Betul ke orang islam tak patut stress?

Assalamualaikum wbt

Apa khabar harini? Ok ke tak ok? Hehehehe. Bersedia kerana saya akan membebel lagi kali ni.

Saya selalu nampak kata-kata atau poster yang lalu lintas, mengatakan orang islam ni tak layak untuk tertekan atau stress kerana kita ada Quran dan ajaran.
Ye ke?

Saya tidak bersetuju.

Dari sudut psikologinya, memang manusia diciptakan Allah ada bermacam jenis emosi dan perasaan. Gembira, sedih, suka, geram, teruja, menyampah dan stress juga adalah salah satu bukti kita manusia.

Cuma yang membezakan adalah how we react to the stress. Jika orang islam, kita disarankan bertenang, istifgar, zikir, cuba baca quran, solat dan pergi ke tempat menenangkan.

Ya, itu yang disarankan sebab memang lumrah manusia akan stress! Faham tak apa yang saya cuba sampaikan? Macam kes ibu meroyan, perkara tu betul dan memang boleh terjadi. Mengapa menidakkan seolah-olah ianya luar biasa dan siapa yang meroyan tu tidak beriman? Belum kena belum tahu, jadi baik berjaga sebelum terkena. Mungkin bukan pada kita, tapi pada anak cucu boleh juga.


Kerana sebab itulah, bila orang stress menceritakan dan memberitahu dia stress, jawapan 'ko rilex lah' adalah antara skema paling bahaya. lagi bahaya kita terus bagi syarahan agama. Kenapa menidakkan keadaan orang yang stress malah stresskan dia lagi?

Cuba dengar dan faham situasi dia. Kemudian dengar lagi. Hingga dia minta pendapat dan kita cuba tunjuk yang kita faham keadaan dia. Kecil bagi kita mungkin besar pada dia. Lagi-lagi kalau waktu berpantang dan menyusukan bayi, dengan lebih penat, tentu ayat-ayat kalau keluar tak kena waktu lebih menyakitkan hati.

Dan buat yang akan berpantang dan sedang berpantang, saya ada petua yang saya dah survive bertahun lamanya.
Kalau orang bising2 melampau keterlaluan dan cakap yang tak semegah time kita berpantang especially bab menyusu ni, waktu dia tengah ckp tu imagine mende kita suka dan kita nak contoh beg LV ke, bercuti di Bora-bora ke, naik kereta Ferrari ke. Dalam erti kata mudah, lansung jangan amik dan simpan dalam kepala.

Dan sebab itulah saya berjaya menyusukan sepenuhnya ketiga-tiga bujang ni 2 tahun, ade yg terlajak2 pun.

Deal?
Kita boleh!!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. Salam Puan,

    Hihi. Saya pun sokong Puan jugak. Sapa kata stress tu takleh dalam Islam, mungkin tak pernah stress dalam life? Atau tipu diri sendiri kot?

    Saya baca kisah Puan yang dulu tu Puan kerja oil & gas! Hebat lah. Kagum! Dari dulu saya kagum dengan orang orang oil & gas ni. Saya tak sebijak tu nak masuk line tu, tapi saya sendiri dulu kerja construction-based jugak. QS. Had my fair share dalam consultancy firms lepas tu a bit of fair share dalam construction itself sebab join few Main Contractors. So, yes. Saya memang lah seseorang yang sangat stress dulu. Siap tak reti nak handle my own stress!

    So, agree with your stand and your writing. I think stress tu ada kat mana mana but how well we managed to handle it lah yang super important. Kan? I think so. ;)

    Thanks sebab posting ohsem dan tak "stress" nak baca (pun intended!). Hihi.

    Bye.

    ReplyDelete