Pengalaman saya 'GADGET FREE' kan anak-anak

Assalamualaikum warahmatullah

Membesarkan anak dalam kecanggihan teknologi ni memang banyak cabarannya. Dari pelbagai sudut, tidak dinafikan teknologi membantu dalam urusan kita memberi ilmu kepada anak-anak. Tapi, banyak juga yang kecundang apabila anak akhirnya menjadi addicted dengan teknologi.

Berapa ramai yang begini?

Kalau diperhatikan, dimana-mana sekarang tak kira la restoran ke, kenduri kendara ke, hatta apa-apa majlis malah dalam kenderaan sekalipun, parents lebih senang memilih utk mem'bekal'kan anak masing-masing dengan tab/hp satu sorang ataupun berkongsi.

Walhasil, duduk la anak diam-diam tanpa komunikasi.
Kalau adapun, duduk menonton video berjemaah.

Takde lagi larian kejar mengejar
Atau cerita-cerita seronok di sekolah/tadika untuk dibualkan

Sedih

Tapi tak terlambat juga utk kita baiki bersama. Saya dulu pun mengaku saya ada membenarkan anak sulung dan kedua bermain hp dan komputer. 

Walaupun mereka tidak termasuk kategori addicted, itupun saya sudah rasa menyesal tak terhingga kerana saya lambat bertindak. Saya lambat mencari ilmu yang sepatutnya.

Saya tak mahu anda jadi seperti saya




Alhamdulillah, sudah hampir 8 bulan mereka dapat mengikut arahan dan jadual yang saya tetapkan. Saya mula sedikit demi sedikit. Caranya:


1: TAMATKAN LANGGANAN ASTRO


Ini langkah pertama dengan menamatkan langganan Astro. Boleh baca disini  Kenapa saya tamatkan langganan Astro? Jika anak anda juga meminati kartun atau TV, dan anda pula tak mahu tamatkan langganan Asto, cuba kaedah kedua


2: HADKAN MASA TONTON TV


Saya hanya bukak waktu pagi sekejap sahaja utk berita atau slot tertentu. Jika mereka pulang dari sekolah, saya buka menghampiri jam 7, utk laluan Astro Oasis. Malam jarang buka TV utk mereka tonton. Hari weekend saya buka utk kartun sekali sekala.



Daripada tengok TV, lagi best tolong Emak buat kerja rumah kan? :)


3: KAWAL HP


Password jangan dedahkan pada anak. Dan beritahu berulang kali yang hp itu milik anda dan mereka perlu minta izin. It works! :)


4: CATUAN VIDEO YOUTUBE


Jangan ajar anak anda cara bukak youtube. Kalau die dah tahu pulak, tutup computer. 



Nampak aje kejam la, zalim la, sebenarnya inilah tindakan paling bijak utk saya selamatkan anak sendiri. 

Mula-mula tu mmg la susah.
Tapi kalau dh nekad, in sya Allah berjaya di atasi
Abaikan seisi guling-guling, baling barang atau marah-marah

Kejap aje tu.
Ajak mereka bermain dan settle!


Alhamdulillah, mereka sekarang;

- tak lagi melihat ultraman (kdg2 minta tapi saya tetap tak bagi)
- melihat video di hp hanya beberapa minit sehari dengan keizinan saya
- melihat video Youtube Upin Ipin, Alif Ba Ta, Pada Zaman Dahulu & ABC hanya pada hari Sabtu dan Ahad (kecuali jika ada kes istimewa seperti anak sakit dan kes lain yang boleh dipertimbangkan) hanya tempoh maximum 2 jam setiap hari.
- TV dibuka oleh saya atau suami sahaja. 


Sekarang sekali sekala mereka akan minta izin untuk tengok YouTube pada hari weekdays dan saya akan keluarkan kalendar untuk tunjuk berapa hari lagi sebelum hari Sabtu dan Ahad tiba.

Balik sekolah, mereka bermain basikal, atau kejar kejar atau main lego, atau melukis. 
Dan saya rasa lebih bahagia walaupun kadang-kadang sakit jiwa tengok rumah bersepah

Biarlah bersepah, asal perkembangan otak mereka sempurna dan tidak terganggu
Biarlah penat, asal mereka menikmati waktu kanak-kanak dengan sebaiknya


Saya harap anda juga mampu mengubah situasi ini
Kita yang mencorak mereka
Bukan mereka memberi arahan dan kita pula kalah sebelum mencuba

Jangan nanti kita dah tua, mereka berikan juga kita 'gula-gula'
Dan mereka sibuk dengan kerja mereka

Naauzubillahi min dzalik!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. Salam Pn Salwa,

    My name is Amalina and I write for a fortnightly magazine called UNRESERVED.

    I would just like to ask for your permission to share your post in an article that I am working on that relates to the well-being of children in the tech age. Also, if you don't mind, I would like to get your opinion on a few questions that I feel can help enlighten our readers.

    If all is well, you can contact me at my email: lolamalina.kamal@gmail.com or +60123408955
    I'd be happy to explain to you the details of the article further..

    Hoping to hear from you soon, thank you :)

    ReplyDelete