4 makanan yang WAJIB dielakkan oleh ibu HAMIL

Assalamualaikum wbt

Ada beberapa kawan yang nampaknya berkongsi berita gembira

Alhamdulillah

Ada yang nak masuk anak kedua, anak ketiga, anak keempat, tapi yang paling teruja tentunya yang kongsi berita kehamilan pertama!

Bila dah berbadan dua ni, makan nak kena la jaga sikit. Kalau waktu seorang diri pun kita kena jaga, waktu dah ada nyawa lagi satu dalam badan, MESTI lagi kena jaga

Apa yang kita makan, itulah yang akan disalurkan kepada janin kita.
Baik makannya, baiklah yang dia dapat begitu juga sebaliknya

Jangan percaya pada mitos kena gandakan makanan. Tak perlu pun. Yang penting cukup serba serbi dan cukup nutrisi.



Dalam pada tu, ada juga beberapa makanan dan minuman yang perlu kita elakkan 
Mungkin pada waktu biasa kita ok je dengan makanan ni, tapi waktu hamil sebab ada perubahan hormon dan imun kita yang lebih rendah, jd makanan ini tak boleh/tak sesuai di ambil.

Kat bawah ni saya kongsikan senarai nya

:)

#1: TELUR MENTAH


Telur mentah ni mungkin dicemari dengan sejenis bakteria bernama Salmonella. Bakteria ni boleh menyebabkan kita muntah, demam atau sampai jadi cirit birit. Tak kisah lah apa juga makanan yang ade guna telur mentah tak dimasak sepenuhnya, eloklah di elakkan ye. Utk memastikan protein anda cukup, boleh juga mengambil kekacang. Atau cuba pengambilan supplemen yang membekalkan protein yang mencukupi setiap hari seperti supplemen penambah tenaga ESP DRINK

#2: SUSHI DGN BAHAN MENTAH


Sama juga dengan makanan Jepun lain yang tidak dimasak. Ini kerana ianya berkemungkinan mempunyai parasit yang boleh menyebabkan penyakit tidak diingini kepada wanita hamil yang lemah antibodi nya. Tapi kalau sushi tu pakai ikan atau bahan yang dah dimasak, lampu hijau!

#3: JUS YANG TIDAK DI PASTEURKAN


Jus dalam kotak perlu di pasteurkan utk bunuh kuman dan bakteria dan nyahkan toksin yang ada. Kecuali anda buat sendiri jus tu. Kalau beli yang kotak, pastikan jus tersebut telah di pasteurkan!

#4: IKAN DGN MERKURI BERLEBIHAN




Jerung dan ikan pedang (swordfish) antara ikan yang mempunyai merkuri yang banyak. Oh, salmon, udang, tuna pun. Jadi kurangkan pengambilannya. Walaupun di negara kita ni jarang dengar org makan ikan jerung dan ikan pedang, masih dinasihatkan berhati-hati  lah ye. Sebagai ganti, cuba supplemen yang mempunyai minyak ikan semulajadi seperti Omega Guard . Minyak ikan semulajadi ada lemak omega-3 yg bagus utk janin anda!

Lepas ni kita tengok pula, apa makanan yang di sarankan utk wanita hamil
Tunggu entri saya yang seterusnya!

;)

Love,







Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment