Peringatan: Entri ni bukan sebab nak ajak pulaukan atau berbau sentimen membenci Astro apatah lagi usaha sabotaj (eceh, mcm la i nih popular sgt kannnn).
Ianya hanya entri peribadi.
*******************
Sejak ogos 2014, berakhirlah kisah cinta keluarga saya dengan Astro. Dulu, suka dan duka di lalui. Walaupun Astro hanya setia ketika langit cerah, itu tidak mematahkan semangat kami nak bayar yuran langganan tiap-tiap bulan. Walaupun mendung kejap aje Astro dah merajuk, kami tetap pujuk.
Dah beberapa kali juga Astro naikan yuran, kami masih menagih khidmatnya. Kalau ikutkan, bukanlah banyak sangat kami langgan. Basic package tambah pulak dengan sukan. Tapi kalau nak sukan kene la jugak beli pakej kecik lain, jadi nak tak nak kami beli la yang ada National Geographic dan History tu.
Jadi, kenapa pulak ditutup ni?
Sebenarnya, kami ni bukan banyak sangat masa nak tengok TV. Serius. Walaupun saya ni duduk rumah tangga almost sepanjang masa, berita pun tak sempat tengok tau!
Kadang-kadang bukak hanya nak bagi ada suara jadi tkde la macam duduk dalam gua. Ape yang TV tu dok membebel pun kita bukan amik pot.
Banyak lagi mende lain nk buat. Masak, cuci baju, sidai baju, masak lagi, cuci pinggan, sapu umah, layan customer Shaklee, siram pokok, layan lagi customer yang sama, mandikan anak, layan customer yang sama lagi sekali, update blog (eh?) dan macam-macam lagi tau.
Btw, sape nak beli Shaklee boleh contact saya tau <-- diri="" i="" iklankan="" sendiri="">-->
Mana sempat layan sinetron. Apatah lagi drama Korea k-pop meletop, bahkan muka hensem hero pun saya tk kenal.
Sudahnya, anak pertama dan kedua yang selalu bukak. dah bukak tu tkde channel lain lah,
611
bukak mata 611
gosok gigi 611
makan sarapan 611
nak tido tengahari 611
lunch 611
Mujur jugak tkde pasang TV kt toilet. kalau tak sambil melepas hajat pun 611. Waktu tu pulak mengandungkan yang ketiga. jadi dengan rasa kelibut dan rimas dan semput, kalau nk bagi diorang diam mmg senangnya bukak 611
Ini memang salah.
Salah yang teramatnya!
Sebbaik mende ni berlaku agak tk lama (8 bulan ko kata tak lama Salwa?) Saya menjadi insap dan rasa mereka terpengaruh dengan kartun dan tk patut asyik tengok kartun je.
Dengan penuh tekad dan semangat, saya pun berbincang dan suami pun setuju. Dia lagi jarang kt umah cuma dia concern la jugak kalau ada game bola cmne?
Saya jawap; "camtu laaa"
So, deal. TUTUP ASTRO
Mula-mula tu takut la jugak diorang tk dapat terima hakikat dah NO more 611. Tapi kan, secara jujurnya, kita yang control anak kita. Drg boleh je dengar cakap. Cakap la elok-elok. Mula-mula je diorang pelik dan agak mengamuk tapi lepas tu OK aje. Alhamdulillah.
Keypoint nye, cakap elok-elok dan terangkan sebab ape.
Tu je
Lepas tu doa la supaya anak-anak tu dengar cakap
Sampai sekarang dh dekat 5 bulan ni pun tkde mintak 611. Best gila
Apa kitorang buat dengan duit yg patutnya bayar ke Astro tu?
Kitorang belikan insurans dan medical card utk anak ketiga.
Top up sikit je
JAUH lebih menguntungkan dan dapat perlindungan lagi
Siap ada simpanan utk education
Jadi, siapa kata perlu sangat bergantung kepada Astro dan TV?
Btw, pihak Astro menawarkan ktrg dgn Njoi.
Free. Tkde bayar apa pun sebab ktrg dh ada decoder katanya
Barang free kan, sape nak tolak
Dapat la jugak tgk TV1, TV2, TV3, Prima, Oasis, 501, TV Hijrah, TV9, NTV7 dan beberapa channel lain. Ok ape...
Ni jadual penuhnya:
Jadi, keputusan di tangan anda
'Lu pikirlah sendiri' - pinjam tagline ye Nabil
Love,

Kitorang pun dah pakat lepas habis maharaja lawak ni nak langgan njoi tu je..bahasa katun 611 tu kadang tak sesuai langsung dengan budak2...
ReplyDeletetu la. risau juga pasal bahasa tu
Deleteda macam ayah kita da kak, hehe, nak tukaq tapi tak tukaq lagi, hujung tahun hari tu balik kg, rumah tok kat kedah da pakai njoi da.. ok jugak pakej njoi tu. :)
ReplyDeletebetul. berbaloi je. hehehe . bukan kite tgk tv sgt
Deletesebijik mcm kes saya..cumanya suami dr ckp nk tutup tp sampai ke sudah xtutup..duk risau pasal bola..aduyai...kami plain tukar njoi...
ReplyDeletemari tukar...boleh je survive. percayalah! ehehhe
DeleteAlhamdulillah kami dah 2 tahun kot takda astro. Saluran Tv yg ada nipun tak larat nak sekat.
ReplyDeletegood job!
DeleteMe rely on internet only...mlm soccer n everythng can be watch
ReplyDeletegood job sir!
DeleteTindakan yang mantap untuk kebahagiaan anak2 ni.. Tahniah!
ReplyDeletealhamdulillah :)
Deletesamalah..asben kata nak potong tapi tak potong-potong jugak
ReplyDeletepujuk la.. hehehe
DeleteAssalamualaikum Kak Salwa :)
ReplyDeleteAkk ada amik TV Al-Hijrah tak? Ke xda dah Al-Hijrah ni
ws wbt
Deleteade. dlm njoi ade sekali tv hijrah :)