Kisah benar: Tak pernah tinggal puasa selama 40 tahun!

Assalamualaikum wbt

Kemain tajuk nya ye. Mungkin ada yang hairan, apa sangat yang istimewanya? Ramai lagi yang boleh buat perkara yang sama malah lebih lama tempohnya.

Mari saya ceritakan



Insan yang saya maksudkan sangat rapat dengan kami, allahyarham abah saya sendiri. Kalau kita mungkin dengan kerja pejabat biasa atau kerja harian rutinnya pun mungkin ada rasa lelah sesekali dalam berpuasa, abah lain pula.


Abah antara tentera rejimen askar melayu diraja. Batch agi idup agi ngelaban. Yang pernah bertarung dengan komunis dan pengganas. Pernah abah bercerita, dalam bulan puasa mereka di tengah hutan dan kemudian terpaksa menempuh pula paya berlumpur separas dada. 3 hari lamanya. Dengan bagpack askar yg sangat berat, lumpur paya di mana-mana dan tidur pun harus berdiri, abah masih terus berpuasa!
Pernah juga berjalan berhari-hari lamanya di bawah panas terik beratus kilometer sebelum sampai ke next check point. Juga masih berpuasa. Kita? Jalan mencari baju raya atau ke pasar ramadan pun balik sudah mengah dan terjelepuk atas sofa menanti waktu berbuka.

Ceritanya bukan setakat itu
Selepas abah memilih untuk bersara awal, memiliki kantin makanan dan kemudian balik semula ke kampung asal di teluk intan, meniaga ikan.

Siapa yang pernah kerja kasar seperti ini mesti maklum betapa susah kerjanya. Seawal pagi membawa lori ke depo mengambil ikan di hutan melintang, berebut pula dengan peniaga lain untuk mendapatkan hasil laut segar. Rebut. Maknanya memang kene rebut. Kalau sesekali saya ikut ke sana, dengan badan kecil saya tentu jadi kain buruk di lanyak, jadi tugas saya duduk ditepi dengan bakul dan bersedia terima ikan dari abah dan masukkan ke dalam bakul.

Habis fasa berebut perlu bergegas balik untuk sort semua hasil dan bersedia pula untuk meniaga di pasar petang/malam. Prosed angkut dan punggah ikan beratus kilo berjenis pula dengan ais bertindih-tindih dan tangan beku biru, bukan kerja mudah. Tenaga kuat dikerah sepenuhnya.

Dan abah masih tetap dengan puasanya! Kadang bila cuaca melampau panas dan abah sangat keletihan, abah berehat dan kemudian masukkan ais ke dalam baldi, mandi dgn air sejuk sebelum bersiap ke pasar.

Itulah arwah abah
Semangatnya tiada siapa dapat lawan. Dan berkali juga abah bertarung dengan sakitnya hingga akhirnya masa untuk arwah berehat.

Moga semua amal abah diterima
Dan amal kita juga

Anak yang rindu
17 Ramadan 1438H

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment