Breastfeeding 101: Info asas penyusuan

Assalamualaikum wbt

Hampir kesemua ibu didunia ini mahu menyusukan anaknya sendiri. Malah, ada yang mengambil anak angkat dan menyusukan bayi tersebut walaupun belum berkahwin lagi. Macam mana tu? Yang tu dia ambil hormon lah untuk keluarkan susu.


Untuk ibu yang biasa, lepas aje bersalin, baby memang dah ready untuk disusukan. Inilah detik paling penting sebab susu pertama yang akan keluar adalah cecair umpama emas yang memukau yang tidak ternilai. Waaaa.... ape tu?


Colostrum.

Also known as beestings or firstmilk is a form of milk produced by the mammary glands in late pregnancy and the few days after giving birth. Human and bovine colostrums are thick, sticky and yellowish.


Walaupun hanya dihasilkan dalam kuantiti yang sangat sedikit dan dalam jangka masa yang terhad, colostrum ni membekalkan antibodi dan mengandungi kepekatan nutrien yang sangat tinggi. Sumber protein, karbohidrat, imunisasi semuanya sangat tinggi tapi lemaknya rendah. Best kan?


Selepas itu, teruskan lah penyusuan sehingga baby mencapai usia dua tahun jika mampu.Nak lebih pun takpe. Kenapa pula dua tahun? Sebab dalam Al-Quran disebutkan:


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”"


Jadi amatlah beruntung sesiapa yang dapat menyusukan bayinya hingga dua tahun.Namun jangan pula sekali-kali kita mengkondem mereka yang tidak dapat menyusukan bayinya hingga apa-apa tempoh sekalipun sebab kita tak tahu masalah dia. 


Tapi kalau anda nak tahu jugak masalah-masalahnya macam mana?


Hmm.OKlah.

Berikut adalah senarai masalah-masalah utama yang selalu saya dengar:


  • Susu kurang
  • Susu cair, baby tak kenyang
  • Salur susu kecik
  • Salur susu sumbat
  • Susu takde
  • Malas


Kesemua masalah diatas in sya Allah dapat diatasi dengan rawatan terutamanya masalah terakhir tu. Yang tu rawatannya kene power sikit. Sila dapatkan konsultasi percuma dari saya selepas ini jika anda menghidap masalah itu


It's all begin with mindset


Sebenarnya Allah ciptakan kita ni semua susu cukup aje untuk baby masing-masing. Tak kiralah cup ape pun yang anda pakai, jumlahnya tetap ada. Tapi mungkin ada yang benar-benar bermasalah disebabkan faktor-faktor lain seperti lacthing tak betul, salah position, kurang ilmu dalam bab penyusuan dan sebagainya.


Takpe, kita cuba ikhtiar untuk selesaikan.



  1. Anda boleh berjumpe dengan mana-mana Lactation Consultant (LC) untuk dapatkan teknik yang betul untuk menyusukan bayi. Dulu time anak pertama, saya pun kekok sampai rasa macam nk give up aje until saya jumpa LC dan dia betulkan mindset saya. Alhamdulillah, lepas tuh semuanya OK.
  2. Anda boleh dapatkan rawatan urutan untuk elakkan bengkak dan betulkan salur susu. Yang ni jumpe yang bertauliah. Kalau pakai taram aje, silap-silap haribulan lain pulak jadinya.
  3. Anda boleh mengepam dengan lebih kerap untuk dapatkan susu yang lebih banyak. 
  4. Jaga pemakanan dan minum banyak air please. Walaupun dalam pantang. Kita ni manusia. Majority dalam badan ni adalah air. Kalau dah tkde air, macam mana nak hasilkan air susu? Logik tak?
  5. Dapatkan makanan tambahan atau supplement. Ini membantu susu dihasilkan menjadi lebih berkhasiat dan membantu ibu untuk lebih bertenaga dalam menyusukan dan menguruskan baby. In sya Allah banyak khasiatnya. Susu juga akan bertambah dan menjadi lebih pekat. Anda dan bayi akan riang gembira. Ce tengok kat bawah ni:



Set penyusuan Shaklee, Shaklee breastfeeding set, Set BF shaklee, tambah susu, banyakkan susu, set menyusu shaklee, COD Putrajaya, COD Cyberjaya, COD Bandar Baru Bangi, COD Desa Pinggiran Putra



Ni kira iklan tak berbayar la. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya.


Saya juga menawarkan perkhidmatan COD di sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Hospital Serdang dan UPM


Apapun, ingat kata saya, jangan lah berputus asa. 

Rahmat Allah itu luas. Mesti ada penyelesaian dalam setiap permasalahan.

Selamat menjalankan ibadah sebagai seorang ibu!


Love,







Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment