Safiy - Taubat dan Kita

Assalamualaikum wbt

Beberapa minggu yang lalu, sewaktu sibuk memotong kangkung dan menyiapkan sup ayam, saya mengikuti secara sambilan wanwancara di Wanita Hari Ini yang menjemput ustaz, artist Nora dan Safiy. Saya kurang pasti ada atau tidak ahli panel lain kerana jarak TV agak jauh.

Yang saya tahu, sejak Safiy umumkan hijrahnya kembali buat kali kedua, kita semua terpecah. Ada yang syukur, ada yang sangsi dan tak kurang yang mempertikaikan sama ada ini gimik terbaru mungkin untuk melariskan produk jualannya.
Saya fikir, biarlah kita jadi bijak.


Soal niat dia, serahkan pada Allah. Ikhlas atau tidak itu urusan dia dengan Rabb. Besar harapan saya, dia tidak berhijrah hanya kerana ibubapanya. Khuatir jika kelak kedua ibubapanya telah tiada, no more pushing factor untuk dia istiqomah. Nauzubillah.
Cuma, satu yang saya pegang.

Selagi mana dia dan golongan seangkatan dengannya melakukan apa sahaja kemungkaran dengan privacy, peribadi dan tidak menayangkan secara umum; saya akan terus mendoakan mereka pulang ke pangkal jalan.

Namun, jika mungkar Itu dibuat secara nyata, dihebohkan pula di social media, di canang di hebah semegahnya, saya akan doakan juga tetapi saya akan terus bangkang dan kritik.
Silalah berbeza pendapat jika mahu.

Di zaman Rasulullah s.a.w, mereka yang bersembunyi di sebalik kebenaran; mengaku Islam tetapi munafik; mereka ini diketahui nabi tetapi tidak pernah diceritakan. Hanya seorang sahabat yang teguh memegang rahsia yang diberitahu kepadanya; Hudzaifah Ibnul Yaman.

Setelah kewafatan Rasulullah, Saidina Umar sangat takut jika-jika beliau adalah sahabat yang munafik. Beliau bertanya kepada Hudzaifah. Hudzaifah menafikan tetapi tidak menjawab atau menyatakan sebarang nama. Sahabat hanya tahu siapa yang munafik apabila berlaku kematian dan Hudzaifah tidak turut sama solat jenazah.

Kenapa sampai begitu Rasulullah merahsiakan?
Kerana mereka masih menyorok. Tidak menzahirkan. Dan Rasulullah menjaga aib mereka.

Dan ini juga sebegini rupa dilakukan para pemandi dan pengurus jenazah ketika mana kematian seorang yang menukar jantina tetapi secara rahsia.
Urusan dosa pahala di tangan tuhan. Aib nya tetap kita simpan.

Indah sungguh agama ini. Janganlah lagi wahai sahabat atau sesiapapun yang terang terangan mengaku membuat dosa. Meminta pula diiktiraf dan diberi ruang kekal membuat dosa. Hatta dosa sedikit manapun
Malulah kamu pada tuhanmu yang menutup aib kamu dan aku. Janganlah kamu pula bermegah dan menayang aib dengan mudah

Kita semua pendosa
Bertaubatlah sementara masih bernyawa!

No comments:

Post a Comment

Instagram