Pengalaman saya guna 4 cara Potty Training anak dalam masa seminggu je

Assalamualaikum wbt

Topik ni selalu timbul di kalangan kenalan saya sejak dua menjak ni
Tak hairan lah sebabnya anak-anak lebih kurang sebaya

Ada yang dh masuk tadika
Ada yang dh masuk sekolah

Jadi, ada la perbincangan sedikit sebanyak tentang urusan potty training ni atau dikenali juga dengan diaper-free . Saya pun bukanlah pakar sangat. Apa yang saya cerita ni based on pengalaman saya mem potty training kan anak pertama dan anak kedua. Dulu pun saya banyak membaca untuk tahu apa yang terbaik dalam memudahkan proses ni.




Well, basically ada 4 rules kalau nak potty training anak dengan berjaya



RULE 1: EMAK DAN ANAK KENA READY


Yang ni paling utama dan basic yang perlu dan wajib ada. Selalu tu penekanan diberikan pada anak aje. Bila anak dah pandai bercakap atau pandai terima arahan, kita pun rasa dia dh ready la. Tup tup kita sebagai mak yang tak ready sebenarnya.

Macam mana nak tahu?

Bila anak terkencing kita marah-marah tahap gaban atau sampai pukul. Itu maknanya memang mak la yang tak ready. Anak kita dah beberapa bulan atau tahun poo dan pee dalam diaper. Tentu ambil masa utk sesuaikan keadaan tu walaupun si anak dh pandai bercakap. Tak sama kepandaian bercakap dengan 'keterlupaan' dia dah tak pakai diaper.




Solution?

Mak dan anak kene ready. Mak bersedia sudut emosi dan fizikal (expected la akan bocor sana sini kan) dan anak pulak dah boleh dipujuk. Jangan dipaksa sangat. Macam imran, saya mulakan waktu umur 3 tahun lebih sebab imran susah nak expresskan keinginan dia. Bila saya train, tak samapi seminggu dia berjaya diaper-free waktu siang. Umur imran hampir 4 tahun memang lulus sepenuhya dan tak perlu lg pakai walaupun pergi berjalan-jalan.

Macam i'jaaz saya nk start umur dia 2 tahun tapi waktu tu saya tak berani kerana saya tengah mengandungkan anak ketiga. Saya tahu emosi saya tak stabil dan tak kuat sangat nk mop lantai atau angkat tilam jadi saya tangguhkan sehingga anak saya yg ketiga lahir. Juga, dalam masa seminggu i'jaaz dh lulus. Lebih mengujakan tak samapi 2 minggu, i'jaaz dh tak pakai diaper waktu malam dan lepas sebulan diaper-free sepenuhnya!

Macam mana saya buat?



RULE 2: MOTIVATION


Setiap kali kejayaan, kita bagi la pelukan dan ciuman. Kemudian puji tanda kita sangat hargai usaha dia yg berjaya ke tandas sendiri. Apa jadi kalau ter lepas?

Cakap lah tkpe. Lain kali berak dan kencing kt tandas.
Saya bukan malaikat. Kadang-kadang ada juga marah dia tapi saya tgk jadi lg blur muka.
Dan macam dia jadi silap paham. kalau kencing takut kene marah

Kesian. Nyesal pun ada. lepas tu saya tak nak marah dah

Kemudian jd lebih smooth dan dia pun pandai nak ke toilet sendiri

Kalau tak pandai macam mana?


RULE 3: CONSTANT REMINDER


Kita sentiasa ingatkan dan tanya dia nak ke toilet ke tak. Permulaan ni mmg kene tanya selalu lah. Kadang2 tu sampai setiap seteengah jam dan kita pulak yang kene marah sebab dia dah bosan asyik dapat soalan yang sama.

Bila dah pandai sikit tu, setiap sejam atau 2 jam boleh la ingatkan.
Bila dah diaper-free sepenuhnya, saya masih akan tanya terutamanya sebelum tidur dan sebelum keluar rumah.

Cumanya budak ni mmg cmtu la perangainya
Waktu tanya kata takmo pee, sekali dah keluar rumah 100 meter baru cakap nk pee.
Banyakkan bersabar ye!

Hehehe


RULE 4: ENVIRONMENT


Ini penting utk pastikan proses potty training berjalan lancar.
Ape maksudnya?

Gulung siap siap tikar ke karpet ke
Lapik tilam dengan lapik kalis air atau comforter tebal
Pakaikan underware yang training punya. yang tu kalau terkencing pun tkde la menjejes. Saya pakaikan utk anak sulung je. yang kedua tayah dh sebab dh boleh expect dah.

Sediakan mop utk mop dengan segera
Atau sediakan kain utk lap dengan segera




Saya dulu siap beli potty training chair lagi. Kengkonon supaya dia mudah la nk pee dan poo
Sudahnya tkde di pakai pun
Anak-anak pun macam geli nk duduk situ. Hehehe

So,

Senang tak?
Dari sudut teori nampak senang
Tapi bila dah menghadap nanti, baru lah keimanan teruji

Eceh

Doa la banyak-banyak supaya allah mudahkan urusan.
semoga berjaya!


Love,



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

6 comments:

  1. Wah, ilmu yang sangat berguna ni. kena simpan dalam poket untuk dipraktikkan.

    ReplyDelete
  2. Bagus nih nak try untuk anak. Tq atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Farah Makmor:

    Masukkan dalam archieve awak.. hehehe.. in sya allah soon!

    ReplyDelete
  4. Roziah:

    Sama-sama. Semoga bermanfaat :)

    ReplyDelete
  5. Masih blum start potty train anak 2...mainly sbb mamanya x bersedia 😅

    ReplyDelete