5 Fakta Ibu Berpantang Perlu tahu tentang bayi kerap menangis

Assalamualaikum wbt

Sebagai seorang emak, saya pernah melalui tempoh 'sukar' dan 'panik' ketika berpantang terutamanya selepas melahirkan anak sulung.

Kadang-kadang, walau hebat mana pun pembacaan kita tentang cerita berpantang, apabila masanya sampai, keadaan kita adalah berlainan dan tidak sama dengan apa yang kita impikan. Namun, dengan hasil pembacaan yang banyak dan tips yang dikongsi, kita dapat tempuhi satu persatu masalah ketika berpantang.

Begitulah juga saya. Semuanya akhirnya berjaya diselesaikan satu persatu. :)

Harini saya nak cerita satu masalah yang sangat biasa kita dengar

Bayi menangis dan kerap meragam didalam pantang

Adakah ini satu masalah?

Bergantung kepada puncanya. 
Memang diakui terdapat beberapa punca bayi menangis.
Namun, dalam entri kali ini saya hanya ingin fokuskan kepada satu isu iaitu:

MITOS BAYI KERAP MENANGIS SEBAB LAPAR

Saya sering dihujani panggilan ibu-ibu yang dalam berpantang dan inginkan supplemen utk banyakkan susu. Saya akan dengar dulu luahan si ibu yang mengatakan susu nya 'tidak cukup' dan bayi kerap menangis kerana 'lapar'. Justeru, diharap supplemen yang saya jual dapat banyakkan susu badan kerana tak mahu beri anak susu formula.

Soalan pertama saya, berapa usia bayi?

Rata-rata menjawap dalam tempoh 7 hingga 14 hari. Bermakna mmg masih dalam fasa awal berpantang.

Soalan kedua, kenapa rasa anak menangis sebab lapar?

Jawapan selalunya sebab bayi tak henti menyusu dan kalau di hentikan, bayi akan terus menangis sebab tak puas menyusu dan lapar lagi.

Biasanya cukup dua soalan ini sahaja yang saya tanyakan.
Baru lah saya akan 'bukak langkah'

FAKTA 1: Perut bayi adalah sangat KECIL

Bayi perutnya hanya sebesar guli atan buah ceri pada hari pertama kelahiran dan hanya membesar sebesar buah walnut atau kalau kita orang malaysia ni buah kedondong saiz sederhana la lepas seminggu.

Kecil kan? 

Sebab tu la bayi kerap menyusu. Mana pula dia nk simpan dan buat storage susu emaknya tu. minum sikit-sikit dan kerap lepas tu membuang melalui air kencing dan air besar. Itulah rutinnya. 




Dengan saiz sekecil tu, tak perlu nak top up pun dengan susu formula. Susu ibu dah lebih dari cukup Allah jadikan utk bayi tu. Lagi sedih ada yang bayi belum pun masuk sebulan dah dicampur air nasi, nestum, pisang dan sebagainya. Kesian bayi tu, silap-silap boleh maut sebab usus tersumbat dan pecah!

FAKTA 2: Bayi ingin dekat dengan emaknya

40 minggu kita dok bawa dia kehulu kehilir dalam perut. Dekat dengan kita dan dijaga rapi. Bila keluar dunia, tentu bayi terkejut. Eh, dah tkde orang dok kepit. 

Suasana lain, suhu, pencahayaan dan sebagainya. Ini semua sangat asing bagi bayi.
Sebab tu bila kita bedung dia, dakap dia, selalu letak dia dekat badan kita dan menyusukan dia, dia rasa selamat kerana dia tahu kita ada.




Bila kita pisahkan dia dari badan kita, dia akan tercari-cari dan rasa lost.
Itu naluri seorang bayi

Jadi tak semestinya dia menangis sebab dia lapar!


FAKTA 3: Kalau betul dia lapar, kita akan tahu

Macam mana nak tahu? Haa, ada tanda kalau bayi kita tak cukup susu. Antaranya:







  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Bayi anda meragam atau sering letih.
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul 
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

  • Ihsan: Baby Centre


    Jika bayi anda ada tanda-tanda ini, barulah betul yang dia tak mendapat susu yang mencukupi. Rujuk dengan doktor anda dan dapatkan nasihat dari Pakar Laktasi kerana anda mungkin mempunyai sedikit masalah penyusuan yang boleh diperbetulkan.


    FAKTA 4: Saiz payudara bukan punca susu anda tidak cukup dan bayi menangis

    Berkait balik dengan point yang sama, kita dianugerahi susu yang mencukupi utk diberikan kepada bayi kita. Saya telah tulis tentang ini di entri berikut: Adakah saiz badan punca susu kurang? 


    FAKTA 5: SUPPLEMEN bukan segalanya

    Ramai mengharapkan magic dengan harapan apabila mengambil supplemen, dengan sekelip mata boleh menambahkan susu badan.

    Saya kerap ingatkan kepada ibu, konsep asas penyusuan itu sendiri adalah demand dan supply.Apabila ada permintaan, ada penawaran




    Maka nya perlu dipastikan bayi sentiasa disusukan mengikut waktu, atau susu nya di pam jika ada lebihan, minum air perlu mencukupi dan pastikan perkara asas lain dijaga. 

    Supplement bertindak dengan mecukupkan keperluan nutrisi yang selalunya tidak seimbang kerana pemakanan yang tidak lengkap terutamanya ketika berpantang dan mengelakkan stress. 



    Kesimpulan:


    Janganlah mudah gelabah
    Pasti ada jalan penyelesaiannya. 
    Banyakkan membaca dan dapatkan tips dan panduan dari orang yang berpengalaman. Elakkan kerisauan melampau hingga memberi bayi anda sesuatu yang tidak wajar hanya kerana takut bayi anda lapar.


    Selamat maju jaya dan berpantang!

    Love,



    Salwa Mohd Saleh

    A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

    No comments:

    Post a Comment