3 nasihat untuk orang yang suka main HP!

Assalamualaikum wbt
Harini sedih la jugak. Dulu viral kisah pasangan bercerai kerana Whatsapp, semalam viral kisah suami main kayu tiga kerana isteri asyik pegang handphone

Ini kisah nyata. Bukan drama
Saya menasihati atas kapasiti kawan, isteri, Emak dan stranger

Untuk suami-

Itu bukan tiket anda untuk curang apatah lagi membuat dosa di belakang isteri. Jika betul isteri anda asyik memegang hp, berbincang dan nasihati. Jika masih tidak berjaya, bawa lah berjumpa pakar untuk menghilangkan ketagihan gajet kerana ini bukan sahaja masalah kepada rumahtangga, tapi membabitkan sama soal kesihatan emosi dan fizikal. Masih ada ruang dan peluang untuk berbincang, gunalah semua pilihan yang ada

Untuk isteri-

Jika anda berbisnes online, harus mencari nafkah bersama, perlu banyak kerja kerana komitmen kewangan, saya nasihatkan pandailah urus masa. Jika anda letakkan customer sebagai tangga teratas, malah melayan pula sepanjang waktu, jangan pula terkejut jika keluarga menjauhi.

Mulakan dengan step simple seperti rules 'no hp while eating'. 20 minit yang seharusnya di isi dengan borak santai anak isteri sewaktu makan malam itu manfaatkan sepenuhnya. Jangan kerana mengejar rezeki, kita juga lupa BERKAT rezeki yang Allah akan beri dengan memenuhi tuntutan hak suami dan anak. Utamakan yang paling utama barulah rezeki anda akan datang dengan senang.

Jangan takut mohon maaf kepada pelanggan atas kelewatan respon. Nyatakan sebabnya dan mereka selalunya faham. Jika mereka tidak faham dan beralih kepada peniaga lain, itu bukan rezeki anda dan rezeki anda adalah waktu yg anda penuhi haknya bersama keluarga tadi. Cubalah, anda akan rasa perbezaannya!

Untuk kawan-

Jangan cepat jatuh hukuman. Tapi tidak bermakna pula tidak boleh diberi teguran. Jika bersama kawan, menghabiskan waktu yang baik yang jarang sekali dapat (catch up session, reunion etc) , ketepikanlah gajet anda. Mereka sudah tahu apa juga aktiviti anda di FB, IG atau Twitter. Ini masa untuk menjadi 'nyata' dan nikmati masa gembira bersama. 

Jika anda bertandang ke rumah saya, mohon tidak membelek gajet sepanjang waktu. Jika saya ke rumah anda, dan anda buat sebegitu, itu rumah dan hak anda tapi ketahuilah saya takkan ke rumah anda lagi!


Kesimpulan -

Isu ini nampak simple tapi sebenarnya luka yang bernanah
Ketagihan gajet lebih parah di kalangan orang dewasa
Bukan ke atas kanak-kanak sahaja
Gajet umpama nasi, penting dalam hidup, tapi bila banyak sangat, boleh buat jadi diabetis!

Bertaubatlah
Jangan sampai pasangan anda sudah failkan penceraian di mahkamah, baru anda menangis kesal
Jangan sampai anak-anak tidak menghormati baru anda rasa kecewa.

Kalau rasa sukar, deactivate FB, tutup akaun IG, uninstall Whatsapp. Itu jalan penyelesaiannya

Berkahwinlah dengan orang, bukan dengan gajet
Berkeluargalah dengan orang, bukan dengan gajet
Berkawanlah dengan orang, bukan dengan gajet
Bertuhanlah dengan Allah, bukan dengan gajet!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment