Apa beza SSPN-i dengan SSPN-i Plus?

Assalamualaikum wbt

Sewaktu pembentangan bajet 2018 tempohari, PM ada mengatakan terdapat peruntukan sebanyak RM250 juta bagi SSPN1M (SSPN 1 Malaysia). Peruntukan ni terhad kepada 500,00 akaun terawal sahaja ye.

Melalui peruntukan ini, sesiapa yang layak dan membuka akaun dengan deposit minimum RM500 akan mendapat RM500 lagi secara percuma daripada kerajaan. Tapi syarat nya, penerima manfaat mestilah berumur tujuh hingga 12 tahun sahaja atau yang bersekolah rendah sahaja.

akaun sspn, sspn,akaun sspn-i,sspn-i plus, cara buka akaun sspn, beza akaun sspn dan sspn-i plus, cara buka akaun sspn-i, cara buka akaun sspn-i plus, sspn account,


Saya memang dah buat akaun SSPN untuk semua anak termasuklah baby Iyaad yang berusia 3 bulan harini. Kebiasaannya habis sahaja tempoh pantang, saya terus buatkan akaun Tabung Haji dan daftarkan haji, buat insurans dan daftar SSPN. SSPN ni bagusnya sebab boleh tolak tax. Setiap parents boleh tolak RM6000 so maksimum boleh la waive RM12000. Cuma akaun kene pastikan daftar accordingly lah. Contoh dua anak bawah nama emak, dua lagi bawah nama ayah. Haa gituh. Pastu simpanan dijamin kerajaan dan ada geran sepadan kalau sok lusa anak dah beso dan dapat masuk universiti.

Dulu Imran dan I'jaaz takde lagi SSPN-i. Ade SSPN aje. Dan bila SSPN-i wujud, akaun secara automatik akan di tukar jadi akaun SSPN-i. Jadi parents yang dah daftar anak dulu, jangan risau lah ye. Dia auto tukar.

Okeh, soalan paling selalu dapat, apa beza SSPN-i dengan SSPN-i Plus?

Saya try jawab dengan cara yang mudah. Kalau nak yang lengkap, sila rujuk laman web PTPTN ye. Secara asasnya, SSPN-i adalah simpanan yang biasa manakala yang Plus ni ada takaful sekali. So mari kita tengok apa bezanya

1. Komitmen bulanan

SSPN-i Plus sahaja ada komitmen iaitu paling murah start dengan RM30 sebulan (Pakej Intan). Maksudnya SSPN-i biasa kita boleh masuk ikut suka. Ada duit masuk la, takda duit duk diam-diam. Tapi kalau Plus ni, kena bayar tiap2 bulan sebab dia termasuk sekali dengan takaful. so ada monthly commitment. Ada 6 jenis pakej yang ditawarkan. 

2. Takaful

Ok.untuk yang biasa, takaful punya perlindungan akan diberi pada akaun yang ada minimum RM1000 didalamnya. Tapi paling basic. Sumbangan pula takde macam saya cakap kt atas tu. Tapi kalau Plus, ada takaful coverage mengikut pakej yang kita pilih. Serendah RM10 sebulan. Katakan lah kita amik pakej yang kene bayar RM30 sebulan tu kan. RM10 akan masuk takaful, RM20 masuk simpanan. Itu maksudnya.

3. Perlindungan Takaful

Untuk akaun SSPN-i, siapa yang ada RM1000 tu layak terima manfaat kematian/ilat sebab kemalangan atau sebab biasa dan ada khairat kematian RM2000 untuk pendeposit dan RM500 untuk penerima manfaat. Kalau yang SSPN-i Plus pulak, banyak la coverage dia. Bukan setakat kematian, penyakit kritikal, elaun kemasukan hospital dan ada manfaat lain. Yang ini bergantung pada jenis pakej yang di ambil.

4. Syarat membuka akaun

Syarat nak bukak sama sahaja kecuali satu perkara. SSPN boleh buka utk warganegara Malaysia. Pendpost mesti 18 tahun keatas. Penerima manfaat boleh berusia 1 hari sampai 29 tahun. Untuk SSPN-i Plus, boleh buka untuk diri sendiri, anak sendiri dan anak jagaan yang sah. Manakala untuk SSPN-i, boleh juga buka untuk mana-mana warganegara Malausia yang sah asalkan tidak melebihi 29 tahun.

Haaa tu la bezanya,.

Jadi, boleh la pilih ikut kesesuaian yang bajet masing-masing.
Kami amik SSPN-i sahaja. Sebab kami amik insurans lain untuk cover pendidikan, kesihatan, medical card etc.

Harapnya entry ni dapat membantu!

Love, 

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment