Cerita DUIT RAYA Imran dan I'jaaz tahun 2015

Assalamualaikum wbt

Raya dah mula masuk minggu kedua.
Makanya bermula la pula seisi open house di mana-mana. Orang kawen pun ramai juga, alhamdulillah.

Di kesempatan kali ini, nak share satu lg info tentang duit raya.

Jika hari tu saya dah share 5 tips supaya duit raya anak KEKAL jd HAK anak, hari ni saya nak share tentang cara kami uruskan duit raya utk Imran dan I'jaaz

Setelah seminggu raya, kami telah bermesyuarat tentang pembahagian duit raya yang paling baik utk ketiga-tiga anak bujang ini. Setelah di putuskan ahli lembaga mesyuarat, keputusan sebulat suara telah dicapai seperti di bawah:




Untuk Israa' kami tak gunakan method ini kerana ada sedikit kelainan dan keutamaan pada cara yg lain buat masa ini.


Apapun kene la kira duit raya dulu kan? Heehehe


Semua aktiviti dalam infografik di atas di lakukan bersama-sama dengan Imran dan I'jaaz supaya mereka tahu ke mana duit raya mereka disalurkan. Diharapkan mereka faham kepentingan setiap aktiviti dan akan meneruskan tradisi ini

1. DERMA

Lokasi pilihan adalah Surau atau ade juga yg panggil Masjid di kawasan perumahan kami. Jumaat yg lepas, bertemankan Ayah mereka berdua telah menyumbangkan sebahagian duit raya di sana.




2. BELI BUKU


Emak bawa hero berdua ke MPH di Alamanda. Kuasa tak berapa penuh diberikan kepada mereka utk pilih buku yang berkenan di hati. Kuasa tak berapa nak penuh tu terjadi sebab ada juga pilihan mereka yang tak tepat syarat utk fall dalam kategori 'educational' jadi emak kene la intervene kan? Hehehehe. 


Gelagat hero-hero shopping di MPH

Apapun yg penting mereka dapat memilih, puas hati, dapat belajar sendiri cara  nak kira duit dan bayar di cashier dan berinteraksi dalam urusan jual beli


3. WAKAF


Yang ini kami putuskan buat secara online sahaja dengan Wakaf4ummah kelolaan Imanshoppe. Anda boleh berusan melalui laman mereka di sini: Projek Wakaf Al-Quran

Bayaran boleh dibuat secara bank in , credit/debit card atau Paypal. Sangat mudah


Transaction dan payment melalui Paypal

4. EMAS DALAM BENTUK BAR

Ini adalah portion terbesar dalam carta kali ini. Walaupun budak-budak ni pun rasanya tak berapa nk faham emas yang diorang tengok, cukuplah kita bagitahu kepentingan menyimpan dalam bentuk 'emas' supaya terjamin nilainya dan lebih selamat.


5. SIMPANAN


Biasanya selepas seminggu raya, duit raya masih ada walaupun tidak serancak ketika mula-mula beraya. Duit ini akan di masukkan secara terus ke dalam akaun Tabung Haji mereka atau i-SSPN bergantung kepada jumlah terkumpul nanti. Biasanya saya akan bawa mereka bersama ke Tabung Haji utk memberi pengalaman masukkan duit sendiri :)


Inilah cerita bagaimana Imran dan I'jaaz menggunakan DUIT RAYA mereka.

Seperti yang dinyatakan di atas, entri ini utk memberikan informasi dan pilihan
Tidak berniat utk memasarkan apa-apa produk ataupun membuat perbandingan

:)

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Duit raya anak banyak manfaatnya jika diurus dengan baik..hehe. Takleh duit tu buat sesuka hati jak! Apatahlagi kalo duit byk2 dikumpulkan. Tq dgn idea ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. diorang pun seronok dok kumpul duit dan nk tahu kt mana duit tu pegi :D

      Delete