Humble-Share-Give

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, diberi Allah peluang kembali menulis setelah beberapa hari menyepi. Minggu lepas sehari aje ade kat office.Minggu nih in sya Allah sehari pun tkde kat office.Kadang-kadang pelik jugak kan, bila takde kat office, susah pulak nk update.bile ade kat office,ade aje nk diupdate.allah..macam2.kalau allah tk benarkan update tuh, tk berupdate jugak blog ni. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat (apemende ntah, start entry dh terus membebel)

La Khaula wa la Quwwata Illa Billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan seizin Allah)

Hidup kita ni kan, kadang-kadang diberi peluang meneliti kehidupan orang lain, diambil jadi iktibar. Perkara ni boleh berlaku dengan pembacaan, pemerhatian, cerita-cerita orang dan yang lebih menarik dan mengesankan, tentunya kalau kita sama-sama diberi peluang mendapatkan pengalaman itu secara lansung. Dari mulut empunya badan sendiri. Setuju?

Kadang-kadang juga, kita dihidangkan dengan ilmu, konsep, idea dan apapun jua hanya dari pembacaan atau kuliah/ceramah. Tapi, mengalami sendiri dan mendapat contoh itu dihadapan mata tentunya lebih membuatkan kita berfikir dan reflek kembali diri.

(apa la yang cik uwa nk cuba sampaikan nih)

Saya, seperti anda semua juga selalu dihidangkan dengan kisah-kisah dari buku tentang sifat-sifat terpuji dan sebagainya. Tapi peristiwa baru-baru ini telah member sedikit sebanyak kesan dalam diri saya yang mana menguatkan kembali apa yang saya hadam sebelum ini.


HUMBLE AND TO SHARE
Hari isnin hingga rabu, saya berkursus di Bangi. Tajuknya, the 7 habits of highly effective people. Ya, kursusnya menarik. Tapi seperti bebelan saya kepada sekumpulan pelajar tempohari, kesemua konsep ini kalau dicari kembali dalam al-quran dan as-sunnah, maka akan ditemui in sya allah. Cumanya, kita kurang beri perhatian dan kurang menggunakan ilmu yang ada.

Berbalik kepada cerita utama.

Sewaktu lunch hari pertama(isnin) saya duduk bersama peserta lain dan instructor program kami, En M, duduk disebelah saya. Menghampiri jam 1.30, satu persatu peserta meninggalkan meja dan saya masih berusaha keras menghabiskan makanan yang ada (tk baik membazir bukan? Harga beras pn dah mahal skang tau) hanya tinggal 3 org. En M, seorang peserta dan saya. Sewaktu sembang2, seorang yg agak berusia menghampiri kami,lantas ditegur En M dengan sapaan ‘Guru’. Ketika memperkenalkan Dr S kepada kami, En M tidak putus-putus mengatakan Dr S (yang juga seorang trainer pd waktu itu) sebagai mentor beliau. Dr S kemudian mengambil tempat diantara saya dengan En M. kami sambung lagi sembang yang terputus.

Datang lagi kemudiaannya seorang instructor yang juga begitu menghormati Dr S. malah sesiapapun disitu seolah-olah kenal benar dengan Dr S dan begitu ‘respect’ kepada Dr S. Persepsi saya sudah tentunya begitu tinggi kpd Dr S ketika itu.Dr S sebaliknya, sgt merendah diri, tersenyum sambil menidakkan pujian dari ‘anak-anak buahnya’.

Ditakdirkan Allah, Dr S berbicara tentang satu program yang mana boleh diklasifikasikan sebagai ‘soul searching’ program yang sgt sesuai dihadiri CEO2 terutamanya.katanya program itu asal dari Indonesia dan dibawa masuk ke Malaysia baru-baru ini. Dr S sendiri hanya tahu sedikit sebanyak konsep program tersebut dan berkongsi kepada kami. Katanya,beliau sendiri belum menghadiri program itu.

Sampuk saya:
“sounds like ESQ Program”No, it’s different. While ESQ is good , this concept gives you more” kata Dr S

Saya terus bertanya mungkin kalau ada bukunya, saya berminat utk membaca. Tapi kata Dr S, bukunya tidak dijual diMalaysia dan hanya ada dalam bahasa Indonesia yang asli. Ada diterjemah dalam bahasa inggeris tapi terjemahannya tidak bagus kerana kurang tepat.

nevermind. In sya Allah, I understand Indonesian language very well. Do you know where can I get the book?”

Dr S diam seketika.Kemudian mengeluarkan hp nya dan terus mendail. Dari sayup-sayup perbualan, ada seseorang yang memiliki buku itu.Seorang Dato’. Kata saya pd Dr S, berapa pun ongkosnya saya akan bayar termasuk kos penghantaran.

“No, he wanted to send it to your office. He will ask his assistant to contact you. What’s your phone number?” Tanya Dr S kepada saya.

Kerana saya hanya akan berada di office hari jumaat, saya insist utk dipos sahaja bukunya tapi nyata, Dato’ mahu juga dihantar terus. Kata Dr S lagi, hanya ada satu buku yang tinggal. Dan saya bersetuju.

Selepas meletakkan hp, dari Dr S baru saya tahu, rupanya yang dihubungi sebentar tadi adalah kenalan beliau. Percaya atau tidak, Dato’ A yang tadi berbual dengan Dr S adalah bekas VP Maybank, kemudian menjadi CEO Bank Mualamat dan sekarang sudah membuka perniagaan sendiri.

Terdiam saya seketika. Sebesar-besar orang seperti itu, diperkenalkan Dr S seolah-olah memperkenalkan seorang pelajar university, atau anak buah dioffice. Begitu santai dan bersahaja.Kedua-dua mereka sangat merendah diri.

Selepas mengucapkan terima kasih kpd Dr S, kami berempat sama-sama menuju ke Musolla.

Keesokan harinya (selasa), dengan ihsan Hp pinjaman dari seorang adik yg sedang saya gunakan sampai sekarang (Cik A: thanks sgt!!) saya meghubungi Dato’ A. Belum pun sempat memperkenalkan diri, terus dijawap:

“ws. Yes cik Salwa”

“oh, dato’, I got your number from Dr S and he said that you have the book with you. Why don’t you just post it to my office since I won’t be around till Friday”

“It’s ok. We can meet up somewhere else. What time you finish the course?”

“5. Are u sure you wanted to send it. Ok, let’s see if we can meet up somewhere”

“you decide what time and where to meet. In sya allah I will try to come”


Office Dato’A terletak di Damansara. Bagi saya, sgt memalukan kalau Dato’ A sampai sanggup ke KLCC menghantar buku itu tapi saya sendiri tidak mahir selok belok jalan di Damansara. Akhirnya kami setuju berjumpa di UIA PJ jam 6 ptg. Tentunya saya tertanya-tanya, apa yang membuatkan Dato’ A begitu mahu menghantar sendiri buku itu kepada saya sedangkan saya, seorang anak muda yang baru setahun dua bekerja, yang tidak akan dapat memberikan apa-apa ganjaran atau pengalaman kalau nk dibandingkan dengan kedudukan Dato’ A.


THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU’LL GET

Jam 5.45ptg, saya sudah ditiba di perkarangan Uia. Kata Dato’, lebih baik kalau saya tunggu di kantin kerana dia dalam perjalanan. Saya kemudiannya masuk kekantin, mata tertangkap satu papan tanda “lelaki dan perempuan, sila duduk berasingan”, kemudian membeli jus dan duduk dalam pembacaan sementara menunggu kedatangan Dato’ A.

Beberapa ketika kemudian, Dato’ A sampai. Bersih wajahnya dan very ‘fatherly’.First impression saya ketika itu.ditangannya ada buku yang dimaksudkan dan terus Dato’ A menghurai sedikit sebanyak tentang konsep buku itu. Bagaimana akhirnya beliau sendiri mengerti tentang konsep kehidupan dan sebagainya. Saya menjadi pendengar setia.

Dipendekkan cerita, setelah itu, saya meminta kad business daripada Dato’ dan kerana kadnya tertinggal di kereta, Dato’ keluar dari kantin menuju sambil menghubungi PA nya utk mendapatkan kad tersebut. Saya membelek buku itu. Kata dato’ tadi, itu satu-satunya buku dalam bahasa Indonesia yang tinggal padanya.Dato juga tadinya kurang yakin kalau saya benar2 mahukan dalam bahasa Indonesia dan saya senyum dalam meyakinkan kalau saya mmg boleh memahami bahasa Indonesia seizinNya.

Mata saya menangkap satu baris ayat dan tandatangan di muka pertama buku itu.

“Kpd: Br Dato’ A …… bin …………….
Semoga persabahatan kita kekal dalam iman”


Ditandatangani penulis buku itu sendiri. Tanggal Ogos 2006.

Kali ini saya lebih teruja. Terkejut dan tidak selesa bercampur aduk. Masuk sahaja Dato’ke kantin, terus saya bertanya:

“Are u sure you want to give the book to me? I can see the signature there. Must have been a special copy…”

“nevermind. I’m more concern on the content of the book and how you can benefit from it”

Saya tertanya-tanya. Kalaulah saya yang empunya buku, sanggupkah saya melakukan pekara yang serupa? Allahu’alam

Selepas berada di dalam kereta, saya hubungi Dr S, mengucapkan jutaan terima kasih kerana menemukan sya dengan Dato’ A. Juga menyatakan kekaguman saya pd ‘humble’nya Dato’ A dan malah sempat saya ceritakan tentang buku yg diberikan kerana saya sebetulnya msih terkejut.

Dan dalam kerendahan hati dan budi, jawap ringkas Dr S:

“salwa, I’m not surprise to hear that.Dato’s philosophy is very easy. The more you give, the more you will earn.”

Perbualan kemudian terhenti dan saya diam. Diam dalam malu yang amat. Cukupkah saya berkongsi dan akan humble sebegitukah saya kalau ditakdirkan menjadi orang besar suatu hari nanti?

Sebelum berundur, saya kongsikan SMS Dato’ A semalam, ketika saya memberanikan diri bertanya, kenapa Dato’ beria-ia mahu menyampaikan buku it uterus kepada saya. Jawap beliau:

“Salam.i want readers to really understand the core concept.There are many who have attended the program or read the book but is not able to grasp the interdependencies of the concept. My hope is when they understand and in sya allah embrace it then they become a light unto others.(tabliq/sharing). We do not become excellent through reading but through action. We become by doing, by experiencing. Bur before that can happen we must understand. By sharing it often, I do not only remind myself but also share the energy and emotion of the concept to ensure readers understand the reason WHY WE ARE ON EARTH…”

Allahu’alam
Dengan bekal iman, akan tercoraklah kehidupan dan peribadi. Dan moga dengan itu, bekal kita jangan pernah berkurang malah didoakan selalu agar sentiasa bertambah!

Wardah as-syauk
19 Mei 2008
9.33am
Cheras

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

7 comments:

  1. terharunya baca entri ni...humblenya Dato' tu...teringin sangat nak tahu kandungan buku tu jugak...pastinya ada sesuatu yang tersangat bernilai di dalamnya...

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:11:00 PM

    Alhamdulillah,

    Moga beliau tergolong di kalangan mukmin yang beriman, Ameen.

    Moga Berjaya di dunia dan di akhirat, insya-ALLAH.

    -- Muzzammil

    ReplyDelete
  3. salaam

    ummu afeera:in sya Allah, ada kesempatan akan dikongsikan jugak buku tuh. :)

    muzammil: jzkk atas doanya

    ReplyDelete
  4. apa kata cik uwa bg buku tu kat sy...

    ReplyDelete
  5. seifu: huish....ujian berat tu. mungkin cik uwa akan still keep buku tu dan berusaha sedaya upaya utk share dengan seberapa banyak org yg nak tahu...

    how bout that? ;)

    ReplyDelete
  6. Hairil:

    The celestial management. (http://www.celestialmanagement.com/)

    ReplyDelete