Siapa akan ke final GGV?

Assalamualaikum wbt

Hmmm, saya jangkakan Saujana akan terkeluar malam ini.

Itupun jika pihak GGV mahu hanya 5 peserta ke final. Kenapa Saujana? Setelah 5 minggu persembahan, jika di bandingkan dengan peserta lain, mereka paling kurang menonjol. Konsep ada cuma kekuatan vokal tidak cukup kuat dan belum cukup harmoni. Pian dan Azalinor dua anggota asal sering lead persembahan tapi belum cukup baik untuk bersaing dengan kumpulan lain.

Top 3 boleh jadi berubah. Yang kekal konsisten adalah UNIC, Mirwana dan Hijjaz. Ketiga-tiga mereka ini ada kelebihan masing-masing.

UNIC walaupun hanya Bazli seorang anggota asal yang kekal, setiap anggota baru yang diambil mempunyai suara yang sedap dan sentiasa harmoni bila disatukan. Mereka juga kekal fresh dan sentiasa ada idea menarik bila membuat persembahan. Hanya ada satu lagi kumpulan nasyid pada hemat saya yang kekuatan vokal dan kemerduan suaranya seimbang dan semua anggota boleh lead persembahan; InTeam. Tapi mereka tidak bertanding kali ini. Kedua-dua mereka ini anak didik dan pernah bernaung di bawah syarikat Hijjaz Records.

Mirwana pula, walaupun lead singers mereka hanya 3, mereka ni sangat harmoni. Campak lah lagu apa pun, mereka boleh buat dengan baik. Kekuatan mereka sama seperti kumpulan NowSeeHeart (juga tidak bertanding) malah mereka adalah kumpulan paling original. Dari mula sampai sekarang. Ahli yang sama. Ahli yang keluar ada la (FT). Persembahan sentiasa ditunggu kerana biasa bawa konsep lain dari yang lain.



Hijjaz? Seperti kata Oki minggu lepas, Hijjaz setiap persembahannya jujur. Tidak fake. Tidak diada-adakan dan datang dari hati sampai terus ke hati. Namun minggu lepas lansung saya tidak terkejut dengan kedudukan di tangga ke-4 Hijjaz. Kenapa? Lagu yang di bawa bersama Lan Kristal adalah lagu yang bagus, tapi drama yang di persembahkan tidak selari dengan vokal dan paduan suara. Semuanya tenggelam. Hijjaz bergantung penuh pada suara Munif. Tanpa Munif, tiada Hijjaz. Dan ini biasa di lihat pada kumpulan Otai. Seperti Nazri dan Raihan, atau Allahyarham Ustaz Asri dengan Rabbani. Hingga minggu ke-4. Tok Ram komen hanya Munif, bukan utk Hijjaz keseluruhannya. Apapun sukar juga untuk dijangka kerana Hijjaz ada keupayaan untuk sentiasa datang dengan kejutan.

Penyanyi solo saya ketepikan?
Tidak. Azmi dan Hafiz Hamidun juga punya vokal yang sangat bagus dan mantap. Azmi berilah apa lagu tinggi pun, sentiasa sedap didengar cuma lagu slow akan sedikit bermasalah. HAfiz sangat versatile. Bak kata Pak Ngah, dia nyanyi genre apa pun sedap sebab memang suaranya sedap (cuma waktu dia nyanyi lagu Kurelakan Jiwa minggu kedua tu saya rasa off key sungguh)

Mereka juga berupaya untuk buat kejutan.

Jadi marilah kita tonton malam ini separuh akhir GGV

Sekian,



Ulasan tidak professional bekas peminat tegar nasyid hingga tahun 2008

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment