Bagaimana 300 beg menjadi 3000 beg?

Ini laporan akhir Projek Beg Sekolah



Saya telah paparkan di page beserta ucapan penghargaan, terima kasih dan salam hormat atas segala bentuk sumbangan yang telah anda hulurkan. Budi baik yang Allah sahaja selayaknya membalas.

Jika pada permulaan, saya mensasarkan lingkungan 300 beg (dengan jumlah anggaran RM7500), jumlah ini mengembang dengan tidak terduga sehinggalah 3635 beg diedarkan keseluruhannya (anggaran nilai RM90,875)

Bagaimana?

1- Niat

Lebih dua bulan pasukan saya bekerja keras untuk ini. Tanpa ada imbuhan apatah lagi sebarang kepentingan. Semua dilakukan atas nama kemanusiaan dan ihsan. Kami tidak kenal sesama kami namun persaudaraan yang terjalin begitu akrab hingga seolah berpuluh tahun kami telah duduk bersama. Kami hanya mahu syurgaNya sebagai balasan dan cukuplah wajah kegembiraan penerima

2 - Tanpa alasan

Dalam kemeriahan sumbangan, banyak cerita manis suka duka dalam projek ini. Hatta sesama focal person sendiri, banyak rahsia yang tidak diketahui. Ada yang susah hingga tidak dapat membeli buku anak sendiri, ada focal person tanpa kenderaan namun sudi membantu dengan menaiki teksi, ada focal person yang turut kais pagi makan pagi. Cerita ini tidak akan didengar sesiapa, hanya saya seorang yang tahu kerana mereka ini berjiwa waja. Mereka tidak beralasan.

3 - Komited

Ketahuilah banyak cabaran telah saya dan team saya tempuhi, sikit pun tidak melunturkan semangat. Kesemua beg yang diminta oleh pelbagai pihak kami tetap usahakan walaupun telah melepasi tarikh akhir sumbangan. 

Pernah saya mesej di dalam group, minta 2 buah beg dihantar ke Bukit Jalil untuk 1 keluarga kurang berkemampuan, 4 orang focal berebut-rebut menawarkan diri untuk menghantar! 

Ada juga sanggup mengggunakan khidmat pos asalkan beg yg diminta dapat diberi walaupun pos guna wang sendiri. Ada yang mengangkut beg tak kira siang malam, penuh di depan belakang kereta asalkan sampai tujuaannya. Ada pula yang sanggup membelikan beg untuk focal lain, berkali-kali kemudian berjumpa pula di pertengahan jalan supaya sampai dan selamat beg kesemuanya. Honestly, u guys are THE BEST!

4 - Tidak putus asa

Saya menghantar mesej mohon mengiklankan kepada puluhan page. dari puluhan tersebut hanya 2 page yang memberi maklum balas. Dan saya menghantar email beberapa kali dan hampir ke semua stesen TV yang mempunyai rancangan bual bicara, dan hasilnya Astro AWANIAPA KATA WANITA...Zamzarina (TV1)MHI TV3 danAssalamualaikum sudi memberi ruang kepada projek kami. Jika saya telah putus asa, tidak akan ada apa-apa diwar-warkan di media.

5- Doa

Kerapkali kami saling mengingatkan, sumbangan adalah kerja Tuhan. Allah lah yang menjentik hati-hati penderma. Tugas kita menadah tangan, mohon Allah permudahkan dan lembutkan seramai mungkin hati supaya dapat memberi sumbangan kepada kita. Doa, solat hajat, setiap kali hujan turut terus diminta lansung kepada Allah tanpa fikirkan hijab. Tidak ada kuasa lain selain Allah

6. JUST DO IT

Ada idea? Terus buat. Jangan bertangguh. Jangan biar syaitan hasut dan merasakan tidak ada kaedah perlaksanaan. Ketepikan cakap-cakap orang. Just do it!

Saya sebak namun bangga dengan komitmen semua
Tak dapat di ucap berapa banyak terima kasih
Maaf juga atas segala salah silap sepanjang mengawal selia projek ini

Jumpa lagi di projek akan datang
Soon
Very very soon


Love,

Salwa
Pengasas Projek Beg Sekolah

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment