Kesihatan adalah aset dan nikmat dan rezeki yang sangat penting buat kita. Untuk kita syukuri. Tapi tak ramai dikalangan kita yang telah sedar tentang kepentingan menjaga makanan.
Ini bukanlah untuk membuatkan mana-mana ibubapa rasa bersalah atau rasa tidak pandai dalam menjaga anak. Bukan begitu maksudnya. Saya lancarkan kempen ini sebagai langkah kesedaran supaya lebih ramai yang tahu tentang bahaya makanan ringan dan betapa penuh dengan racunnya setiap makanan ringan yang kita beri kan kepada anak-anak kita
Pernah saya lihat seorang anak sekecil usia 2 tahun diberi kan minuman soda dari dalam tin. Ingin sahaja rasanya saya merangkul anak itu dan tukarkan minumannya. Allahu. Minuman berkarbonat yang layak dan mampu mencuci tandas tersebut diberikan pada anak sekecil itu adalah satu kezaliman jika kita tahu bahayanya. Jika kita belum tahu, ayuh lebih cakna dengan masalah ini
Selain makanan ringan seperti keropok, mee segera dan air berkarbonat (bergas), makanan yang telah di proses juga adalah sangat merbahaya. Antaranya kentang goreng, nugget dan sosej. Selama ini kita tidak sedar bahayanya kerana kita mungkin tidak nampak kesan pada masa ini atau mungkin tidak perasan akan bahayanya.
Saya menyeru supaya semua lebih berhati-hati dan elakkan makanan ringan agar tubuh kita dan anak-anak lebih sihat.
Saya kongsikan juga dari laman HealthLine yang telah saya terjemahkan tentang bahaya makanan ringan kepada kesihatan kita
Kesan makanan segera kepada tubuh kita

Menurut National Institutes of Health, terdapat makanan segera yang dapat memberi kalori yang diperlukan dalam seharian tetapi ianya tidak disertakan dengan nutrisi yang sihat.
Risiko diabetis

Sistem pernafasan

Kesihatan otak

Kulit dan tulang

Masalah gigi
Kesimpulan
Kesihatan adalah amanah. Jika kita punya rezeki lebih tetapi tidak sihat juga dalah masalah yang sangat besar. Makin ramai yang sakit dan bekerja akhirnya untuk menanggung beban bil rawatan.Elakkan ini terjadi. Ubahlah sekarang sebelum terlambat!
Love,
Salwa
No comments:
Post a Comment