Catatan penghargaan dari Pengasas PBS

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warah matullah

Sejujurnya saya sukar memulakan tulisan pagi ini walaupun detik ini sudah terlalu lama saya nantikan. Saya tidak tahu bagaimana boleh saya simpulkan perjalanan sepanjang hampir 3 bulan mengendalikan Projek Beg Sekolah musim ke-2 yang begitu mengujakan, mencabar, penuh halangan dan akhirnya, hari ini sampai ke detik penutupan dengan kenyataan laporan akhir yang dikeluarkan sebentar tadi.

Mungkin sebaiknya saya berikan secara ringkas rumusan laporan.

PBS Musim Pertama (2015/16) : 3,635 beg
Sasaran Musim-2 (2016/17)       : 10,000 beg
Jumlah akhir serahan Musim-2  : 13,837 beg

Laporan boleh dilihat di sini atau juga di page FB Projek Beg Sekolah. Setiap focal person sentiasa di minta untuk menghantar laporan secara berkala dan kesemuanya ada di page kami. Laporan akhir adalah laporan ke -5 yang dijangka awalnya keluar pada 13 Januari. Namun kerana kami masih menerima sumbangan dan permintaan sehingga awal Januari, laporan akhir sedikit tertunda bagi menyelesaikan kesemua serahan beg 'last minute'. 



Saya telah menyediakan 3 ledger  berbeza bagi setiap akaun utama di atas nama saya dengan butiran setiap transaksi dan puluhan muka surat. Saya juga telah menyiapkan 2 folders bukti semua screenshots bagi transaksi dengan 65 fail kesemuanya. Kesemua rekod ini saya telah upload untuk rekod dan simpanan di Google Drive Projek Beg Sekolah dan dapat dilihat oleh kesemua AJK saya.

Kenapa tidak untuk tontonan umum? Kerana semua fail ini penuh data peribadi penyumbang dan penerima. Dan ianya tidak boleh dipertontonkan. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, walaupun kami hanya NGI dan tidak perlu melaporkan apa-apa tetapi kami tetap membuat proses audit dan rekod ini bagi menjamin ketelusan Projek Beg Sekolah.

Mungkin anda sudah mendengar cerita saya memulakan projek ini secara spontan di akhir tahun 2015. Idea yang keluar saya tak simpan, terus saya war-warkan. Dan asalnya hanya mensasarkan jumlah sebanyak 300 beg sahaja. 

Projek ini dapat sambutan menggalakkan dan disertai satu Malaysia ketika itu. 69 focal person dengan kawasan liputan sebanyak 101 kawasan cukup buat saya pening kepala menguruskan kerana saya tidak jangka. Dan akhirnya, kami berjaya mendapat 3,635 beg, 10 kali ganda dari sasaran awal. Ya, 300 bertukar menjadi 3,635 beg!

Team PBS sedia ada seolah umpama keluarga. Sebelum kami lancarkan PBS musim ke-2 pada 25 Oktober lalu, pelbagai strategi dan susun atur telah dilakukan kerana ingin menambah baik dari Projek Musim pertama. Saya sendiri mewujudkan team AJK perlaksana dengan mempunyai beberapa bidang antaranya pendaftaran, kewangan, database, senarai penerima, senarai gambar-gambar serahan dan admin page FB Projek Beg Sekolah bagi melancarkan semua urusan PBS.

Namun apa yang berlaku sekali lagi di luar jangkaan saya. Saya memang meletakkan target yang begitu tinggi. Sangat tinggi hingga team saya sendiri agak terkejut dan kurang pasti sama ada kami mampu untuk mendapatkan jumlah 10,000 unit beg dalam masa singkat. 

Saya tidak menjangkakan sambutan luar biasa rakyat Malaysia yang ingin menjadi focal person selepas kami ke udara buat pertama kali di MHI. Bertalu-talu mesej dan panggilan diterima. Kami kemudian dapat bersiaran lansung di dalam rancangan Assalamualaikum dan akhirnya sewaktu kami menutup permohonan menjadi focal person pada 18 November, jumlah keseluruhan focal person adalah seramai 135 orang yang meliputi 215 kawasan seluruh Malaysia.

Target yang tinggi tidak datang dengan mudah. Bermula perjalanan sukar buat saya. Mengemudi team besar yang kebanyakannya tidak pernah saya kenal dan jumpa adalah pengalaman berharga. Di sinilah saya tidak jangka team AJK sedia ada rupanya belum cukup dan kami bertungkus-lumus menjaga portfolio masing-masing. Saya secara peribadi bekerja full-time untuk PBS kali ini. Dua bulan dedikasi dan saya tidak mengiklankan pengambilan sebarang job design kerana masa yang sangat tidak mengizinkan.

Bayangkan seawal pagi saya perlu pastikan akaun-akaun di teliti, di masukkan butirannya ke dalam ledger khas mengikut kategori, melayan puluhan PM dari focal person baik yang baru atau lama, panggilan dari penerima yang meminta sumbangan, penaja yang ingin memberi sumbangan. Menebalkan muka meminta jasabaik syarikat jika ingin menaja, mencari ruang dan peluang sebanyak mungkin untuk PBS di war-warkan di media, berurusan dengan syarikat-syarikat dan pengilang beg yang ingin membantu, memastikan group whatsapp sentiasa harmoni belaka, menerima update dan memastikan dari team AJK tentang kelancaran bahagian masing-masing dan 1001 tugasan lain.

Puluhan tugas setiap hari ini tidak dapat tidak mengganggu rutin saya. Bukan sekadar saya tidak dapat membuat kerja, malah jadual saya juga haru-biru kerana sentiasa sahaja ada perkara berbangkit setiap hari yang diselesaikan. Rasmi atau tidak rasmi. 

Saya sering diserang sakit kepala (selama ini jarang) terutama ketika minggu-minggu laporan dan audit, tiba-tiba akan dapat compressed chest dan kadang rasa macam sakit jantung pun ada. Jerawat keluar bagai tidak diundang dan impaknya masih sampai sekarang. Saya hampir sangka saya mengandung anak ke-4 kerana lewat datang sahabat baik selama 5 hari sedangkan sebelum-sebelum ini tidak pernah pun berlaku dalam hidup. 

Saya pernah cuba masak kari tapi saya masukkan serbuk masala dan saya tidak sedar sampai santan dah mula nak pecah kerana fikiran saya waktu tu terarah kepada PBS. Saya hampir missed 2 temujanji anak saya bersama pakar kerana terlupa. Selama ini saya akan sentiasa ingat namun kali ini selepas dapat reminder dari hp di hari kejadian baru saya kelam kabut bersiap dan pergi ke hospital. Anak-anak tidak bercuti kemana-mana. Di rumah pun tidak dilayan sangat dan pandai-pandai buat hal sendiri. 

Suami pejam mata rumah jadi macam stor dan kilang beg. Belum campur timbunan kain yang tak dapat di lipat atau rumah yang semak sedangkan kalau ikutkan saya ni hampir kategori OCD juga orangnya.

Boleh bayang tak stress saya?
Huaaaaaaaaa

Ini belum lagi termasuk masalah-masalah luar yang lainnya. Kisah syarikat yang cuba ambil kesempatan, kisah orang nak beri beg tapi tidak bersesuaian, kisah 'negotiation' untuk dapatkan deal terbaik supaya jadi win-win solution utk both parties, kisah melayan pelbagai cerita peribadi focal yang selesa menceritakan kepada saya, kisah cabaran demi cabaran kerana orang tidak percaya, orang salah anggap, orang rasa skeptikal dengan projek ini dan berjuta-juta lagi masalah lain yang kadangkala secara jujurnya buat saya letih dan hampir give up.

Sekarang saya boleh lihat semua ini dengan senyuman kerana ini lah yang dinamakan pengalaman! 

Saya cuma berharap saya dapat teruskan 'kerja gila' ini di masa akan datang. Dan definitely dengan strategi-strategi baru supaya lebih lancar but we never know kan... Hehehe

Ok, sampailah part yang sangat penting. Saya harap saya tak miss mana-mana pihak but if I do, please jangan ambil hati. Semua orang penting dalam projek ini, SEMUA. 

Terima kasih seluruh warga dunia yang menyumbang untuk PBS!!
Andalah yang menyebabkan kami mencapai 4 kali ganda daripada PBS musim pertama. Teruskan usaha murni membantu projek amal yang lainnya! 

Terima kasih kepada tukang viral dan tukang tekan butang share untuk status-status PBS. Kalau tidak kerana anda kongsi, orang lain tidak tahu peluang untuk berbakti, jadi teruskan kongsi segala kebaikan!

Terima kasih kepada En Muhammad Haniff yang mereka cipta logo PBS, Puan Krun Rozman yang sudi membuatkan poster hebahan, Puan Salmi dari Mimie Kukiss Marketing yang membuatkan flyers, print dan pos kepada semua focal person yang berminat (dengan menggunakan duit poket mereka sendiri). Terima kasih team En Faizal Nasir dan seluruh produksi Fabolez Team atas penghasilan video promosi PBS yang sangat hebat dan berjaya menggerakkan ramai orang untuk memberi sumbangan.

Terima kasih rakan media kerana sudi memberikan kami ruang yang sangat-sangat penting utk kami hebahkan PBS ke seluruh Malaysia. Jika tidak ada bantuan media, kami tidak dapat beroperasi seperti yang dilihat sekarang dan sukar buat kami memenuhi target.

  • Terima kasih En Fedtri Yahya dan Pn Shasha utk siaran lansung PBS di MHI dan sekali lagi di MHI menjelang saat akhir penutupan PBS
  • Terima kasih En Syirfan dan En Mutt utk liputan PBS di rancangan Assalamualaikum, TVAH
  • Terima kasih wartawan Harian Metro, En Asrizal untuk artikel Inspirasi Hidup Susah dalam akhbar Harian Metro
  • Terima kasih Puan Rozi untuk siaran lansung PBS di Ikim.fm
  • Terima kasih Pn Intan atas 3 halaman rencana tentang Salwa Cetus Fenomena di akhbar Harian Metro
  • Terima kasih Pn Kimi dan En Luqman utk siaran lansung di Nasi Lemak Kopi O, TV9
  • Terima kasih wartawan Sarawak Borneo dan Sinar atas siaran gambar penyerahan beg wakil kami

Terima kasih kepada semua warga sekolah dan PIBG yang memberi kerjasama baik dalam proses penyerahan sumbangan beg. Ada yang hingga membuat majlis kecil, ada yang memberi sijil penghargaan. Kami sangat hargainya.

Terima kasih kepada syarikat pengeluar beg jenama Swan, syarikat pengeluar beg jenama Poly-Pac dan syarikat AEON Big atas kerjasama yang sangat padu dan jitu dan sanggup memberikan diskaun yang tinggi kepada team PBS. Tanpa anda, amat sukar kami mencapai target ini dan kami mengharapkan kita dapat teruskan kerjasama ini di masa akan datang.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga team PBS yang terlibat dan menjadi tulang belakang kepada focal person yang sudi membantu urusan pembelian, penghantaran, logistik, pengeposan, pembungkusan dan segala macam lagi urusan lainnya.

Jutaan terima kasih, penghargaan, pujian dan segala kebaikan untuk SELURUH TEAM PBS yang menjadi focal person dan team back up pada tahun ini! Saya amat terhutang budi atas segala kebaikan  dan pengorbanan tuan dan puan yang hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Dengan pengorbanan masa, kos, kewangan dan segala macam lagi perbelanjaan. Saya mohon maaf seikhlas hati jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan atau ada terasa hati sepanjang saya mengemudi projek ini. Mungkin ada yang terlepas pandang atau ada berlaku salah faham atau apa juga keadaaan, saya mohon maaf. Tanpa anda, tiada projek beg sekolah ini. Hanya Allah boleh balas, dan saya doakan syurga buat kesemua anda.

To all my dearest AJK PBS musim kedua, i have no words for all of u. It's too hard to express the feeling but my heartiest thank you to all of you. Pn Wahidah, Pn Kamisa, Pn NurFadhilah, Pn Idayu, Pn Rozilawati dan Cik Halima, terima kasih menjadi tulang belakang saya. Terima kasih atas sudi melayan urgent requests, sudi berhujan panas, sudi mendengar bebelan, sudi ditugaskan serta merta, sudi membantu tanpa banyak soal, sudi menguruskan perkara luar jangka, sudi terima arahan dengan sepenuhnya, sudi percaya saya dalam banyak perkara, sudi jadi teman suka duka. I pray all of u get the highest reward in jannah.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga saya dari sebelah saya mahupun sebelah keluarga mertua atas sokongan padu, bantuan, sumbangan dan kerjasama. Nak sebut pun tak tahu macam mana dah tapi memang keluarga saya sangat-sangat membantu. Menemankan ke lokasi penggambaran, jagakan anak, layan request yang kadang urgent, memberi sumbangan sama, membuat serahan juga. Thanks so much and i love all of you!!

Terima kasih to the love of my life, Dr Khairil Idham Ismail. For being there, for supporting me throughout this journey. And Memahami betapa gilanya isteri mu ini. Yang sanggup tahan keadaan rumah kita. Yang sepanjang dua tiga bulan ni banyak lagi rasa masakan luar daripada yang dimasak isteri sendiri. And my boys, all of you have been soooooo supportive. Walaupun kecil, jiwa besar. Turut tolong Emak kesana kemari mengangkat beg. Tahu Emak sibuk. Tahu Emak tidak punya masa banyak seperti selalu. I will pay back all of this in sya Allah, tapi Emak nak semua anak-anak Emak tahu, pengorbanan mesti ada dalam kita mengejar kejayaan. Belum tentu ini untuk kita, tapi buatlah semua perkara ikhlas dari jiwa. Jangan harap habuan dunia. Tiada ujian dan kutukan sebesar mana jika kita buat Lillahi ta'ala. Biar Allah sahaja jadi hakim kepada semuanya.

Terima kasih Allah atas pinjaman kekuatan dan kesabaran. Terima kasih Allah
Bersaksilah, tiada daya dan upaya jika bukan atas redha dan izin-Mu
dan semua yang kulakukan ini, berbalik hanya untuk redha-Mu!

Wallahu'alam

Salwa
Pengasas Projek Beg Sekolah










Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment