Adakah saiz badan punca susu kurang?


Assalamualaikum wbt

Anda risau badan anda kecil?
Anda risau saiz cik B anda kecil dan tak boleh menyusukan dengan sempurna?
Anda risau bayi anda nanti lapar?

Elok lah baca apa yang saya nak tulis ni.

Dah lama juga dengar teori yang tidak ada fakta sokongan ni. Tapi biasalah kan, manusia. Bila gossip dan khabar angin mcm ni, mesti semua terus rasa teruja dan percaya.

Maka merana lah ramai ibu kat luar sana yang tak start menyusukan pun lagi tapi dah di tanam di dalam kepalanya bahawa dia tak mampu nk susukan bayi dia.

isyk
isyk

Dulu saya pernah tuliskan sedikit info tentang asas penyusuan. Lebih kurang Breasfeeding 101 lah.


Kawan, Allah tu maha Adil dan maha Bijaksana. Apa yang dicipta dah seimbang pun. 
Kecik macam mana sekali saiz badan atau Cik B orang tu, in sya Allah dengan semulajadinya akan cukup susu dan mampu menyusukan bayinya.

Saya cakap secara semulajadi kerana ada juga kes yang perlukan perhatikan dan rawatan klinikal seperti salur susu tersumbat dan sebagainya. Jika ibu ada yang mengalami masalah ini, boleh dapatkan rawatan lanjut ye.

Berbalik kepada kes yang biasa dan normal ni, tak perlulah risau bayi anda lapar. Yang penting utk cukupkan adalah dengan demand dan supply.

Bayi memang la menangis dan asyik tidur. Takkan kita nak expect die bergelak ketawa dengan kita pulak. Bila menangis, ada beberapa sebab dan antaranya nak melekap dengan ibunya.

Ambil la masa ni puas-puas utk bonding dengan bayi sendiri. Susukan ikut jadual dan in sya allah takde lah bayi anda tu kelaparan lah, konon tak puas la. dan sebab adanya demand dari bayi yang berterusan, secara automatiknya kilang susu kita pun akan produce ikut demand yang diminta bayi. hebat kan?

Tak percaya lagi?

Ce tengok gambar kat bawah ni

Inilah kuantiti yang diperlukan bayi anda ikut usia dia. Memang la kita tk boleh sukat tapi cuba tengok saiz perut bayi tu. kecik aje. Jadi jangan lah risau. In sya allah cukup apa yang di tetapkan.


Untuk pengiraan lanjut selepas tempoh berpantang, boleh rujuk artikel yang di tulis puan Su, pengasas Lunatots di lik berikut sebagai panduan: Berapa banyak anak minum susu ibu?


Ada ibu yang dek terlalu stress menyebabkan susu dia pulak jatuh merudum. Ada pula yang risau sampai cari supplemen tambahan. Ye, mmg ade di pasaran. Saya pun ade jual. Tapi penting untuk tahu yang supplemen adalah makanan tambahan. Almaklumlah time berpantang banyak yang dilarang. Lepas berpantang pula sibuk kesini kesana sampai tak dapat makanan seimbang.

Jadi disini, maksudnya supplemen ni melengkapkan keperluan nutrisi dan mineral yang perlu ada bg membolehkan kita bertenaga dan dapat memberikan khasiat sepenuhnya pada bayi. Bukan bermaksud kita ambil dan tak perlu jaga demand dan supply susu badan kita. 

Ok?

Jika ada kemusykilan atau masalah, boleh lah hubungi saya.
Saya tk pandai mana tapi kongsi sikit-sikit pengalaman dan ilmu aje.

Selamat menyusukan bayi dan jangan risau lagi!

Love,



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment