4 sebab kenapa saya hantar anak ke hospital KERAJAAN

Kenapa saya masih hantar anak saya ke hospital kerajaan?

Ini bil keseluruhan Israa' yang baru keluar wad. Bil ini merangkumi caj wad, rawatan, pemeriksaan, ujian makmal, xray dan caj lain-lain. Selepas subsidi anggarannya mungkin beberapa ratus ringgit namun kerana suami saya bekerja dengan kerajaan, kami tidak perlu membuat sebarang bayaran.




Sebenarnya kami sekeluarga mempunyai insurans perubatan, kad perubatan malah anak-anak juga dilengkapi dengan insurans yang datang dengan simpanan pendidikan.

Jadi kenapa masih memilih untuk ke hospital kerajaan?

Ada beberapa faktor utama. 

Pertamanya saya kira faktor penting adalah kepercayaan. Bukan pula saya menidakkan hospital swasta. Tidak. Tetapi kebanyakan pakar dalam bidang apa pun berada di hospital kerajaan. Kerap terjadi kes rumit atau serius yang ditolak dan ditransfer oleh hospital swasta ke hospital kerajaan akibat kekurangan kepakaran atau tidak berani komited dengan kes rumit. Di hospital kerajaan, pesakit yg mendapat rawatan akan diberikan rawatan terbaik walaupun anda berstatus perompak yang baru ditangkap. Pakar dan pegawai perubatan pula berusaha membuatkan pesakit sembuh dengan cepat dengan kaedah paling efektif. 


Mereka sebolehnya cuba discharge secepat mungkin dan tiada sebab untuk 'keep the patient'. Saya sendiri mulanya kerap minta pulang kerana pada mata kasar anak saya kelihatan ok namun setelah di terangkan pakar tentang situasi sebenar, saya akur. Kini saya belajar untuk faham dan setuju atas saranan kerana tahu mereka cuba buat yang terbaik.

Kedua, ubat ubatan juga sebenarnya adalah yang terbaik. Jangan sangka jika anda bayar sedikit, ubatnya tidak baik. Malah lebih kejam jika anda masih ambil tapi tidak berniat memakannya. Jika tidak mahu maka katakan kepada farmasi supaya anda tidak membazir dan boleh jadi mungkin mengambil hak orang yang lebih memerlukan. 


Pernah pesakit di katil sebelah anak saya menerima rawatan akibat virus Kawasaki. Katanya sebotol ubat untu virus itu sahaja mencecah rm1600. Untuk satu kali drip. Bayangkan jika perlu berbotol-botol? Akibat tidak mampu tanggung kos, ibubapanya memindahkan ke hospital kerajaan kerana ubatnya masih sama dengan kadar yang amat jauh berbeza.

Ketiga, saya lebih yakin untuk ke hospital yang sama kerana semua rekod perubatan dari waktu kelahiran hingga ke kali terakhir admitted disimpan ditempat yang sama malah doktor yang merawat juga kadangkala sama. Sebilangan besar dari kita tidak mampu mengingati jenis rawatan, jenis ubatan termasuk antibiotik atau hal yg lainnya. Disinilah pentingnya rekod dan juga menentukan rawatan seterusnya.

Keempat,
kerana suami saya bekerja di sana. Jangan salah sangka. Kami masih perlu ikut prosedur biasa. Kelebihannya adalah kerana suami mengenali beberapa pegawai perubatan yang merawat yang membuatkan kami rasa selesa.dan selalu apabila suami saya sibuk dan tidak sempat menjenguk, beliau masih boleh mengakses sistem bagi mengetahui perkembangan rawatan ke atas anak.

Saya dengan rela hati mengenepikan soal makanan hospital yang tidak sedap. Atau ketidakselesaan tidur di kerusi. Atau layanan yang bukan kelas pertama kerana sebab-sebab di atas.

Bukan pula prejudis. Setiap orang berhak memilih maka buatlah pertimbangan sewajarnya.Apapun, bila kita memilih hospital kerajaan, maka belajar bertolak ansur dan sabar dan beri kerjasama agar proses rawatan berlaku sebaiknya.

Oh ya, saya puji langkah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yang menguatkuasakan kenaikan bayaran 100% bermula 1 januari lepas ke atas warga asing. Ini sangat wajar. Jika dapat diusulkan, biarlah rakyat malaysia mendapat hak rawatan tanpa bayaran. Walaupun ada yang tidak bekerja dengan kerajaan, namun masih bayar cukai juga. Yang tidak bekerja pula lagi wajar dibantu. Kan?

Emak,
10 Februari 2016

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    Setuju sangat dengan poin-point yang puan senaraikan...

    Bukan kerana kita tak percayakan kepada hospital swasta tetapi saya yakin hospital kerajaan memiliki pakar-pakar yang lebih berpengalaman.

    saya ada pengalaman seorang kawan dari awal kandungan sehingga tiba saat nak bersalin, dilakukan pemeriksaan di hospital swasta. Sudah tempah tarikh untuk bersalin di hospital tersebut, tetapi apabila menghampiri saat untuk bersalin hospital swasta tolak ke hospital kerajaan tanpa alasan yang munasabah. Setelah baby keluar baru parents tahu baby tiada salur pemakanan. Bila ingat kembali rasa nak gugur jantung. Alhamdulillah baby tersebut dah membesar dengan sihat sekarang.

    http://yamanaimy.blogspot.my/

    ReplyDelete