8 perkara menarik tentang office Facebook Malaysia. No 6 dan 8 paling Wow!

Assalamualaikum wbt

Semalam dan harini saya bersama beberapa orang rakan trainer yang terpilih amat bertuah kerana dapat menjadi kelompok pertama bagi pilot project yang diperkenalkan FACEBOOK iaitu 'Trainer Network' project. Dalam entry kali ni, gambar saya pakai tudung coklat tu hari pertama, yang tudung geometry tu hari ni a.k.a hari kedua.

Buat masa ini terdapat 6 lokasi di seluruh dunia yang telah dipilih untuk latihan buat fasa permulaan dan Kuala Lumpur adalah salah satu dari nya. 

Facebook Malaysia, Facebook office Malaysia, Facebook Malaysia office, office Facebook Malaysia, Facebook Malaysia hq, Facebook Malaysia headquarters, headquarters Facebook Malaysia
Menyengih di depan rumah Facebook Malaysia

Saya sebenarnya pernah hadir ke Pejabat Facebook yang 'lama' pada tahun 2018 dan kagum dengan teknologinya walaupun saiz k'comel lote'.Kali ini bertabah kagum dengan pejabat baharu yang dirasmikan oleh Tun M pada 28 Mei  yang lalu. 

Ada 10 sebab kekaguman dan hari ini saya bawa korang semua ke pejabat Facebook Malaysia

1. Security sistem Facebook Malaysia yang ketat


Nak masuk ke pejabat FB Malaysia sangat susah. Selain hanya 'by invitation', anda perlu lapor diri di kaunter security utama. Selepas tinggalkan IC atau lesen memandu, baru akan dapat pass untuk naik lif. Sampai ke tingkat **, ada pintu utama seperti di bawah ini. Dan pass tadi tak boleh dipakai untuk masuk pun. Kena ada staff FB yang bukakan.
Pintu pertama yang perlu di tempuhi

Pintu utama dari sebelah dalam, warna warni gituh
Selepas masuk pintu utama, anda perlu register dulu di kaunter pendaftaran dengan memilih kenapa anda datang ke pejabat pada hari itu. Contohnya ada meeting ke, ada event ke, ada discussion ke . Dah pilih tujuan datang, kena masukkan email dan nama penuh, kemudian sistem akan check betoi dak depa ada invite datang. 

Kalau email tidak dijumpai, dia akan tanya ada tak alternate email. Kalau takde juga, sendiri pempaham la. Hahaha. Ok, in case validation berjaya, u ols kena sign agreement then akan diminta ke receptionist untuk dapatkan pass. Kemudian ada laluan berpalang yang hanya boleh dibuka oleh staff. Lepas tu ada satu lagi pintu yang hanya staff juga boleh buka. Haa, nampak tak berapa banyak tapisan!!

Lepas masuk pintu utama, kene pi kaunter untuk register dan pastikan ada nama dalam senarai 

Ruangan menunggu sebelah receptionist. Oh ye, gambar staff FB tak boleh di upload

I ols mendaftar dengan tangan penuh kegemokan

Checkpoint kedua, palang. Checkpoint ketiga pintu beso lepas palang tuh. Berapa banyak security points daaaa


2. Sentiasa kena pakai pass


Tidak dibenarkan dalam mana-mana masa untuk tanggalkan pass. Walaupun ke tandas etc selagi mana berada dalam lingkungan kawasan office. Semalam saya pergi tandas, betulkan tudung. Tak teringat nak pakai lepas tu. So during lunch hour, saya baru nak ambil makanan ketika seorang security berkejar ke arah saya dan meminta saya tunjukkan pass. Aiseyh man. Kalut saya pergi ke tandas dan nasib lah ada lagi pass saya. Suspen betul.

Kene pakai mende ni all the time. Ada nama kita, date dan time kita masuk

3. Bilik meeting teknologi tinggi


Setiap bilik meeting di lengkapi sistem untuk indicate sama ada room tu dah di booked atau tak, tengah pakai atau tak dan sebagainya. Kemudian ada nama la untuk setiap room tu. Kemudian dalam bilik pula screen semua canggih yakmat dengan speaker, camera bla bla bla. You ols kalau nak buat video conference kat seluruh dunia pun akan clear sebab speaker atas siling pun ntah berapa ntah then screen dia boleh paparkan dari segenap angle dengan HD punya screen. macam training room saya, screen je 6 bijik yang beso beso bagak tuh. Kalau tak nampak juga, tatau la kan

Kalau warna hijau gini maksudnya bilik ni tengah vacant in 29 minutes. Comey tak nama bilik ni 'Hikayat Sang Kancil' hahahahaha
Kalau merah gini maksudnya tengah dipakai. Haa ni bilik i ols

Ni pulak bilik video conference, sambil lepak-lepak kat sofa boleh bervideo dengan orang

I ols tengah buat-buat sibuk study exam! (Jangan cayer)

4. Ruang game


Kot la tetiba rasa nak main congkak ke, or ada rasa nak main board game ke, atau foosball game ke, ada disediakan di beberapa tempat. You can chill and relax and enjoy the game
Ada game room yg besaaaaarrr

Nak main game ape pun boleeeee



Elelelele main congkak kononnnnn
Kot nak main foosball kan




5. Ruang santai


Yang ni kot la nak baca buku, orang just nak lepak-lepak chill minum latte or mocha or apekemende yang nak diminum, boleh juga buat sambil enjoy the KL view. Kerana office agak tinggi so macam-macam bangunan u ols boleh nampak. Antaranya ariel view Masjid Negara, Taman Burung, Muzium Negara dan macam-macam lagi la

Haaa bukan senang dapat peluk emoji FB di pejabat FB!! Hahahahah

Mengkopi dan meng sandwich ketika tea break

6.  Banyak makanan!!!!


Sebijik macam office lama dulu, mereka provide unlimited access untuk staff makan dan minum tapi nampaknya office baru ni lagi banyak food. Hahahaha. Kalau air tu dari yang panas, yang sejuk, yang beku, yang sehat, yang bergas, bersusu eh ape aje yang takde. Yang dari luar negara pun ada. Jajan pun macam-macam. Korang tengok gambar pun tau la kan kan

Macam-macam adeeeee
Nak buat air panas pun ade. Nampak tak kat rak tu segala mak nek teh ade. Dekat berbelas jenis. Kopi tayah citer la. Tekan tekan aje keluar semua

Cekedis pun ade. Paling banyak makan coklat saya la!!!

7. Toilet pun boleh tahan


Toilet per se taklah canggih sangat. I mean pernah je jumpa yang lagi canggih. yang ni tkda bidet pun. Tapi harus diberi pujian sebab semua mende pun dia provide. Berus gigi, ubat ketiak, sabun, ubat gigi, pad dengan tampon pun ade. So kalau terdesak datang meeting tak mandi lagi, in sya Allah selamat! Hahahaha

Untuk mencukupkan point entry blog, toilet pun jadik!!!


8. Korang tatau exact lokasi


Ce tengok kt FB Malaysia or kat Google or kat mana-mana, ada tak dia bagitahu full alamat? Takde kan? kan? Jeng jeng jeng. Itulah keunikannya. Even sokkabar buat liputan pun tak kabo kat mana opis nih. It was designed to be that way. Good luck finding it!!!




Rahsiaaaaa... rahsiaaaaa!!



I ols doakan u ols pun satu hari dapat meeting or training or melawat opis nih. Okeh?

Selamat berjaya!!

P/s: Kepada web web dan page viral, sila minta izin dahulu sebelum amik gambar dan post ke page u ols ye. Ini content blog i ols, jangan la buat keje mudah sangat. (sob sob sob)

Sekian






Salwa Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment