sangat membantu

Kami berjalan kaki agak jauh untuk ke bangunan kelabu dimana Indoor theme park ini terletak. Lift masih belum berfungsi, jadi kami bergilir-gilir menolak stroller naik escalator. Mula-mula, kami diminta beratur utk membeli tiket (line sudah panjang). Selepas membeli tiket, kami perlu beratur sekali lagi untuk masuk ke theme park (line lagi panjang). Hanya setelah jam 12 tghari baru kami dapat masuk ke theme park.




Tips #2: Keluarkan Mykad dan MyKid siap2 kerana mereka nak periksa. Kanak-kanak berumur 3 tahuan kebawah sahaja yang percuma. Kalau anak anda umur 3 tahun 1 hari, kene bayar penuh ya.

Harga bagi satu taman tema utk pemegang MyKad adalah RM50. Dua taman tema RM85. Terdapat dua taman tema. yang pertama, Hello Kitty dan Kedua The Little Big Club. Kerana Imran & I'jaaz boys, tentulah kami memilih taman kedua. Nak masuk dua-dua macam mahal, dan kurang sesuai pulak utk boys.

Didalam The Little Big Club ini memang menarik. Ada pelbagai permainan yang boleh dicuba dan boleh dinaiki oleh Emak dan Ayah juga. Thomas, Barney, Pingu, Angelina, Bob the Builders dan macam-macam lagi karakter.

Seronok juga kami naik keretapi, helicopter, Windmill, Bus dan sebagainya sampai lah Imran & I'jaaz penat. Jam 1.30 kami keluar dari taman tema walaupun hakikatnya Emak dan Ayah yang tak puas main lagi!





Diluar taman tema, terdapat kapal-kapal pelayaran mewah. Tapi kami kurang pasti samada pegunjung dapat cruise atau tidak dikawasan itu.

Kemudian kami bertolak ke Mall of Medina yg terletak bersebelahan Legoland untuk makan tengahari. Lokasinya agak dekat namun kerana kurang signboard dan belum diupdate di Google Map, kami agak berpusing-pusing mencari Mall of Medina ini.

Sesampai disana, keadaan terlalu padat dan kebanyakan restoran penuh. Imran dan I'jaaz mula meragam kerana lapar. Tak sampai 10 minit, tiba-tiba elektrik pula terputus! Memang drama. Mujur akhirnya kami dapat juga makan di restoran yang masih beroperasi walaupun harganya sumpah mahal betul!

Tips #3: Sediakan roti atau biskut-biskut extra untuk anak-anak anda bagi menghadapi situasi tidak diduga seperti ini.

Kemudian kami bergerak kearah entrance Legoland untuk mengambil gambar buat kenang-kenangan. tak masuk pun, dapat ambil gambar pun jadilah. Harga tiket RM110 dan seperti biasa, hanya yg berumur 3 tahun kebawah sahaja yang masuk percuma




Sekitar jam 4, kami bergerak ke hotel penginapan di Bukit Indah atau dekat dengan daerah Skudai. Hari hujan lebat dan kami kepenatan.

Disebelah malam, kami dibawa Pak Wan (uncle Imran & I'jaaz) makan di Clubhouse di Ledang Residency. Kemudian jalan-jalan ke Danga Bay. Danga Bay meriah dengan lampu dan aktiviti permainan ala-ala fun fair. Imran pula ternampak trem dan terus minta dibelikan tiket. Dengan harga RM5 utk seorang, kami bersiar-siar disekitar Danga Bay dengan trem. Sekitar jam 10.30, kami pulang semula ke hotel

Hari kedua kami berada di JPO. Anda boleh lihat tips di sini: 

Tips shopping di Johor Premium Outlets (JPO)


:)

Love,

Salwa


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

9 comments:

  1. Anonymous9:04:00 AM

    Kat situ ade tempat makan tak?

    ReplyDelete
  2. Bangunan tu macam belum sepenuhnya dibuka. ada tempat makan nama LAT Place. agak exclusive dan of course mahal. dalam RM85 sekepala kalau tk silap arituh.

    Jadi kami decide nk makan di Mall of Medina aje. Yang dekat ngan Legoland tu. Tp mmg ramai orang lah time cuti sekolah.

    ReplyDelete
  3. Hello kitty town tak seswai utk budak2 laki ehh. Baru terfikir nk bwk heroes ber2 ni ke sana

    ReplyDelete
  4. One day ticket tu boleh keluar tak?
    Dalam ari yang same masuk lagi?

    Semisal dari pasir gudang nak naik apa ke legoland tu? Ada public transportation ke?

    ReplyDelete
  5. arinie:

    Sesuai aje.. tkde masalah :)

    ReplyDelete
  6. azalea:

    psl public transportation tu sy tk tahu. sebab aritu mmg pegi naik kereta

    ReplyDelete
  7. Public transport ada... Bas

    ReplyDelete
  8. Bawa stroller xda masalah ek kalau nak main dalam tu

    ReplyDelete