Umur berapa paling sesuai ajar anak Quran?
Jika anda ada anak lingkungan 2 tahun hingga remaja, mohon
amik masa baca tulisan saya ini.
Saya yakin, majoriti ibubapa mesti nakkan yang terbaik untuk
anak-anaknya. Dan bagi Muslim, pendidikan Quran sangatlah penting dan mesti
berada dalam list utama.
Semalam saya menonton satu video dari Ustaz Nouman Ali Khan
(NAK) tentang isu di atas ini;
Umur waktu yang manakah paling sesuai untuk disuruh hafal
Quran dan diajar hukum hakam?
Honestly, saya expect lain dari video awalnya, tapi NAK
memang berbeza. Saya terasa macam kene hempuk je kat kepala, di goyangkan dan
macam baru sedar daripada satu kejutan elektrik.
"Wake up
Salwa, wake up!!!"
Kalau tak percaya, tengok la video tu kt link ini.
Mak
aihhhhh, it's like answering my problems. Saya macam emak lain juga, risau
tentang anak-anak tak berapa nk minat ngaji. Memang liat ya amat. Sorang 7
tahun dan sorang lagi 5 tahun. Yang setahun lebih tu takde la suruh dia bersila
mengaji. Kadang sampai kene ugut nak rotan. Saya rasa saya terlalu paksa sampai
sesi tu jadi tidak menyeronokkan dan siorang pun macam lambat aje hafal
surah-surah pendek.
Sedar tak sedar saya termasuk sama kepompong. Mengejar
sangat hafalan Quran sekecil-kecil usia tanpa saya sedar TUJUAN
sebenarnya. Saya lupa yang dalam
bab agama lah method paling penting adalah ikut kapasiti dan kesesuaian anak.
Saya ingat saya dah ok bab akademik dan hal dunia, rupanya bab Quran ni saya
masih ketinggalan.
Saya sedar, saya tak mahu wa nauzubillah jika akhirnya anak
saya hafal Quran, tapi tidak amalkan apa yang didalamnya. Sebab itu kita lihat
ramai pangkat hafiz hafizah, tapi masih menunggang agama. Ramai yang hafal 30
juzu' tapi masih dengan kes rasuah, kes menipu, kes salah laku dan sebagainya.
Don't get me wrong please. It is important utk ajar anak
Quran. Dengarkan dengan bacaan Quran sejak dari kandungan etc. Apa saya cuba bagitahu, ikutlah kesesuaian umur dan kapasiti mereka.
Jangan dipaksa. Naluri anak kecil
masih ingin bermain. Dan ada minat dalam bidang tertentu. Jika memang minatnya
dalam hafalan, gunakan sebaiknya tapi jika bukan, jangan didera emosi apatah
lagi fizikal anak
Kita lihat banyak tahfiz tumbuh bagai cendawan tapi akhirnya
jadi tempat ibubapa 'campak' (maaf tak jumpa perkataan sesuai) anak-anak
bermasalah hingga pusat tahfiz dan maahad ada yang jadi tempat belajar perkara
tak baik. Itu realiti hari ini. Saya tidak kata semua cuma hal ini berlaku
dikalangan kita.
Apa yang saya boleh kata, saya berazam untuk cuba perbaiki
sesi mengaji anak-anak saya supaya lebih baik. Saya sudah mulakan sejak malam semalam dan saya
harap ianya dapat kekal dan anak-anak saya juga kekal gembira dengan
pembaharuan ini.
Saya doakan anda juga dapat yang terbaik utk keluarga anda
Mari kita lahirkan generasi QURAN yang sebenar!
No comments:
Post a Comment