Mat Jenin tak salah pun!!!

Assalamualaikum wbt

Siapa sini selalu dengar cerita Mat Jenin?

Sewaktu sekolah rendah dulu, cerita Mat Jenin ni telah muncul. Dalam buku atau dalam sesi pembelajaran.Katanya jangan ikut perangai Mat Jenin yang berangan tak sudah. Angannya sampai dia jatuh pokok!
Fikir semula elok-elok.

Kita sangat mudah di 'program' kan dengan sesuatu yang dilihat dari sudut 'blaming' berbanding 'understanding'. Tak dinafikan, langkah berjaga-jaga perlu sebagai peringatan agar kita tak 'jatuh pokok' macam Mat Jenin tapi persoalan utama adalah, salahkah Mat Jenin berangan?
Bagi saya, Mat Jenin adalah seorang yang optimistik, bijak membuat perancangan dan ada 'future vision' dalam kepalanya. Bayangkan dia boleh membayangkan apa step demi step yang akan berlaku dan menambah baik setiap plan jika plan terdahulu berjaya dicapai

Ini yang kita selalu tak buat dan tak berapa pandai nak buat.

PERANCANGAN

Kerana kita di momokkan agar tidak berangan, kita juga tidak melihat masa depan. Berapa banyak keluarga yang mengamalkan perancangan? Rancang bajet, masa depan, pendidikan, simpanan, rancang keluarga, persaraan, kesihatan dan banyak lagi.

Dari sekecil-kecil unit ekonomi keluarga yang bajetnya sentiasa tunggang langgang atau takde bajet lansung hinggalah ke pentas ekonomi negara yang kucar kacir di kapitalis dan di lesapkan wangnya.
Bagaimana nak maju jika mindset 'cukuplah apa yang ada' atau 'rezeki secupak takkan jadi segantang' masih tebal. Nak berangan yang percuma tu pun dinafikan dari kecik lagi.

Berangan adalah langkah pertama.
Selepas berangan, kita mulakah dengan tindakan dan terus maju supaya dapat dalam genggaman

Salah Mat Jenin bukan pada berangan tapi kerana masa dan tempat berangan tidak sesuai hingga mengabaikan keselamatan.

Pasanglah impian dan rancanglah tindakan!!!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment