8 tips urus kewangan utk BERAYA dengan JIMAT

Assalamualaikum wbt

Harini ramai penjawat awam akan berdebar-debar kerana ujian dah bermula. Ye la, gaji yang bulan Julai punya dah masuk hari ni! Oh oh oh, jika salah guna maka meranalah jawapnya

Bagi kami sekeluarga, sama sahaja. Tidak berbeza pun kalau masuk awal tapi berbeza la kalau masuk lambat. Hehehehe. Sebab kami akan kekal dengan perbelanjaan yang sama utk bulanan.

Maka dengan penuh sukacita, kami nak kongsikan beberapa tips bagaimana nak berbelanja di musim perayaan dengan bijak dan penuh rasa keinsafan



Jangan risau, cadangan kami tidak termasuk yang di luar pusat pemikiran medula oblongata ataupun utk mereka yang berada di planet lain seperti Jupiter dan Marikh. Semuanya sesuai utk orang Bumi!!

Let's cekidout


TIPS 1: Senaraikan list mengikut keperluan buat kemahuan


Nak raya ni memang macam-macam la yang kita nak beli kan. Perkara yang tak perlu pun banyaknye. Contoh tukar tayar kereta yang dh botak itu sangat perlu tapi sport rim tayah la tukar sekali. ataupun tukar gelang emas baru supaya tkde orang tanya kenapa pakai gelang yang sama mcm taun lepas (whatttt??). Hanya anda yang tahu sendiri apa yang perlu bagi keluarga anda. Bincang dengan pasangan supaya hasilnya dua-dua puas hati. Okeh?


TIPS 2: Senaraikan budget overall RAYA 


Yang ni sangat penting selepas step 1 kat atas tadi. Lepas kita dah senaraikan apa yang perlu di beli, maka kita buat la pulak berapa banyak yang perlu di spent utk setiap item. Paling mustahak, ketepikan yang wajib dulu macam zakat, belanja utk pulang ke kampung, belanja makan minum ketika beraya/dalam perjalanan. Lepas tu baru allocate utk beli baju, seluar, stokin dan sebagainya. Biasanya kita ni terbalik, beli yang tak penting tu dulu baru lah cari allocation utk yang lain kan? Oh, paling utama of coz dah buat tu sila la ikut ye!



Tips 3: Buat perbandingan bijak



Sekarang ni macam-macam sale ade. Tapi ade jugak yg sebenarnya tak sale pun. Jadilah pengguna bijak. Nak compare pun senang sekarang dengan adanya online business. Kita tak tertipu dengan barangan yang dijual mahal dari harga pasaran. Pastu ikut la budget tadi utk adjust yang mana boleh. Tak semestinya perlu branded serba serbi. Yang penting kualiti dan kita pun puas hati.

Tips 4: Guna semula



Guna aje la balik langsir, alas kusyen, berus gigi, cermin ruang tamu, malah baju raya sekalipun. Disunatkan pakai baju terbaik, bukan baju terbaru di pagi syawal ni. Tak perlu la semua mende nak baru. Takde kepentingan pun. Percayalah orang tkde dah pandang langsir ke ape ke.  


Tips 5: Ukur baju di badan sendiri



Abes takkan beli baju ukur kat badan org lain ? Hehehehe. Beli mesti ikut ukuran sendiri. Malah ikut poket sendiri. Tebal ke nipis ke. Ikut je budget yg kita dh buat, jangan ikut orang sangat. Tak terikut de! Kalau mampu beli sepasang aje, beli je sepasang. Kalau mampu beli yang RM99.90 termasuk GTS aje, beli la yang tu. Tayah la nk shopping mcm cerita sinetron tu. Beringat sebelum kena. Jangan dek kerana nk bergaya, kita papa yob!

Tips 6: Simpan Gaji Advance


Yang ni cukup heran betul la. Ngape tk boleh aje stick kt tarikh yang satu je? Fixed kan. Senang. Ingat semua orang boleh behave ke kalau tgk duit banyak-banyak? Tak kira la raya ke ape ke, just imagine duit tu tkde. Tak patut digunakan. Budget raya ni patut awal dah buat lagi. Awal lg dh ade tabungan atau kira-kira. Bukan pakai gaji advance. So please la ye. simpan gaji tu. Kalau takut terpakai, letak kt bank lain. Jangan bukak-bukak sampai la tarikh yg patut dapat gaji tu.




Tips 7:  Pastikan tidak berhutang


Oh no! yang ni ramai orang muda kecundang. Beli pakai kad kredit la. Beli kereta baru la sempena raya. Nak tayang berapa hari sangat bro? Hutang tu yg tanggung lama. Toksah la fikir megah sementara bila nanti makan diri. Beraya je la pakai kereta yang ada. Tkde kereta, motor pun ok what? Car pool ke...tong2 duit minyak, lg meriah kan?




Tips 8: Sediakan TABUNG KECEMASAN

Iye. penting sangat i tell you. Kita tatau ape boleh jadi. Sebaiknya time buat budget tu allocate la beberapa wang utk kes kecemasan seperti kereta rosak ke, or tersontot kereta orang ke. Mana nk tau kan. Time raya ni kereta banyak, banyak juga hal yang berlaku. Jadi elok sediakan payung sebelum hujan.


Rasanya panjang dah taip ni. 
kami bukannya pakar pun, kadang tu terbabas juga tapi at least bila ada budget tu babasnya takde la menjunam sampai ke gaung. Sikit-sikit langgar divider tu bese la kan, tapi boleh control balik. 

Itula yang cuba di sampaikan

Semoga boleh beramal dengan tips ni!

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment