6 PUNCA susu badan tidak mencukupi

Assalamualaikum wbt

Antara soalan dan keluhan yang banyak saya terima daripada pelanggan salwasaleh.com adalah tentang masalah susu badan yang dikatakan tidak mencukupi.




Ini adalah satu perkara biasa yang berlaku dan agak normal apabila ibu mempersoalkan sama ada susunya mencukupi atau tidak dan kerap merasa susunya kurang. Dalam kebanyakan kes, ianya lebih kearah emosi atau mainan perasaan disebabkan rasa 'conscious' dan 'curious' . 

Antaranya adalah mitos bahawa saiz badan dan payudara yang kecil adalah punca susu tidak banyak

Menurut pakar penyusuan, hanya sebilangan kecil iaitu 2% sahaja yang benar-benar menghadapi masalah kekurangan susu disebabkan faktor tertentu.

Jadi, jangan terlalu risau ya!


:)



Apa punca susu badan menjadi kurang atau tidak cukup?

Sebenarnya terdapat beberapa sebab yang boleh menjadi punca susu ibu menjadi kurang. 


PUNCA 1: POSISI PENYUSUAN

Penghasilan susu yang banyak namun bayi tidak menerima dengan baik. Masalah ini disebabkan lekapan yang tidak betul atau cara posisi penyusuan itu sendiri. Jika posisi penyusuan salah dan bayi tidak melekap dengan sempurna, mereka tidak dapat menyusu dengan puas dan susu tidak dapat dioptimumkan seterusnya mengurangkan pengeluarannya


PUNCA 2: PEMAKANAN YANG TIDAK SEMPURNA




Di dalam mana-mana kepercayaan, terdapat beberapa makanan yang tidak boleh di ambil oleh ibu berpantang dan menyusukan. Namun, dalam usaha mematuhi 'arahan berpantang' tersebut, ibu masih perlu memastikan makanan yang diambil adalah berkhasiat dan memenuhi piramid makanan yang diperlukan bagi melengkapkan nutrisi terutamanya pengambilan air yang banyak. Dalam kes ini, pengambilan supplemen seperti Set Breastfeeding boleh membantu melengkapkan nutrisi dan keperluan mineral namun bukanlah diambil dengan tujuan utk menambah susu semata-mata.

PUNCA 3: TERIKAT DENGAN JADUAL



Terikat dengan jadual. Walaupun secara purata bayi menyusukan 3 hingga 4 jam sekali, anda haruslah bijak meneliti permintaan si kecil. Susukan bayi tanpa mengira masa dan tempoh kerana setiap bayi berbeza. Jika bayi anda terutamanya bayi lelaki mahu kerap menyusu, layanlah permintaan bayi dan susukan sehingga bayi puas. Semakin banyak anda menyusukan bayi, semakin banyaklah pengeluaran susu anda.


PUNCA 4: MASALAH HORMON DAN KESIHATAN



Ketidakseimbangan hormon atau masalah fizikal payudara akibat penyakit atau pembedahan. Perkara ini haruslah dirujuk kepada pakar anda dan kaunselor laktasi untuk nasihat yang sewajarnya mengikut keadaan anda. Jangan khuatir, ramai yang berjaya menyusukan bayi sepenuhnya setelah menerima rawatan :)

PUNCA 5: STRESS YANG TIDAK TERKAWAL




Menjadi ibu adalah satu tugas yang sukar dan tidak semua dapat dilakukan sempurna. Perasaan tekanan yang melampau mampu menyebabkan anda mengalami kemurungan dan lemah dari emosi dan fizikal. Ini akan sedikit sebanyak menganggu proses penghasilan susu


PUNCA 6: PENGAMBILAN UBAT



Sesetengah ibu mengalami gangguan kesihatan ketika dan selepas melahirkan seperti tahap tiriod yang rendah atau tinggi (hyperthyroid and hipothyroid), kehilangan darah yang banyak semasa bersalin atau komplikasi disebabkan kelahiran. Ini akan mengganggu pengeluaran susu secara sementara. Pengambilan ubatan seperti pil pencegah kehamilan atau ubat selsema yang mengandungi dekongestan seperti pseudophedrine juga boleh mengurangkan susu. Disarankan agar anda meminta ubat yang sesuai dan memaklumkan kepada doktor anda bahawa anda menyusukan bayi supaya anda mendapat ubat yang paling sesuai.




Sekarang anda sudah tahu punca susu badan tidak mencukupi
Selepas ini saya akan kongsikan tanda susu badan tidak cukup dan cara mengatasinya


Kepada ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi dan dalam tempoh berpantang, saya galakkan anda untuk membaca entri ini: 5 FAKTA IBU BERPANTANG PATUT TAHU


Selamat menjalankan ibadah sebagai ibu!

Love,










Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment