Projek Cuti 1 : SIFIR CHALLENGE

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya banyak projek Emak dah sediakan untuk budak bujang berdua ni. Baru nak execute properly.

Yang Projek Sifir ni actually dah bermula sejak minggu lepas tapi tak berapa nak serius. Kejap ingat kejap lupa kejap buat-buat tak reti. Memang diorang ni pun ada isu dengan fokus.
Jadinya Emak buat dalam bentuk jadual begini. Supaya siapa yang dapat hafal terus boleh dapat tanda tick.

Mula-mula Emak cakap, kalau both tak hafal; selagi tu takkan dapat redeem hadiah untuk berkubang dekat Bangi Wonderland. Ingatkan akan jadi ok.

Rupanya awal lagi I'jaaz dah buat hal. Cari sharpener nak sharp pensel dia pun dekat setengah jam. Lepas tak jumpa mengamuk. Terus tak nak tulis sifir dan hafal. Katanya biarlah. Nanti Imran taj dapat pergi jugak.



Selaku Emak yang ohsem (baca: diktator), Emak terus tukar rules berkuat kuasa serta-merta. Siapa hafal, dapat mandi. Siapa tak hafal, rugi lah tinggal seorang diri.
Hasilnya?
Pkl 2 dah buat 'tasmik' bacaan sifir
😅😅😅

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment