Nasihat penting untuk online seller


Assalamualaikum wbt


Nasihat ikhlas kepada para peniaga online
JANGAN TERHADKAN ILMU HANYA DENGAN SATU SIFU

Apa juga gelaran anda nak bagi, sifu ke cikgu ke ticer ke mahaguru ke, belajar juga menghadam ilmu dari tempat lain dan cuba. Boleh jadi keputusannya lebih baik.




Contoh ya. Baru-baru ni saya mesej 3 seller online hasil dari iklan FB yg lalu lalang di newsfeed saya. Ini mesej sebab betul nak beli. Bukan sebab saya nak test.

Seller pertama jawab lmbt betul. Selepas jawab masih bagi jawapan tidak clear sampai saya bertanya harga berkali-kali. Teknik close sale begini kalau dipakai utk produk satu jenis sahaja i.e. mmg satu produk sangat tak sesuai sebab membuatkan customer annoyed. Rasa menyampah dan terus malas membeli.

Sellet kedua agak ok. Walaupun jawab juga selepas hampir 6 jam sy pm tak silap. Saya pm tu siang benderang bukan jam 2pagi.Selepas dua kali tanya beritahu butiran dan saya sedang pertimbangkan nak beli sebab offet nya bagus. Dia ni elok buat auto reply dgn copywriting ringkas beserta CTA jika tak mampu balas dgn semulajadi.

Seller ketiga paling teruk. CTA dalam iklan minta whatsapp tanpa link. Maksudnya customer kene tekan satu satu nombor dia atau copy paste utk whatsapp. Leceh jadi sy pm page. Bila pm dia insist suruh saya whatsapp juga. Saya kata since sy dh pm, beri sahajalah butiran. No. Kene whatsapp juga. I said goodbye. Kalau betul pun nk no hp sebagai database, ini cara yg agak kureng sesuai utk seller melimitkan medium dan membuatkan customer kecewa.

Again, ikut bisnes sendiri mana yang bagus untuk di ambil. Boleh jadi sesuai boleh jadi tidak. Jgn ikut tanpa tahu atau membuta tuli.

Wallahu'alam

Ticer salwa yg memerhati

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment