Resepi homemade NUGGET paling sihat!

ASsalamualaikum wbt

Rasanya memang ramai di kalangan anak-anak kita yang gemarkan nugget. Terutamanya nugget ayam. Cuma, yang di jual di pasaran dalam keadaan sejuk beku atau yang dh siap digoreng tu sedikit meragukan saya.

Kita tak pasti bahagian ayam mana yang digunakan, berapa banyak perasa tambahan yang bercampur MSG, pengawet dan pelbagai isu lain. Saya menkategorikan ianya sebagai makanan tidak sihat dan termasuk dalam makanan yang harus dijauhi dalam Kempen No Junk Food

Jangan risau

Hari ni saya akan ajar satu resepi menarik yang sedap dan berkhasiat tanpa apa-apa pengawet atau perisa tambahan. Jika anak anda sukar makan sayur, ini juga bagus untuk dicuba supaya meraka dapat khasiat sayur!

Langkah pertama: 

Sediakan bahan-bahan. Saya gunakan isi ayam yang dipotong kecil. Sayuran boleh mengikut citarasa anda. Saya gunakan lobak merah, cendawan Shimeji, Brokoli, Anak jagung (tatau la betul ke tak ni hahaha) dan sedikit cili  merah


Langkah kedua: 

Masukkan semua bahan  dan sedikit garam ke dalam mesin pengisar. Dan kisar hingga halus

Langkah ketiga: 

Campurkan sedikit tepung jagung dan gaulkan hingga boleh dibentuk. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit

Langkah keempat:

Bentukkan nugget. Dalam mangkuk berasingan, pecahkan dua biji telur dan kemudian pukul hingga sebati. Sediakan juga satu mangkuk serbuk roti (bread crumb). Saya pakai yang saya buat sendiri :)


Langkah kelima:

Gaulkan nugget ke dalam telur dan kemudian ke atas serbuk roti. Kemudian goreng atas api sederhana atau boleh juga sejukkan dalam ruangan beku selama 2 jam dan goreng menggunakan air fryer.


Selamat mencuba!

Love,

Emak


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

6 comments:

  1. Thank you Emak!

    Selalu berkongsi benda2 bagus. Emak kat sini ter inspired tau!. Semoga aura yang positif dari Emak Salwa menyerap masuk ke dalam Emak Nany. Kui..kui..kui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome!
      Hehehe, meh nak seru aura positif...masuk lah dikauuuuu :D

      Delete
  2. terima kasih kerana berkongsi resepi..idea memasukkan sayur ke dalam nuget itu agak menarik!harap boleh berkongsi lagi byk resepi anak2 di masa akan dtg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama!
      In sya Allah saya cuba ye :D

      Delete
  3. Wahh..terbaik! 😊 tak perlu beli lagi. Jimat, selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn!
      Jimat, selamat dan HALAL :D

      Delete