Pagpag: Sanggupkah anda makan sisa makanan tong sampah?

Assalamualaikum wbt

Kita mungkin makan di kedai makan atau restoran malah dirumah, kemudian merasa kenyang dan tidak dapat menghabiskan makanan. Atau ayam digigit sedikit kemudian dibiarkan begitu sahaja. Di kemas pelayan dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

Kisah kita tamat di situ. Tetapi tidak buat ribuan orang yang terdesak kelaparan setiap hari namun tidak berupaya membeli makanan 'seperti yang kita makan'. Mereka hanya mampu makan dari sisa makanan yang dikutip dari tong sampah dan dipanggil:

PAGPAG

Istilah ini berasal dari bahasa Tagalog; iaitu tindakan mengoncang atau menggerakkan sesuatu untuk membuang habuk. Seperti mereka yang mengutip makanan dari tong sampah, menggoncangnya untuk membuang habuk, ulat dan sampah kecil, kemudian memakannya.

Pagpag semakin popular di dalam komuniti miskin tegar di Filipina kerana mereka tidak mampu. Hatta membeli makanan pun tidak mampu sehingga Pagpag semakin di gemari kerana ianya jauh lebih murah dan dapat di olah kepada masakan lain.


Lihat dokumentari dari BBC tentang Pagpag:



Pedih bukan?

Dikala kita berpesta ria dengan makanan yang banyak, atau dikala kita merasa tidak cukup, atau ketika kita mengambil dengan banyaknya makanan di meja buffet kemudian tidak di habiskan, ramai lagi yang sanggup berbuat apa sahaja demi mengisi perut kosong.

Dan tahukah anda, Malaysia menghasilkan 3000 tan sisa makanan pepejal setiap hari! Setiap hari ok. Maksudnya, 3,000,000 kilogram makanan yang boleh memberi makan kepada 2.2 juta orang sehari. Bayangkan kalau seluruh dunia? Dan kita masih pelik kenapa ada masalah kebuluran?



Pelik.

Mungkin ada yang akan argue, sebab waste food tu lah orang-orang miskin ini dapat makan PAGPAG. Kalau ada yang berfikiran seperti ini, saya tak tau nak komen apa. Cuma saya tinggalkan hadis didalam Sahih Bukhari, Muslim dan Nasa'i yang disampaikan dari Abu Hurairah ini untuk buka mata:

"Sebaik-baik sedekah adalah yang berasal dari kekayaan. Mulailah dengan orang yang fakir"



Moga ada kebaikan dalam amalan dan peringatan

Don't waste your food
Share it!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. Sedihnya bila fikir pasal orang yang tak bernasib baik mcm ni...Kita boleh cakap geli, tapi apa pilihan yang mereka ada kan..Sobs...

    ReplyDelete