5 Tips supaya DUIT RAYA kekal jd milik ANAK

Assalamualaikum wbt

Esok dah nak raya dah ni. Sana sini orang update status pasal balik kampung dan persediaan raya. Saya masih belum balik lagi. Jadi penjaga kawasan perumahan... Heheehehe

Oh, pasal tajuk entry ni mesti ade juga yang tak puas hati kan kan kan?

Sabar,

Biar la saya cerita dulu ye.

Sebenarnya gini. Selama saya beraya dari kecik sampai la dah jadi mak orang ni, setiap kali raya bagi duit raya pada bebudak ni adalah sangat sinonim. Tak kisah la sikit atau banyak tapi mesti ade. Setuju kan? Duit raya ni orang beri pada anak-anak tu. Sebagai hadiah. Ade juga niat untuk 'ganjaran' sebab puasa. Yang tu terpulang pada masing-masing cuma pokok pangkalnya;

DUIT RAYA tu memang MILIK budak-budak tu



Yang tk berapa best bila ada parents yang sanggup ambil duit tu. Dah la amik, tipu lg. Cakap nak masuk bank la, nak simpan dalam tabung lah. Yang anak tu sebab percaya pada parents, bagi la duit tu semua lagi-lagi kalau sangat kecik.

Jadi saya nk kongsikan tips supaya parents dapat beraya dengan happy tanpa perlu pakai pun duit anak.

Tips 1: Pastikan beraya ikut BUDGET anda


Nampak aje susah tapi percayalah, senang aje. Yang penting usaha la sikit lakar-lakar budget atas kertas. Tak sampai 5 minit pun kecuali la kita ni ade 3.76 juta ringgit Malaysia yang nak di agihkan utk beraya nanti.

Sesiapa yang belum baca, disarankan baca di link bawah ni:

8 tips urus kewangan utk beraya dengan JIMAT


Tips 2:  Terus SIMPAN


Duit yang dikumpul anak-anak tu jangan lengahkan utk bank in. Terus aje masuk dalam bank. Lagi bagus bank yg susah nk keluarkan mcm i-SSPN ke, Tabung Haji ke, mana-mana lah. Tak susah sekarang, boleh buat online transaction aje atau pakai CDM aje. 


Tips 3: Ajar anak MENYIMPAN sejak kecik


Kalau rajin, bawak sekali anak tu ke bank utk bagi dia nampak duit dia tu di simpan di bank. sambil tu  bagi la syarahan percuma kepentingan menyimpan. Dia pun puas hati nampak duit yang die dah kumpul tu diserahkan kt bank. Tunjuk kt dia buku bank tu yang dah tertulis angka simpanan dia. Yang ni saya sendiri praktikkan. 


Tips 4: BELANJA berpada-pada


Untuk anak-anak yang dah besar sikit, mereka ada tendency nak pakai duit tu utk beli benda-benda baru mcm iPhone la, iPad la (ni kalau golongan atas2, mmg berlaku sebab duit raya drg beribu). Ade yg nk beli basikal la, buku la. Kita sebagai parents kene guide mereka. Beri nasihat dan ajar sejak kecil tentang keperluan dan kemahuan. Asingkan sedikit portion duit raya tu (jika perlu) utk pembelian barangan yang mereka nak setelah kita beri panduan. Saya punya style, saya akan belanja apa yang anak-anak nak, biasanya buku atau makanan yg diorang boleh pilih sendiri setelah berbincang. jadi diorang 'rasa cool' lah dapat pakai duit sendiri utk beli barang tu.

Cuma kan, sebenarnya duit tu saya pakai saya punya jugak . Hehehehe


Tips 5 : PINJAM kalau dah perlu sangat


Kalau terdesak sebab sesak budget lepas raya pun, pinjam lah sekejap. saya tulis pinjam, bukan amik. Ye la kadang2 malang tak berbau. tayar terlanggar paku la, bateri kereta time tu jugak la nk kong nye, mana nk tahu so kalau semput sangat tu, pinjam la sementara gaji masuk. tapi tolong lah jangan AMIK duit tu ye.


Tahun ni jahit 2 beg utk hero-hero.
Yg baby punya belum buatkan lagi, ehehee


Setuju atau tidak tentang ini, saya serahkan pada anda
Ini pengalaman saya. Waktu kecik duit saya tak pernah parents saya amik.
Dah besar pun saya buat yg sama pada anak. Alhamdulillah mmg simpan terus aje.
Sama la dengan duit waktu mereka lahir ke, duit waktu kenduri aqiqah ke.
In sya Allah jika kita rancang dengan baik, kita boleh lakukan

Semoga tips ini membantu

Salam aidilfitri,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. oh.. xsangka ada juga parents yang ambil duit raya anak-anak.. Naudzubillah..
    macam kami sendiri, memang happy sangat dapat kumpulkan duit raya anak-anak then masukkan dlm Bank Rakyat as akaun nuri. saje suka simpan situ sebab bank rakyat bagi macam-macam hadiah tiap kali kita simpan certain amount.
    anak-anak pun enjoy dapat hadiah :)

    bazar Ramadhan yang pertama & terakhir buat suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya banyak terjadi kes macam ni zaleha. Especially bila parents ter over spent time raya. biasanya akan amik duit anak2. lgi2 kalau time tu hujung tahun dan anak nak masuk sekolah.
      katanya nk guna utk anak tu jugak. Jadi mmg banyak kes mcm ni.
      sebab tu kene beringat. time raya tu biar lah berpada-pada supaya tak jadi kes mcm ni :)

      Delete