Orang yang paling tidak melakukan kesalahan adalah orang
yang tidak melakukan apa-apa tindakan. Bukan bermakna dia hebat kerana tidak
pernah salah, tetapi tidak salah kerana tidak pernah pun mencuba
Setiap kali saya menimbulkan idea baru, musuh paling utama
adalah bisik-bisik hati sendiri.
"Boleh ke kau buat ni?"
"Apa yang akan jadi kalau tak berhasil?"
"Kalau orang ketawakan macam mana? Tak malu ke?"
Itu baru bisik hati sendiri. Belum dikira lagi cakap-cakap
meruntuhkan semangat dari orang sekeliling. Ada yang mempersoalkan mekanisma
dan gerak kerja kita. Ada juga mengatakan idea kita ni terlalu asing dan belum
pernah ada yang mencuba.
Itu baru nak mula tu. Belum mula pun lagi dah banyak
halangan.
Orang biasa dan paling biasa akan 'quit' pada saat ini. Maka
terkuburlah semua hasrat, impian dan cita-cita kerana terlalu mengiyakan
kata-kata orang
Kan?
Kemudian ketika melaksanakan, tak kurang juga memberi
cabaran. Luar dan dalam. Masalah kewangan, masalah keluarga, emosi, kesihatan
dan macam-macam lagi gunung ganang nak didaki waktu membuat kerja.
Ada juga yang beriya berkata, telah dinasihatkan jangan
buat, tapi degil nak buat juga. Kenapa pulak kita turut sama dengar cakap-cakap
negatif orang begini?
Paling tak tahan, kalau dah berjaya pun ade juga lagi yang
mengata. Konon nak publisiti. Mencari glamer utk diri sendiri. Sedangkan jerih
perih kita minta simpati takde sape nk peduli.
SO,
Bayangkan kalau kita terlalu amik kira cakap orang, ape akan
jadi? Tak terjadi la apa pun sebab kita dah give up.
Makanya kawan,
Kita tak perlu ambil pusing tentang banyak perkara sampai
kita tak lakukan apa-apa.
At the
end of the day, kalau beras rumah
kita habis, atau kita nak beli buku sekolah anak atau kereta kita rosak,
orang-orang tu ke yang akan hulur duit kepada kita?
#FikirlahSendiri
#JustDoIt
No comments:
Post a Comment