5 cabaran perlu tahan jika nak jadi sukarelawan

Assalamualaikum wbt

Apa khabar? Hari ni nak cerita sikit la pasal projek kerja amal. Yang nak jadi sukarelawan, yang baru nak berjinak-jinak. Kalau nak tahu hati kental hati besi ke tidak, cuba turun padang, buat kerja amal.

Jika baru nak bermula dan mencuba, sertai dulu mana-mana NGO atau kelab kebajikan atau program yang sudah established. Mereka sudah ada SOP, lebih mudah menjalankan urusan dan banyak otai-otai lama yang sudi beri tunjuk ajar.



Akak tulis ni pun bukan mendabik dada. Lansung tidak bermaksud yang sedemikian. Ini sebenarnya silap haribulan membuka pulak rahsia-rahsia sendiri yang selama ni orang ingat mungkin tak susah mana la nak buat kerja begini.


1. Tahan umpat keji

Bila buat kerja begini, macam-macam orang boleh kata. Ada yang ingat kita ni amik kesempatan. Ada yang ingat kita ni ada habuan. Saya sendiri ntah berapa kali di tanyakan secara direct, berapa you dapat you buat projek ni? Mereka tak boleh terima jawapan 'TAK ADA APA-APA' kerana setiap mende mesti ada habuan duit di belakangnya. Jadi saya tukar la jawapan. Saya dapat senyuman, kegembiraan, air mata syukur, keinsafan sampai la akhirnya mereka mengaku kalah dan mungkin masih rasa jawapan saya tak logik. Hahahahahah.


2. Niat lillahi taala

Kalau adik buat keje gini utk penuhkan resume, atau supaya senang dapat naik pangkat atau supaya bole keluar masuk TV, rentikan. Keje ni bukan sebab nak glemer atau ade imbuhan lain. Niat sebab kita nak bantu orang yang susah dan perlukan bantuan. Urusan pahala, syurga dan sebagainya keje tuhan. Dia dah ada pekerja nama malaikat yang akan catat semua tu. Kita jalankan aje. Diakui memang ada ketikanya akan kejar media, bukan sebab gila glemer tapi sebab perlu sangat hebahan mereka supaya lebih banyak orang tahu dan dapat bantu. Cuma risikonya berganda-ganda sebab reason yang nombor 1 tadi.


3. Persiapan mental dan fizikal.

Kita boleh rancang sesempurna mana pun projek kita. Cantik betul atas planning. Semua dah ada susunan siap emergency plan. Tapi waktu berlansung tu la akan uji ketahanan daya mental kita nak cari solusi dengan mudah dan pantas dan cekap, badan memang tak banyak rehat dengan otak yang mudah penat. Sebab tu akak suggest elok la muda-muda dah aktif buat. Banyak tenaga. Belajar dari akak abang yang dah biasa jadi kita tahu gerak kerja. Lepas tu boleh jalankan projek sendiri punya. Okeh?


4. Kerjasama dalam team.

Dalam satu pasukan tak kira la islamik mana pun hangpa nih, mesti ada bertelagah. Tak setuju itu ini. Ikut arahan ketua. Dia tahu apa yang patut untuk mudahkan urusan semua walaupun kita rasa mungkin tak berapa nak setuju. Kadang dalam whatsapp group pun boleh bergaduh. Ada juga yang hantar iklan, hantar tazkirah, hantar gambar anak sampai info yang penting semua dah terjauh di belakang. Itu tanggungjawab ahli la untuk pastikan fokus dan ketua jangan menangkan mana-mana pihak. Cuba seadil mungkin dan settlekan cara baik kalau jadi mende gini.


5. Persiapan kewangan

Nak lancarkan projek especially kalau sendiri punya, mesti ada back up money di belakang. kita bukan ada % yang boleh pakai jadi administration fees ke ape ke. Saya tahu tak salah kerana akhirnya memang untuk tujuan itu juga cuma khuatir salah guna. Jadi setiap projek saya lebih mudah ingatkan sukarelawan pakai la duit poket sendiri utk minyak tol. Kadang kita la yang keluarkan untuk urusan belanja. Supaya rekod keluar masuk pun clean dan kita sama mudah-mudahan dapat pahala

Amboih
Panjang na akak membebel
Bukan apa, nak launch PROJEK BARU soon
Sebab tu bebel dulu....


Hahahahaha

Orait, stay tune!


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment