Aktiviti menarik di Taman Buaya, Langkawi

Assalamualaikum wbt

Haritu saya dah kongsikan kepada anda TIPS NAIK CABLE CAR di Langkawi. Hari ini nk kongsi pulak dengan anda satu lg lokasi menarik yg boleh di kunjungi yang sangat dekat dari cable car iaitu Taman Buaya Langkawi.

Kalau nak tahu, Taman Buaya ni adalah yang terbesar di Malaysia!
Memang baaaaanyak sangat buaya dalam tu siap ade jenis yang boleh melompat tau.



WAKTU BUKA: Jam 9 pagi sampai 6 petang

So, selepas naik cable car dan pusing-pusing di Oriental Village tu, kami terus ke taman buaya yang lokasinya hanyalah 8.2km. Kalau mcm kitorang 15 minit lah sampai ke tempat tu. Ini kod GPS nye: GPS: 6.402281, 99.712047

Sampai sana dah agak tengahari. Kami bayar tiket dan terus dengar pengumuman ada show di salah satu kandang buaya.

HARGA TIKET:

Kanak-kanak dengan Mykid: RM12
Kanak-kanak tanpa Mykid: RM18
Dewasa dengan Mykad: RM18
Dewasa tanpa Mykad: RM25

Show nya menarik juga. Ada la dia tunjuk kebolehan buaya tu pusing lah, lompat lah. Pelatih pun selamba boleh duduk aje atas badan buaya tu. Tapi kemuncak nya adalah bila seorang dari pelatih tu masuk tangan ke dalam mulut buaya tu. uuuuuuu

Ni ketika show berlansung. Terkejut diorang uncle tu naik atas badan buaya!

 Selepas tu kami dengar pengumuman tentang siapa nak belajar pasal buaya boleh ke satu tempat khas. Kat sini ade replika buaya yg di letak . Kami sekeluarga aje ade di sana. Mungkin orang lain banyak yang orang asing jadi diorang tk minat nk belahjar kot. Just nk pusing-pusing. So kitorang pun tanya macam-macam soalan seperti kisah Bujang Senang lah, jenis-jenis buaya termasuk buaya darat lah (ok yang ni saya tambah hahaha).

Buaya dah mati boleh la masukkan tangan! Hahaha

Menarik info nya tapi banyak yang dah lupa. Oh oh, salah satu soklan cepu emas saya tanya:

"Macam mana orang yg bagi makan buaya tu nak tau semua buaya dh makan?"

"Buaya ni makan sehari sekali je. Jadi kalau yg dh makan pkl 11 tadi tu, bila bagi makan pukul 4 nanti dia tak datang pun"

Yang i'jaaz pegang ni buaya betul yang di awet. Selamba aje di picit-picit. Belakang tu la Cikgu Buaya nye

Oh gitu. Boleh plak mcm tu ye. Kemudian kami ke kolam paling besar. Sini ntah ade berapa ratus ekor buaya ntah. Dari sekecik alam sampai sebesar yang bapaknya. Feeding time u ols! Saya rasa yang di campak tu ayam. Tak tanya plak. Kami di atas 'jambatan' so boleh tengok dengan jelas lah

Memang berbondong-bondong diorang pi tangkap ayam tu dan ade yang buat bodoh aje. oooo betul la cikgu buaya tadi cakap, kalau dia tak lapar dia buat derk aje. Mungkin buaya yang kita tengok dalam movie tu semua lapar belaka sebab diorang asyik kejar je. Hmmm..menarik

Kemudian kami ke satu area di mana di letakkan beberapa kandang buaya dari usianya beberapa minggu sampai la ke beberapa tahun. Time ni comel aje la kan macam cicak beso aje. Ada beberapa jenis yang di pamerkan. Menarik sebab ade yang tk pernah jumpe. Dan anak-anak saya pulak teringat buaya-buaya beratur waktu sang kancil nak kira dalam cerita Pada Zaman Dahulu tu!

Abang-abang offer makanan buaya utk di bagi pada buaya
Oleh kerana saya mengandung dah 7 bulan time tu, kepancitan agak obvious dan sebab tu juga lah korang tkde nampak muka saya kan..hahahaha. tembam kot. Anyways, kitorang decide utk keluar mencari lunch dan anak-anak pun nampak penat.


Sempat la singgah kedai dan di paw utk membeli patung buaya seekor. Ok la sebagai kenangan. Sini pun mmg ade kedai khas barangan dari kulit buaya yang berjenama Porosus. Porosus rupanya sejenis buaya yang diternak di sini.

Okeh, lepas ni dengar cerita kami ke Padang Mat Sirat pula ye!

Love,

Salwa


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment