Apa jadi bila Emak dapat tahu keputusan periksa Imran?

Assalamualaikum wbt
Beberapa hari lepas, saya ada menulis satu status FB sebagai luahan hati tentang keputusan peperiksaan anak saya. Lupa pula nak tulis yang sama di blog. Sekali tak sangka jadi viral pulak sehingga ramai yang share. OhBulan! pun dah masukkan dalam web mereka.

Jadi, ape ceritanya yang sampai viral ni?
Inilah yang saya cerita...

Apakah reaksi anda bila mendapat tahu anak anda di tahun 1 mendapat tempat ke 20 daripada 28 murid?
Saya solat sunat syukur dan sujud atas berita gembira ini setelah saya semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun Imran pagi tadi.

Alhamdulillah, i'm so proud of his achievement so far. Sangat gembira sampai rasa nak buat offer lah, nk buat sale lah tapi tak terbuat lagi buat masa ni. Dan seperti dijangka, markah tertinggi adalah dalam subjek Pendidikan Seni (Dunia Seni Visual) . Tak hairan la sebab dia memang suka tang tu kan
Saya pesan pada Imran, saya hantar ke sekolah untuk dia bergaul dengan orang, berkomunikasi dengan baik, mematuhi jadual, belajar dari guru dan cari pengalaman sebanyak mungkin.
Dan saya nampak ada perubahan sedikit demi sedikit. Imran mula berani membeli barang di kedai tanpa saya perlu temankan (tapi sentiasa diperhatikan), sudah mula ok dalam menyuarakan pendapat. Tidak saya nafikan masih banyak sangat ruang untuk diperbaiki tapi jujurnya saya gembira


Pada usia 6 nak menjengah 7 tahun, tak banyak saya harapkan. Saya tidak kisah grade, tidak kisah markah. Saya tahu dia faham namun tak tahu cara nak jawap. Itu lebih penting. Saya tahu dia seronok di sekolah, berkawan. Kadangkala saya tanyakan juga pada guru, khuatir kalau Imran menggangu atau ada masalah lain di kelas.

Saya mahu Imran dan anak-anak lainnya menikmati usia kanak-kanak mereka tanpa tekanan, tanpa paksaan dan buat apa yang mereka suka. Nanti akan tiba masanya suami dan saya akan membuka jalan dan cadangan, namun bukan sekarang. Bukan ketika di bangku sekolah yang masih baru di kenali.

Besar harapan saya agar ibubapa di luar sana juga begitu. Jangan terlalu kecewa kerana anak masih muda dan mentah. Jika sudah dewasa, akademik juga bukan segalanya.

Jangan kita racun anak dengan pemikiran mereka 'tidak pandai', 'pemalas', 'susah nk belajar' dan sebagainya. Kan kata itu satu doa? Dan boleh jadi mereka tidak pandai di sini, tetapi pandai di sana, kurang hebat dalam bidang sini tetapi handal dalam bidang sana.

Kan manusia di ciptakan berbeza-beza?

Ok ke ok?
Moga Allah permudahkan!



Cuma yang peliknya, takde pulak pihak OhBulan! hubungi saya sebelum diorang publish mende ni. Memang gitu ke?

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Alhamdulillah Wa..emak sendiri yang kenal anaknyakan.

    Tapiiii..macam Sofiy agak memeningkan kepala kami jugak. Masa nak exam suruh juga dia buat revision, tapi dia acuh tak acuh je so umi pun tak kesah. Umi baya dia dulu tak pernah ada ulangkaji2 ni sebab umi hari2 baca buku teks dan buku latihan. Dah besar baru umi jadi malas. bhahaha.

    Yang tak bestnya bila dah dapat keputusan, dia yang sendiri tak puas hati dengan keputusan dia tu. Contohnya kat sekolah agama dapat no.3, dia nangis2 sebab dia tak dapat no 1. Yang sekolah kebangsaan, dia tak dapat 1 subjek pun 100 markah, umi ok je dapat A tu kira baguslah. Tapi dia muncung-muncung sebab takde yang dapat 100. Ate....cemana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..sendiri push diri sendiri. sofiy mmg baik! :D

      Delete