Harian Metro - Tiada Garis Duka

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah di beri peluang dan ruang untuk bercerita tentang kisah kami di akhbar Harian Metro pada hari Rabu lalu, 19 Julai 2017.
Perhatikan gambar yang keempat. Sebenarnya tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.




Bagi yang ingin membaca, boleh terus ke link berikut di Harian Metro Online:

Tujuan kami berkongsi cerita ini supaya lebih ramai anak-anak istimewa di luar sana yang dikesan dan dibantu keluarga sendiri.

Supaya ibubapa tidak membuta tuli menghukum anak mereka kerana tidak seperti anak biasa. Supaya ibubapa lebih peka dan bertindak mengikut situasi dan usia anak.

Ketika orang lain viral dan sibuk dengan masalah formula matematik 2x5, saya tdak runsing. Saya sedang gembira kerana Imran akhirnya berjaya tulis satu ayat lengkap! Pertama kali yg saya lihat. Wow. Rasa nak terbang.

Ketika orang lain mempersiapkan tuisyen hatta untuk anak prasekolah, saya sibuk memgintai peluang kelas robotik untuk i'jaaz. Sekarang tgh mencuba. Kalau sebulan ni dia ok, mmg akan teruskan sbb dia nampak berminat.

Ketika anak usia 3 tahun bangga dpt membaca, kami bangga israa' dapat sebut dua perkataan walaupun tak meaningful tapi ada progress.

Bila kita tahu paras dan progress anak, kita tak kecewa. Malah bergolok bergadai jika perlu supaya mereka tetap dibantu dan terus maju.
Itu yang kami mahukan.

And thanks so much dear IU TaMara for the write up! Ohsem as always

In sya Allah thinking of a new project to help more parents with Gdd, adhd and dyslexic kids. Moga berjaya la di realisasikan! Hahaha

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Good Job Salwa. Sesungguhnya harta benda anak-anak kita adalah ujian juga untuk kita di dunia ini. Semoga menjadi saham akhirat untuk kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak Nany
      Amin. Mudah-mudahan begitu lah hendaknya

      Delete