Rahsia edit gambar cantik macam studio guna smartphone

Assalamualaikum wbt

Saya biasa dapat pertanyaan, saya edit gambar pakai apa?
Sebenarnya saya lebih suka pakai PC. Guna software orang bese pakai macam Powerpoint, Photoshop gitu lah.

Tapi edisi harini saya nak cerita cara saya edit gambar pakai smartphone yang menggunakan ANDROID.
Boleh jadi ok hasilnya...

Heheehehe

Sebenarnya boleh buat bagi nampak cantik dan kemas macam pakai PC. Kalau selalu praktis, makin lama akan jadi makin mudah.

Tapi ye lah, kadang tu kita nak cepat, nak pantas dan tak sempat nak buat kat PC. Atau pun kadang tu tengah 'on the go' , kita boleh gunakan masa yang ada untuk edit gambar.

Gambar pula tak semestinya sekali amik cantik. Kalau cuaca ok, lighting ok, besenye in sya Allah kemas dan minimal editing sahaja, tapi kadang tu cuaca pun mendung, lighting tak berapa ok jadi tak cantik.

So, ini contoh gambar flat lay saya amik utk client saya.
Asalnya memang malap aje sebab tengah tak berapa elok cuaca.

Ni kalau upload pun orang belum tentu selera nak tengok. Pakai meja, tumpahan air pun ade. Hehehehehe.

LANGKAH 1:
Guna apps Snap Seed. Sebab ni kira kategori gambar kritikal. Untuk gambar yang dah sedia ok, saya nasihatkan main je dengan adjustment brigthness, contrast, temperature kt mana-mana apps pun ok. Yang ni basic lah kiranya. Kadang-kadang 3 ni pun dah cukup dah. Tapi utk gambar di atas, sebab shadow yang ade sangat obvious, so dekat Snap Seed, saya BRUSH dahulu. Biasanya saya buat beberapa layer. Dimulakan dengan setting EXPOSURE 0.3 saya akan brush 2 layer dan ini hasilnya.

LANGKAH 2:
Masih menggunakan Snap Seed, lepas gambar dah 'ok' sikit, baru saya akan teruskan dengan third layer with selective area utk di BRUSH kan. Kali ni saya set EXPOSURE kepada 0.7 dan fokus saya adalah hilangkan shadow di antara produk-produk tu. Saya buat dua layer.

LANGKAH 3:
Lepas shadow semua hilang dan gambar nampak sekata, baru la saya akan brush dengan main SATURATION pulak utk dedaunan pudina tu dan botol produk bagi menaikkan seri gituh. Hehehe. Ini le hasilnya. Bersih aje kan. 

Hasil selepas Langkah ketiga. Sebenarnya saya terdelete gambar yang selepas langkah pertama dan kedua. Kalau dilihat, memang akan nampak bezanya.

LANGKAH 4:
Boleh la kalau nak crop. Ni optional. Ade orang nak crop dulu baru edit. Ikut lah, boleh je mana-mana. Tapi utk gambar ni saya tak crop cuma saya nk tunjuk hasil kalau crop


LANGKAH 5:
Untuk masukkan tulisan, boleh cuba apps FOTOR atau PICS ART. Dalam contoh kali ni saya pakai FOTOR. Please take note, bila anda masukkan tulisan, nak save nanti akan jadi keadaan dimana gambar tu bertukar warna sikit. Macam yang saya punye ni jadi sikit kehijauan. Untuk contoh ni saya tak edit semula TEMPERATURE dia sebab nk tunjuk pada anda, so kalau mende ni jadi, just adjust sikit TEMPERATURE atau SATURATION atau TINT gambar supaya kembali normal ye :)

LANGKAH 6:
Kadang-kadang orang nak masukkan logo company. Yang ni boleh pakai PICS ART utk tepek dan masukkan. Ingat, gambar mestilah dalam format png (tanpa background) utk hasil yang menarik dan kemas. 

Yang ini adalah versi yang saya letak logo. Perhatikan gambar menjadi sedikit kehijauan seperti yang saya nyatakan di atas. Ini boleh di adjust semula ye.
LANGKAH 7:
Untuk melakukan perbandingan, boleh gunakan beberapa apps seperti PHOTO GRID, PHOTO COLLAGE dan PICS ART. Ikut lah yang mana paling anda selesa. 

Pesanan: Bagi editing gambar yang mudah dan simple, anda juga boleh cuba VSCO, PHOTO EDITOR, PIXLR dan beberapa jenis apps lain.

Kata kuncinya adalah TERUS MENCUBA!

:)

Semoga berjaya!

Love,

Salwa












Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

4 comments:

  1. cantikkk...terbaik! silauuuu memancor-mancor gittuuu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia ehhh...hehehe nanti amik gambar fruit tarts boleh le edit ye

      Delete
  2. Wah bagus tip ni boleh apply lepas ni. Thanks sis :)

    ReplyDelete