Projek 2: Kitar Semula Extended!

Assalamualaikum wbt

Minggu ni kita proceed dengan Projek 2 pulak. Yang ini pun sebenarnya dah lama dalam rancangan Emak nak buat waktu cuti sekolah. Dekat dua bulan dok plan dalam kepala, nak ajar budak berdua ni tentang kitar semula. 

Aktiviti bermula pagi tadi. Emak basuh dua tong sampah yang dah rosak penutupnya dan keringkan. Kemudian Emak suruh diorang pakai topeng sebagai langkah keselamatan dan reduce risk walaupun actually mask yang betul bukanlah mask kain sepatutnya. Huhuhu. So Imran spray warna oren, I'jaaz nak spray warna biru. 


Spray jangan tak spray!

Menujukkan skill masing-masing nampaknya


 Kenapa nak spray dua tong sampah tu?

Sebab selama ni kami buat recycle dalam rumah aje. Kiranya mode individu. So dengan menyediakan dua tong besar, kami nak letak depan rumah sekaligus memudahkan jiran-jiran jika ada nak letak gelas dan plastik. Bolehlah menggalakkan kitar semula. Haaa, gitu.

Yang keduanya, biasanya lori sampah akan datang 3 kali seminggu. Diorang memang akan sort manually.Sebab dekat Selangor belum wajib sort sampah ikut kategori lagi. So dengan adanya tong sampah recycle ni, diharapkan dapat memudahkan kerja mereka dan diorang pun dapat jual untuk duit poket mereka.

Best kan?

Ok. So bila dah siap spray, Emak suruh jemur. Sementara tunggu spray kering, Emak minta diorang tolong angkut barang-barang masuk kereta untuk dijual di Pusat Kitar Semula Presint 9 . Dekat sini macam-macam boleh dijual sebagai produk kitar semula. Suratkhabar, tin, gelas, botol, alatan eletrik dan elektronik. Minyak masak pun boleh tau. RM1.10 sekilo. Hehehe.
Di depan Pusat Kitar Semula P9

Sekitar jam 11 kami sampai di sana. Ramai orang hari ni. Ada dua tiga pekerja dah standby. Bukak aje kereta diorang dah siap amik barang-barang dan timbang. Begitu efisien sekali. Imran dengan I'jaaz sempat posing aje. Hahahaha.

Scanner yang dah berzaman rosak
Kipas pun boleh jual


Botol tu la isi minyak masak terpakai


So selepas timbang semua, dan tulis resit, Emak suruh Imran dan I'jaaz yang sign resit. Kasik fefeeling sikit lah kan. Bukan main bangga nya. Dapat 7 ringgit tau! Paling banyak dapat minyak lah. RM5.50 sebab 5 kg. Itupun jenuh kumpul setengah tahun baru dapat 1 tong.

I'jaaz sign resit


Imran sign resit


Ada orang tu kira duit nampaknya. Hahahahaha

Dah habis tu, kita balik rumah. Petang Emak sambung kuliah. Kepentingan kitar semula. Walaupun muka sorang-sorang macam blur tapi part dapat duit tu angguk-angguk. Amboi. Dah lepas Asar, Emak gigih pegi kedai untuk print logo recycle, then potong then spray. Walaupun tak kemas sangat, jadi lah.

Hasil kejadian. Hehehehe


Memandangkan hari hujan, tak dapat letak luar hari ni. Esok lah kita letak. 
So projek 2 , done!

Oh ye, perkembangan PROJEK 1: SIFIR , dah 60% complete. Kita anggarkan by end of December complete. Hehehehe.

Orait, bye!

#WonderEmak


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment