Saman - Cikgu Azizan - Sebuah kitaran

Assalamualaikum wbt
Lama agak menyepi di blog. Banyak urusan seperti selalunya. Baru-baru ini kecoh tentang kes seorang guru bernama Cikgu Azizan yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencederakan anak muridnya. Namun pertuduhan tersebut kemudian ditarik balik.

Gambar dari Utusan Online

Teringat saya kepada satu peristiwa beberapa bulan yang lepas.

"Mana duit RM10 yang emak kirim pagi tadi?"

Soalan pertama saya kepada Imran waktu Imran melangkah masuk ke kereta. Imran tergamam. Tapi mengatakan duit itu dia belanja dan beri makcik kantin. Makcik kantin tak pulangkan bakinya.

"Emak kan dah bagi duit belanja. Kenapa nak pakai duit tu? Kan Emak dah letak di poket depan. Suruh bagi cikgu. Cikgu kata tak ada"

Saya curiga. Duit tu sebenarnya untuk bayar apa saya pun sudah lupa. Ini peristiwa beberapa bulan yang lepas. Yang saya ingat cikgu imran beritahu tiada wang dalam poket beg imran.
Imran tunduk. Dalam whatsapgroup saya semak memang cikgu kata namanya tiada. Saya tak pula rasa ada kawan yang ambil.
Bila ayahnya pulang saya minta ayahnya pula tanya. Mungkin dia tak mahu terus terang. Dengan ayahnya katanya tak tahu pula.
Sudahnya imran di hadapkan ke mahkamah keluarga. Emak jadi lawyer. Ayah jadi hakim. Akhirnya pesalah mengaku duit RM10 dia berbelanja besar dengan kawan di kedai buku sekolah. Alahai!
Kerana dua kesalahan; satunya menyalahguna duit dan kedua kerana bercakap tidak benar, hukumannya seminggu tak boleh bawa duit belanja ke sekolah. Bekal sahaja yang disediakan.

Dan dia nampak serik selepas itu. Duit untuk bayaran urusan lain semua selamat sampai ke tangan guru.
Imran darjah dua. Nampak mungkin hal remeh tapi inilah asasnya.
1. Ajar anak kita mana yang betul dan salah. Bila salah tak kira la siapa yang menjatuh hukum baik guru atau keluarga jangan ada yang back up. Dan ibubapa tak boleh take side. Nanti anak tahu dia nak pilih siapa kalau ada yang selalu mengalah dan asyik membenarkan anak sahaja.
2. Dari kecil lah bertegas. Agar tak jadi buluh yang dah susah nak dilentur. Jangan ibubapa asyik beralasan anak masih kecil. Takkan hisap gam darjah 5 is ok sebab dia 'baru darjah lima?'
3. Semak.semak.semak. ibubapa kena ada komunikasi dan jangan percaya sangat kata anak. Sampai semua anak sahaja yang betul. Bukan juga suruh hukum terus. Semak biar tahu kebenaran.
Ya, zaman sudah berubah. Dan sentiasa berubah. Kerana itu saidina Umar r.a sendiri berpesan, didiklah anak sesuai dengan zamannya.

Kami pun ibubapa muda
Banyak sangat lagi nak belajar dan hidup pun huru hara. Mana yang dapat dikongsi kami kongsi. Mana yang huru hara tu pun kongsi juga di sini.

Apapun, alhamdulillah, ramai meraikan dan bersyukur atas penarikan balik dakwaan terhadap Cikgu Azizan. Saya tidak pernah ulas kes ini tapi dalam diam memberi undian sokongan dalam talian.

Moga terus kita dalam kebenaran

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment