19 MANFAAT best kalau minum air dgn lemon

Assalamualaikum wbt

Pernah dengar tak pepatah omputih, 

"When life gives you lemon, makes lemonade"

Sesungguhnya mmg banyak sebab utk menyukai lemon. Selain aroma die yg best ala2 duduk kat hawaii tu, banyak lg sebab yg elok utk kita amalkan lemon dalam diet seharian.

Saya ambil dan terjemah dengan penuh layman term nye artikel ni dari laman traditional living modern society.




20 sebab PERLU ambil LEMON

1: ELEKTROLIT


Minum air dengan lemon boleh membekalkan eloktrolit yang membantu badan kita utk kekal dalam keadaan hidrasi. Wah, formalnye. Lemon ade kandungan potasium, kalsium dan magnesium


2: SENDI


Lemon campur air bagus utk sendi kita selain mengurangkan kesakitan sendi dan otot


3: PENCERNAAN


Air suam dicampur lemon membantu pencernaan sebab lemon ade asid sitrik. Asid ni akan berinteraksi dengan enzim dan membantu dalam proses pencernaan


4: BUAH PINGGANG


Air campur lemon tolong kita bersihkan buah pinggang. Buah pinggang pulak hasilkan lebih banyak enzim dari air yg dicampurkan lemon berbanding makanan lain


5: JANGKITAN KUMAN


Air dengan lemon membantu badan kita melawan jangkitan kuman. Wow! Terutamanya kalau ade sakit tekak ke atau tonsil. Haa sebab tu la kot banyak ubat sakit tekak tu berperisa lemon?


6: PENYAHTINJAAN


Okeh, saya pun impressed dgn translation diri sendiri. ni sebenarnya bowel movement. Minum air suam dgn lemon tolong kita membuang dgn lebih mudah


7: TINGKATKAN SISTEM IMUN


Air dicampur lemon tolong kita menaikkan paras sistem imun badan sebab lemon ni sangat power dalam anti oksidan jadi die boleh tolong nyahkan radikal radikal bebas kt dalam badan

8: MENGURANGKAN STRESS


Air campur lemon boleh membantu sistem badan dalam mengawal stress dan dipresi sebab lemon ade kandungan potassium yang sangat tinggi. Potassium yang cukup pilak penting utk kawalan jantung.


9:  CUCI DARAH


Air campur lemon bagus utk mencuci darah kita, salur darah dan arteri. waaaaa


10: KURANGKAN TEKANAN DARAH


Air campur lemon membantu utk kurangkan paras tekanan darah. Pengambilan setiap hari boleh membantu menurunkan kadar tekanan darah sampai 10% tau


11: ALKALI


Minum air dengan lemon boleh memberi kesan alkali dalam badan. kalau diminum sebelum makan, boleh membantu utk badan kita maintain paras level Ph yang tinggi. lagi tinggi paras PH, lagi tinggi keupayaan badan kita nak lawan dengan penyakit


12: KULIT


Air dengan lemon sangat bagus utk kulit. vitamin C dalam lemon ni bantu kita baiki kualiti kulit. Minum la setiap pagi utk kulit mulus halus jelita gituh.. kalau malas sangat, kita ade vitamin c natural juga yang penuh dgn bioflavanoids. cekidout here ---> vitamin c natural dan set skin beauty


13: MERESAP ASID URIK


Okeh..ni mmg mcm nk give up translate. hmm actually die dilute uric acis. haa, pesakit gout elok bebeno lah amik ni supaya asid uric tuh hilang


14: BAIK UTK IBU MENGANDUNG


Air dengan lemon membekalkan vitamin C yang banyak yg membantu badan utk melawan virus seperti selsema dan juga membantu pembentukan tisu tulang bayi dalam kandungan. Potasium dlm lemon juga membantu pembentukan sel otak bayi anda :)


15:  PEDIH ULU HATI


Cara nak hilangkan pedih ulu hati? Campur satu sudu teh jus lemon dengan separuh gelas air. siap!


16: MASALAH BERKAITAN KALSIUM


Jika ada terlebih kalsium dalam badan sampai jd masalah batu karang dan sebagainya, boleh ambil lemon!


17: TURUNKAN BERAT BADAN


Ni mesti ramai suka kan kan kan? Lemon ade pectin fiber yang membuatkan kita rasa tak berapa nak lapar sangat jadi kurang la mengunyap. 


18: SAKIT GIGI


Air campur lemon membantu mereka yang ada masalah sakit gigi dan gingivitis


19: MENGELAKKAN KANSER


Air dengan campuran lemon boleh membantu mengelakkan kanser. Ni sebab lemon adalah makanan yang sangat tinggi paras alkalinya



So, banyak gila kot faedah amik lemon ni. Boleh la cuba lepas ni ye

Artikel ni hanya lah utk informasi sahaja dan bukan utk rujukan klinikal. Jika ada masalah berkaitan penyakit, anda di nasihatkan mendapatkan pandangan dari pakar perubatan

Sekian

Love,



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment