8 tips jalan-jalan ke Zoo Negara

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak cerita satu pengalaman kami sekeluarga baru-baru ni.

Sempena hari lahir Imran dan ditakdirkan Zoo Negara pulak buat promotion sepanjang minggu tu (kanak-kanak bawah 12 tahun masuk percuma!), jadi kami buat keputusan dah sampai seru untuk bawak bujang berdua ni tengok betul-betul haiwan2 yang diorang suka

Selama ni dok tengok kat dalam Youtube, Discovery Channel dan paling selalu, PADA zaman dahulu!

Kelakar tu memang kelakar sebab Imran dan I'jaaz baru sampai aje dah excited walaupun baru nampak gajah dan harimau batu! hehehehe. 

Tengok aje la gambar nih..





















Zoo negara ni dekat daerah Hulu Kelang.dekat dengan kawasan Gombak, Wangsa Maju, Setiawangsa.. 

Alamat betul tu tak tahu tapi kalau korang Google, sangat senang lah boleh jumpa

Kami sampai waktu pagi dan bersarapan dulu. 


Tips #1: Datang awal sebab cuaca tak menentu. Tenghari boleh jadi panas terik dan petang boleh jadi hujan.

Waktu masuk jam 9 pagi. Waktu last masuk 4.30 sebab pukul 5 zoo dah tutup


Tips #2: Bawak masuk bersama payung. Panas atau hujan lebih selesa kalau ada payung, kan? Kalau yang ade baby, pastikan stroller tu ada bumbung sekali. Memang panas kawasannya



Harga untuk setiap kategori berbeza. Sila rujuk jadual dibawah




Tips #3: Sebelum keluar rumah, pastikan ada bawa sekali MyKad dan MyKid semua orang supaya layak untuk dapatkan diskaun!

Selepas buat bayaran, kita akan diberikan sejenis pelekat ala-ala gelang untuk dipakai ditangan kita.  Jangan sampai tertanggal dah la ye sebab nanti pak guard ingat kita tak bayar pulak! 

Hehehe

Lepas masuk entrance tu, nanti ade satu booth kecik comel yang jual map Zoo ni. Kene bayar ye kalau nak dapat. RM1 Harganya. Ni sebahagian dari gambar map tu:




Tips #4: Bayar je la RM1 tu. Map tu sangat-sangat berguna sebab zoo ni luas gila.

Bagi yang tak berapa larat nk berjalan, ade perkhidmatan Tram yang disediakan.
Dewasa dengan MyKad kena bayar RM3.
Kanak-kanak dengan MyKid kena bayar RM2.

Kalau rasa tak sabar nk jelajah satu zoo dengan cepat, boleh la amik tram ni. Tapi ade kekurangannya. Tram ni agak laju dan tak berhenti dekat tempat-tempat haiwan ni. Jadi kalau nk tangkap gambar cantik-cantik dan posing-posing tu memang tak dapat lah yer

Tips #5: Pastikan juga kita dah plan dengan elok masa sebab animal show mula jam 11pagi dan 3 petang.


Ni gambar Imran dan I'jaaz melihat Rusa dengan penuh kekaguman










Yang ni pulak Imran sangat excited dengan buaya sampai nak gerak buaya tu dari sleep.
Boleh tak?? 

Adoiyaii


I'jaaz pulak memang minat dengan Sang Kancil ni..
Kalau dirumah asyik panggil.."tancil...oooooo tancil"

Sekali pegi zoo, kancil nye menyorok dan tak nampak. Lagipun dalam tempat kancil tu ada kelawar bergayut-gayut. Seram jugak so tk lama lah kami kat situ..

Ni baru sikit. lepas tu dah penat. Kesian jugak pada Nanny waktu tu. Maksu dan Makya pun penat.
Cuaca sangat panas.
Kaki pulak letih berjalan
Air yang dibawa habis semuanya!

Tips #6: Pastikan bawa air yang secukupnya sebab kedai/kiosk kat sini agak jauh antara satu sama lain


By the time sampai tempat elephant dan giraffe, masing-masing dah kuyu dan melepet. 



Gajah ni duduk depan-depan sebab nak makanan. Die sangat lapar tapi kita ni tak boleh bagi makanan pada haiwan semua ye..


Mujur la ada kiosk akhirnya, jadi kami pakat borong air berbotol-botol. Dapat minum tu lega sungguh rasanya.

Rupanya kandang zirafah tu adalah yang terakhir. 
Lepas tu dah jumpe entrance balik

Kami pusing hanya separuh dari zoo tu.
Itupun dah tak larat sangat dan dah  lapar

Tips #7: Baik bawak sedikit bekalan makanan mcm roti ke tapi jangan makan depan haiwan ye. kesian kat diorang. Makan la dekat tempat duduk yang disediakan.


Satu lagi, penyelenggaraan tandas di zoo agak mendukacitakan. Sebenarnya sangat mendukacitakan.


Tips # 8: Sebelum masuk zoo seeloknya buatlah apa yang patut di toilet berhampiran terlebih dahulu.

Lebih kurang hampir jam 2 petang,kami keluar. 
Alhamdulillah, seronok juga terutamanya Imran lah. 
Teruja betul dia.

dan memang pun penat.. tengok aje la ni..





















































Semoga coretan ringkas ni membantu anda!
Selamat bercuti-cuti Malaysia!


Love,

Salwa



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment