Apa itu GDD?

"Dia tidak dapat dipulihkan sepenuhnya. Based on clinical findings and from what we know, GDD tak boleh di out grow, tapi kita boleh bantu mereka untuk overcome situasi ni dengan interventions yang sesuai"

Kata-kata pakar psikiatri minggu lepas macam kilat menyambar hati saya. Maknanya tiada ubat atau magic yang akan dapat menyembuhkan Imran dan Israa'.

Sedikit sebanyak tersentak tapi saya tak mudah larut. Saya faham mereka tidak mahu berjanji bulan dan bintang dan mereka menyatakan fakta berdasarkan ilmu dan pengalaman, supaya parents faham situasi sebenar.
Kurang 10 saat saya berjaya mengalihkan kesentakan tersebut dengan membayangkan Imran nantinya (juga adik-adiknya) akan membesar dan berjaya dalam bidang lain yang mereka amat minati. Mereka akan menyumbang kepada masyarakat dan menjadi ikon untuk dicontohi. Saya kembali lega. (Jika anda tertinggal cerita sebelumnya, boleh baca disini:http://www.salwasaleh.com/2017/04/emak-gifted-boys.html)


Pulang dari hospital, suami saya menerangkan lebih lanjut dengan membawa contoh bagaimana beliau memberitahu waris-waris pesakit ICU yang dirawat, bahawa hakikat untuk penyembuhan total mungkin tidak berlaku (bukan bermakna impossible ya). Pesakit kebiasaannya akan menerima kesan-kesan lainnya selepas keluar dari ICU dan mungkin inilah juga maksud pakar psikiatri Imran tadi.

Apa itu GDD?

Secara umumnya ia adalah satu disabilities (kekurangan) yang di panggil Global Developmental Delay. Kanak-kanak yang mempunyai GDD ini mengalami kelewatan perkembangan/pertumbuhan jika dibandingkan rakan sebaya dan ianya mencakupi semua seperti kemahiran kawalan motor, percakapan, pergerakan dan lain-lain.
Umumnya kanak-kanak dengan GDD mempunyai tingkat IQ yang sedikit rendah. Untuk kes Imran, keputusan ujian IQ masih belum kami perolehi namun besar harapan kami Imran termasuk dalam kategori istimewa dengan IQ yang setara. Kalaupun nanti keputusan tidak memihak, kami tidak apa-apa dan akan membantu Imran sebaiknya.

Punca berlakunya GDD?

Banyak faktor. Boleh jadi genetik dan menyebabkan Syndrom Down misalnya, boleh jadi disebabkan jangkitan kuman ketika masih bayi (seperti kes Israa'), kelahiran pra-matang, gangguan spektrum, jangkitan telinga yang kronik hingga menjejaskan keupayaan pendengaran seterusnya percakapan (juga seperti kes Israa').
Untuk Imran, setelah beberapa siri pertemuan, mungkin disebabkan kesihatan Imran yang tidak menentu ketika usia 1-3 tahun yang sering keluar masuk hospital dan sebenarnya ada banyak sejarah dan isu tapi panjang sangat nak dicerita di sini, menjadi antara punca Imran mendapat GDD.

Tanda-tanda mungkin membawa kepada GDD?

Ini mengikut usia. Saranan saya boleh semak buku biru/pink yang dibekalkan pada setiap kelahiran dan rujuk carta perkembangan bayi sehingga usia 6 tahun.
Disitu kita boleh menilai perkembangan semasa anak-anak dan mencatat setiap aktiviti yang berjaya dibuat mengikut tahap usianya. Penting untuk saya tekankan bahawa kelewatan satu dua bulan adalah normal kerana setiap anak juga berbeza. Ada yang berjalan seawal 8 bulan dan ada yang berjalan setelah 1 tahun 3 bulan. Ada yang bercakap dahulu kemudian berjalan atau sebaliknya. Jangan terlalu paranoid.

Yang menjadi masalah apabila kelewatan ini terlalu jelas. Sebagai contoh pada usia 8 bulan masih belum dapat mengiringkan badan sekalipun. Atau usia sudah setahun setengah tapi belum dapat duduk sendiri. Kesemua ciri ini ada pada Israa' walaupun abang-abangnya ok.

Seperti Imran, perkembangan awalnya sangat baik dan mengikut carta. Namun setelah siri ulang alik hospital dari usia setahun hingga 3 tahun, saya mula perasan sedikit demi sedikit kelewatan Imran. Full observation from parents is a must. Cuma masalah utama, Imran begitu berada di border line.

Maksudnya, saya tersepit antara mengatakan Imran mempunyai masalah atau tidak kerana ianya samar dan grey areas walaupun banyak pemerhatian dan pembacaan saya lakukan. Ini kerana perkembangan kanak-kanak unik dan berbeza. Pendapat saya disokong beberapa orang pakar kanak-kanak yang saya pergi dan dapatkan pendapat. Akhirnya kami bersetuju memberi Imran ruang sendiri untuk menonjolkan potensi supaya selari dengan rakan sebaya.
Setelah 3 tahun ruang diberikan, dan masih belum ada perkembangan yang baik, barulah Imran di rujuk ke pakar psikiatri dan disahkan mengalami GDD.

Saranan utama saya:


Jangan cepat paranoid seperti melompat tidak puas hati anak tidak dapat membaca di usia 6 tahun, menekan anak, terlalu gelabah, bertindak melulu dengan memarahi anak yang tidak dapat buat kerja sekolah atau perkara seumpamanya.
Anda ibubapa harus lihat setiap perkembangan mereka. Setiap masa dan ketika. Dan barulah anda dapat tahu dan rasa dan bertindak mengikut fakta dan naluri kerana perkara itu tidak akan ada sesiapa pun didunia yang memilikinya kecuali anda.
In sya Allah di penulisan akan datang saya akan kongsikan lebih banyak tentang GDD dan tentulah tentang Dyslexia juga.

SELAMAT HARI IBU untuk semua wanita hebat didunia, supermom, superwoman. Sentiasa percaya anda yang terbaik untuk keluarga anda!

Love,
Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment