Duit raya untuk si tua

Assalamualaikum wbt
Hari ni saya nak bercerita tentang duit raya untuk si tua

Selalu duit raya ni sinonim dengan anak-anak. Yang seronok bersalam dan dapat sampul. Dalam hati dah berkira-kira apa nak dibeli.

Jadi siapa pula si tua yang saya maksudkan?

Minggu lepas sewaktu pulang dari hospital tempat suami bekerja, saya nekad mulakan operasi semula. Ada seorang pekerja pembersihan sedang mengutip sampah berdekatan parkir kereta. Dari riak wajah, saya fikir orang seberang.

"Pak, sini kejap pak" saya melambai.

Saya hulurkan sampul raya dan mengucapkan selamat hari raya. Tersenyum beliau mengucap terima kasih.
Ya, itulah operasinya. Dalam beg ada beberapa sampul raya extra. Saya akan melihat jika ada cleaner, tukang kutip sampah, pak jaga, tukang pam stesen minyak dan sesiapa lagi yang dirasakan sesuai. Melayu, cina, india, kadazan, dusun, bangladeshi, indonesian semua masuk dalam carta. Takda isu agama, bangsa dan gender.


Nilainya mungkin tidak banyak mana tapi cukup buat mereka ceria dan mungkin dapat membeli makan tengahari hari itu. Dahulu waktu saya mengerjakan umrah, sangat biasa jika penziarah memberi sedikit wang kepada pekerja-pekerja masjid Nabawi dan Masjidil Haram, jadi kenapa tidak boleh disini?

Mereka ini, tidak meminta-minta. Mereka bekerja mengerah semua tulang empat kerat yang ada untuk gaji yang mungkin tidak seberapa. Inilah orangnya yang saya salute dan rasa sedikit wang kecil mampu gembirakan harinya atau mungkin hari anak dan keluarganya.

Ayuh, mari bersama menerbitkan senyuman kepada mereka. Jangan rasa kekok. Kalau mahu cuba, sekaranglah masanya ketika raya masih segar dan dapat menghilangkan rasa awkward sebab baru nak mencuba.

Ada berani?
Say yesssss

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah wa! Semoga amalan mu diterima oleh ALLAH SWT dan jadi sumber inspirasi serta contoh untuk yang membaca. Keep it up yoooo!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. in sya Allah moga terus dapat berbakti selagi boleh. chaiyok2 to us!

      Delete