Lawatan sekolah Imran dan I'jaaz ke Zoo Negara

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sabtu lepas Imran dan I'jaaz berpeluang untuk mengikuti rombongan sekolah mereka. Untuk tahun ni mereka melawat Zoo Negara dan Planetarium Negara.

Dulu kami pernah pergi juga sekeluarga dan ada saya tuliskan 8 tips jalan-jalan ke Zoo Negara.

Ok, berbalik kepada cerita mereka ni, ingat lagi Fund raising yang kami jual Tic-Tac-Toe set tu? Haa, inilah antara hasilnya!



Ini pengalaman pertama buat I'jaaz yang belum pernah mengikuti mana-mana rombongan sekolah.


Kali ini destinasi rombongan adalah ke ZOO NEGARA dan PLANETARIUM NEGARA. Kedua-dua tempat ini tidak lah jauh antara satu sama lain dan terletak di Kuala Lumpur.

Seawal jam 6 pagi mereka berdua dah bersiap-siap. 


Ni muka mmg macam baru bangun tido

Berkumpul di taski pada jam 7.30 pagi.
Emak terkejut sebab dah masuk kereta baru perasan, dua hero ni terlajak advance soal keselamatan. Mana taknya, masing-masing tulis nama sendiri besar pulak tu di atas baju. Dengan permanent marker!! Huaaaaa.... rasa nak nangis mak tengok


Tgk la besar tak dia tulis nama?


Keadaan di Taski sebelum bertolak

Ada juga parents yang ikut rombongan ni sebenarnya. Maka nya jadi meriah la juga dengan riuh rendah ramai orang. Ayah, Emak dan Israa' tak dapat ikut serta sebab dah ada plan lain. Ayah pulak postcall hari tu.

Di dalam group whatsapp macam-macam cerita ada. Ni gambar-gambar yang di hantar oleh cikgu mereka

  





Tengok la punya besar nya panda. Imran kata panda ni dalam nya ada orang.. Hehehehe.. Kelakar Imran explain

Dapat la bergambar kenangan di zoo bersama kawan dan cikgu.



Kemudian mereka ke planetarium negara. Tapi Imran dan I'jaaz dah kepenatan. Akhirnya tertidur dalam bas dan tak turun pun. Takpe lah
Asalkan dah puas berjalan. Cuaca pun tak berapa nak elok sebab jerebu. Mujur tak sakit.

Kemudian mereka singgah di Masjid Negara sebelum pulang ke taski dan sampai pada jam 4 petang.
Imran dan I'jaaz agak keletihan jadi tak bercerita sangat. 



Malam tu baru la cerita yang diorang tengok macam-macam haiwan

So, mesti seronok la tu kan! Hehehehe

Let's wait for the next trip pulak
Terima kasih kepada semua pihak terlibat terutamanya cikgu-cikgu yg bersusah payah handle lawatan ini dan tentunya kepada semua pelanggan yang telah memberi sokongan!



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment