Ramai pelangggan selalu tanya saya, apakah supplemen terbaik yang perlu di ambil oleh mereka. Jawapan saya berubah-ubah
Bukan sebab tak istiqomah!
Setiap orang ada tubuh yang berbeza. Macam kata orang dulu-dulu lah. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Sekarang bukan hati je yang lain, rambut pun dah warna lain-lain.
Jadi setiap pelanggan juga berlainan keperluannya.
Selalu saya tanyakan kembali;
"Encik/Puan ada masalah kesihatan ke? Pernah makan supplemen tak sebelum ni?"
Ramai juga yang tak tahu nak jawap apa.
Jadinya, entri ni bertujuan nak bantu anda, untuk tahu cara memilih vitamin paling sesuai
Ini kira SNAP SHOT secara ringkas semua keperluan yang penting.
Oh, yang saya senaraikan ni keperluan yang basic
Dan setiap itu saya sertakan saranan vitamin yang sesuai beserta link utk bacaan penuh. Dan tentulah saranan saya vitamin dan supplement dari Shaklee.
Sebab?
Vitamin Shaklee adalah semulajadi, organik dan takde pengawet mahupun perasa. Vitamin lain di pasaran saya tak berani nak komen.
KERERLUAN 1 : PROTEIN
Protein penting utk bina dan baiki sel badan kita. Kan kalau org yg nk bina otot tu mcm abg sado tu kan, diorang mesti amik protein dengan kadar yang banyak dalam diet seharian.
Protein ni juga penting utk rambut, kuku, orang hamil dan ade juga sesetengah program turun berat badan yang cadangkan kalau nak cuba mengurangkan berat, kurang kan karbohidrat dan tambah protein dalam diet.
Macam mana nak pilih protein? Pilih lah yang rendah lemak. Biasanya yang ini sumbernya dari tumbuhan lah seperti soya dan kekacang lain.
Vitamin Shaklee yang di cadangkan : ESP DRINK dan MEAL SHAKE
Kenapa? Kerana mempunyai semua asid amino yang diperlukan dan protein daripada sumber soya yang tidak di ubah genetik nya.
KEPERLUAN 2: MULTI-VITAMIN
Namanya pun multi. Jadi banyak lah vitamin yang di gabung dalam ni. Fungsi utama adalah utk lengkapkan lompong-lompong nutrisi yang tak dapat di penuhi dengan diet seharian kita.
Mengikut kajian, kalau nk pilih multivitamin amik lah yang ade sekurang-kurangnya 12 jenis vitamin dan mineral yang lain.
Vitamin Shaklee yang disarankan: Vita- Lea Iron Complex
KEPERLUAN 3: VITAMIN C
Vitamin C ni penting. Semua golongan perlu ada dari kanak-kanak sampai lah orang tua. Ibu hamil dan menyusukan lagi la perlu cukup vitamin C sebab boleh tingkatkan paras imun, bantu kita pulihkan luka, boleh perangi toksik dalam badan dan bantu membina kolagen.
Vitamin Shaklee yang disarankan: Sustained Release Vita-C
Kenapa? Kerana Sustained Release Vita C adalah yang bersifat semulajadi, dan dilepaskan mengikut masa sepanjang hari dan mengandungi sumber asli seperti daripada estrak buahan yang mengandungi bioflavanoid.
KEPERLUAN 4: VITAMIN E
Vitamin E ni sape nak cantik dan awet muda mesti kene amik. Sebab Vita E bersifat anti oksidan dan melengahkan penuaan sel. Vitamin E ni membantu sel kita dapat oksigen lebih efektif dan ransang beberapa bahagian sistem imun supaya kita dapat tentang jangkitan dengan baik.
Bagi yang ingin dapat anak, vitamin E sangat bagus kerana ianya dapat meningkatkan keintiman dan membantu sperma utk sampai ke telur . Selain itu, vitamin E dapat membantu mencegah kanser.
Pilihlah vitamin E yang mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif dan mempunyai ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol
Vitamin Shaklee yang disarankan: Vita E Complex
Kenapa? Kerana Vita E Complex mengandung tokoferol dan topoferol. Aa juga mengandungi mineral selenium.
KEPERLUAN 5: VITAMIN B
Vitamin B sangat banyak ahli keluarganya. Penting dalam membantu memerangi kelesuan dan depresi. Ianya memberikan tenaga dengan membantu pelepasan makanan dan melancarkan aliran darah.
Vitamin Shaklee yang disarankan: B-Complex
Kenapa? Kerana B-Complex mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf dan turut mempunyai asid folik yang sangat penting utk wanita hamil.
KEPERLUAN 6: KALSIUM
Kalsium ni kita tahu sangat penting utk tulang yang kuat, gigi dan gusi yang sihat. tapi tahukah anda yang kalsium juga penting utk membantu kerehatan otot dan tidur yang tenang? Orang yg mengalami masalah insomnia dan migrain sangat di galakkan mengambil kalsium yang secukupnya.
Wanita hamil dan menyusukan pulak digalakkan mengambil kalsium lebih daripada amaun biasa bagi wanita normal kerana ia membantu pertumbuhan.
Vitamin Shaklee yang disarankan: Ostematrix
Kenapa? Ostematrix mengandungi kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.la juga mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium
KEPERLUAN 7: EPA/OMEGA
Omega penting bagi mencegah pembekuan darah di dalam jantung. Omega yang asli dapat membantu menstabilkan paras darah, paras gula juga paras kolestrol di dalam tubuh badan kita.
Vitamin Shaklee yang disarankan: Omega Guard
Kenapa? Kerana Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen dan berkualiti. Cuba anda pecahkan sebiji kapsul Omega dan anda boleh hidu bau ikannya!
KEPERLUAN 8: ZAT BESI
Zat besi penting dalam membina sel-sel darah sihat dan ianya juga perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan. Zat besi yang mencukupi dapat membantu mencegah penyakit anemia dan menguatkan sistem imun kita.
Vitamin Shaklee yang disarankan: Vita-Lea Iron Formula
KEPERLUAN 9: ZINK
Zink sangat di perlukan bagi proses memulihkan luka. Ianya juga komponen penting dalam insulin dan dapat membantu pesakit diabetis. Bagi ibu yang melahirkan secara normal ataupun pembedahan, zink dapat membantu proses menyembuhkan luka dengan baik dan semulajadi.
Vitamin Shaklee yang disarankan: Zinc Complex
Kenapa? Zinc Complex mengandungi zink glukonat.
Kesimpulan:
Jika anda memerlukan sebarang supplemen, dapatkan nasihat dan konsultasi daripada pengedar yang anda percayai. Setiap pelanggan yang membeli dengan kami di salwasaleh.com ataupun Group Ohsem akan layak mendapat pelbagai keistimewaan dan bantuan secara konsisten.
Hubungi kami di talian 019-5558027 utk pertanyaan
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment