Atasi masalah KEPUTIHAN yang buat anda stress setiap bulan

Assalamualaikum wbt

Bagi kebanyakan kaum wanita, ade beberapa masalah yang biasa di hadapi yang kita malu nak ceritakan pada umum. Tapi masalah kecil ni kalau dibiarkan begitu sahaja tanpa penyelesaian akan menyebabkan masalah lebih besar nanti.

Antara masalah kecil yang harus diperhatikan dengan serius adalah MASALAH KEPUTIHAN.

Kes keputihan ni bukan sahaja kena pada wanita yang dah berkahwin atau berusia. Anak gadis juga boleh mendapat penyakit keputihan ni. DIsini saya kongsikan beberapa info penting dari laman web KKM untuk kita semua ketahui lebih lanjut tentang masalah penyakit keputihan ni.






Apakah penyakit keputihan?

Masalah keputihan sgt sering dihidapi terutamanya wanita yang sudah berkahwin (75%) berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita yang menyangka ianaya normal sebelum haid. TIDAK! Lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita ada bezanya dan sesetengah itu perlukan rawatan.



Jenis-Jenis Keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis:


  • Keputihan fisiologis 
  • Keputihan patologik


Keputihan fisiologis 

Biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan yg mcm ni selalu waktu wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. 

Keputihan patologik 

Bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. 


Ini menunjukan perbezaan di antara kedua-kedua jenis keputihan.
Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk
Lendir yang cair dan tidak melekat
Lendir yang kental dan melekat
Warna
Berwarna putih atau krim
Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
Bau
Tiada bau
Berbau busuk
Jumlah yang dikeluarkan
Sedikit
Banyak
Kekerapan
Semasa subur dan sebelum haid
Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lain
Tidak gatal
Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
Rawatan
Tidak perlu
Perlu rawatan yang segera




Apakah faktor-faktor  Penyakit Keputihan?



  1. Faktor Kebersihan
  2. Faktor Hormon
  3. Faktor Gaya Hidup
  4. Faktor Kesihatan

Bahaya Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Antaranya adalah:


  • Berpotensi untuk menyebabkan kemandulan
  • kehamilan di luar rahim
  • Boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian.
  • Jangkitan kronik menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.


Rawatan 


Bagi yang ingin merawat keputihan bolehlah berjumpa dengan pakar wanita atau pegawai perubatan bagi mendapatkan nasihat dan cara untuk menngubati masalah keputihan ini secara klinikal.

Bagi yang ingin mencuba makanan tambahan (supplemen) bagi membantu mengurangkan masalah keputihan ini, terdapat Set Keputihan daripada Shaklee yang boleh dicuba seperti berikut:

Alfafa: Bersifat anti kulat. Mempunyai phytoestrogens yg mempunyai fungsi seperti kacip fatimah dan digelar raja segala herba. Sangat baik diamalkan oleh kaum wanita dan membantu  menyemarakkan cinta dalam hubungan suami isteri :)

Garlic: Mempunyai kendungan yang anti kulat dan merupakan antibiotik semulajadi yang sangat hebat. Garlic boleh membantu menaikkan sistem imun dan membantu memulihkan masalah keputihan

GLA complex: Membantu mencegah kulat daripada merebak. GLA juga digunakan utk membantu menyuburkan wanita dan menstabilkan hormon selain bagus utk masalah senggugut dan sebagainya. GLA complex tidak sama dengan EPO. Utk keterangan lanjut, dijemput membaca entri ini BEZA GLA dan EPO





Cara mencegah Penyakit Keputihan

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati.Berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

Semoga info ini bermanfaat


Love,




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. masalah keputihan memang sinonim dengan wanita dan ianya perlu diatasi dengan segera bagi mengelakkan masalah2 lain yang lebih teruk!
    SUPLEMEN UNTUK IBU HAMIL KEKAL CERGAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. kalau tak atasi lagi melarat larat nanti
      Takut!

      Delete