6 tips beraya dengan anak-anak

Assalamualaikum wbt.

Dua tiga menjak ni heboh sungguh isu pasal beraya dengan anak-anak. Semuanya mula bila chef selebriti terkenal, Chef Wan bagi teguran kepada ibubapa masa kini yang beraya tapi tak pantau anak-anak sendiri.

Hmmmm sebenarnya kitorang pun ada je alami masalah yang sama tapi memang takde bagitahu orang pun situasi anak-anak sendiri. Kalau pergi ziarah, beraya, kenduri kawen, open house, birthday party atau makan di luar, rutin dan regimnya kami buat sama je macam kebanyakan orang lain.

Cuma secara jujurnya nak train diorang dan buat macam anak normal lain tu bukan mudah la.Bayangkan sorang dengan ADHD, sorang dgn GDD yang super unpredictable mood swing dan tantrum nya, merangkap sensitif cuaca panas yang boleh trigger eczema dia dan sorang lg GDD juga yang tak faham situasi dan mudah sakit pula sebab banyak allergy.

Sounds very tough eh?

It is. Berpeluh wehhhh. Hahahahha. Tapi kitorang ni banyak sedara. Dan kawan juga. Maknanya takkan nak duduk rumah sahaja. Kami nak juga bawa anak-anak kenal sanak saudara dan bersilaturrahim gituh.


Makanya kami memang ada strategi-strategi yang telah ditetapkan bagi memastikan kurangnya risiko tuan rumah tuan tanah dan kami sebagai tetamu. Huhu macam nak pi perang je. Damage control kengkonon. Not always berjaya tapi sangat membantu.


1. Feed before your trip

Makna kata bagi la makan sikit sebelum keluar rumah. Budak kalau lapar sangat sampai umah orang je terus nanti mengamuk. Lagi-lagi mana yang ada food allergy macam anak-anak kami. Memang kene jaga. Kadang pi ziarah makanan tak sesuai untuk mereka jadi bila dh bagi makan akan kurangkan sikit risiko amukan lapar.

2. Bawa bekal

Dan sebab itu juga kami akan bawa bekal seperti roti, biskut, air. Kalau memang takde yang dia boleh makan sekurang nya ada bekalan untuk kita. Kang kita emak ayah sedap makan anak kecewa tak dapat makan.


3. Pesan 3247 kali

Ok ni obviously exaggerate la. Pesan banyak kali pun kadang dah nama budak. Kelemahan anak saya yang dikesan adalah kalau ada budak lain. Kompem segala azimat dab pesanan jadi bubur lambuk. Biasanya kami tengok la. Kalau main masih dalam kawalan tkde masalah. Kalau terlajak perahu kadang dpt la jelingan atau sepukan sikit bagi tone down. Macam pi dapur org ke, bukak peti sejuk ke memang big no no. Adab tu tugas kita untuk beritahu. Kalau terbuat, kita dapatkan mereka dan ingatkan.

4. No gadget

Sebolehnya memang tkmo bagi. Sebab pegi umah nak ziarah bukan nk tengok gadget unless kes seperti kawan dia ada bawa gadget ke then tumpang sekaki. Kadang kasik chance jugak la. Ade keadaan depe sendiri amik hp emak dan main sebab tau emak tak bertukar jd hijau sangat kt umah org. Hahhahaha

5. Exit plan

Ada masa kita pesan pun tak jadi. Ada masa angin kus-kus diorang datang. Ada juga time tu la nak tido pulak. Atau sebab musabab lain seperti tuan rumah sangat particular dan kita tengok dia mungkin macam tak selasa anak kita dok berlari, jadi time ni paling bijak undur diri je la. Explain elok-elok in sya Allah tuan rumah faham je.

6. Tak datang lansung

Kes ini terjadi bila risiko lebih besar daripada manfaat. Contoh anak tengah sakit atau baru keluar ward. Atau masih baby lagi. Paling selalu jadi bila salah seorang daripada kami kerja, maka memang tak dapat la nak pergi mana-mana waktu tu biasanya.

Okeh cukup la kot. Like i said, anak-anak ni gitu la. Kita la yang kene pandai baca keadaan dan pandai sesuaikan. Mana teguran yang bagus, ambil. Mana yang rasa pedih ulu hati, tahan la sikit sbb kita hormat orang tua. Abes kuat, guna tips ke 6 tu.

Kami pun tak cakap mende ni sempurna tapi janganlah sampai takut nak beraya rumah orang. Bagi yang sangat special case, itu kene lihat keadaan. Most of people especially ahli keluarga faham je. Jika rasa org luar tak faham, limitkan waktu melawat/ziarah tu.

Okeh. I hope it helps!

Love,
Emak anak 3 special edition

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Tak datang langsung tuh paling best. Boleh tergolek kat rumah ramai-ramai. HAHAH! Selamat hari raya Wa! Maaf Zahir dan Batin. Nice knowing you as a friend. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah. the ugly truth. Thanks kak Nany. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin juga!

      Delete